Sunday, December 27, 2009

kisah dari seorang ibu part 3

ketika leka menonton tv, terdengar suara memanggil dari ruang tamu...

"mie.."

" ye mak..."

"tolong urut sikit tapak tangan mak ni... rasa sakit sikit" si ibu menghulurkan tangan kanannya.

mie memperhatikan tapak tangan ibunya. direnung lama2, mengimbas kembali kejadian belasan tahun dulu, ketika dia masih kecil. saat diri masih mentah tidak mengerti hakikat hidup....

hari itu cuaca seperti biasa. seorang budak sedang berjalan pulang dari tadika. bajunye kotor, baru lepas bermain dengan kawan2 di taman permainan di tadika. kelihatan sedikit kekok budak itu berjalan, namun pergerakannya masih tampak lincah. sebaik sampai ke rumah, terus menuju ke bilik air dan mandi sebelum memakai pakaian yg bersih.

budak itu masih lincah, bergerak ke sana- sini. tak duduk diam. namun kadang2 pergerakannya terhenti seketika.sebelum die meneruskan langkah kembali. perkara itu diperhatikan ibunya, hairan melihat tingkah anak bongsunya itu. diperhatikan lama2, memang nampak sedikit janggal. dipanggil anak kecilnya itu, dan disuruh baring. anaknya hanya mengikut. diluruskan kakinya, barulah jelas dimata. si ibu terkejut, kaki si anak nampak seolah2 pendek sebelah. diperhatikan berkali2, pejam celik pejam celik, tapi masih sama. si anak tidak mengaduh apa2, tiada kesakitan dirasa. si ibu bertanya apa yg berlaku sepanjang harinya di tadika. anak kecilnya menjelaskan segala2nya, termasuk episod melompat dari tempat yg tinggi di taman permainan.

si ibu mula risau. segera dibawa ke rumah tukang urut yg dikenal,takut2 jika ada tulang yg patah. sepanjang perjalanan, si anak meragam, mula mengamuk. dihentak kakinya ke cermin kereta tanda protes. marah dan tidak mahu menurut kata ibu. si ibu bersabar melayan kerenah anak kecilnya. setibanya di destinasi yg dituju, anaknya segera diurut. si kecil tetap melawan. dijerit skeuat hati, cuba meronta. namun pergerakannya terbatas kerna abang2 disisi memegang tangan dan kakinya. tukang urut meneruskan tugasnya walaupun si anak melawan. si ibu turut sama memgang anaknya dari terus meronta. hingga satu ketika, si kecil menghalakan mulutnya ke arah tangan si ibu, lalu digigitnya disekitar thenar muscle tangan kanan ibunyasekuat hati. si ibu menjerit kesakitan, namun bersabar dengan kelakuan sang anak yg masih mentah.

akhirnya urutan selesai. dilepaskan gigitannya, terasa sakit amat sangat bagi si ibu.. biru sedikit warna tapak tangannya. diukur kembali kedua kakinya, alhamdulillah sama panjangnya. lega hati ibu melihat anaknya tiada apa2, tidak menjadi cacat dan berjalan senget sebelah. sementara anak kecil yg masih lagi memprotes cuba menghentak kakinya ke lantai sekuat hati..si ibu hanya tersenyum melihat telatahnya yg masih lagi tidak memahami apa2.

sejak kejadian itu, si ibu kerap kali merasa kesakitan di tapak tangan kanannya itu.. diurut sikit2 untuk menahan sakit... sehingga kini. dan bila anak kecilnya sudah dewasa, si ibu kadang2 meminta anaknya mengurut di bahagian yg sakit itu...

mie menurut sahaja permintaan ibunya. terasa diri bersalah melihat kesakitan itu. diurut perlahan tapak tangan ibunya, sambil memandang wajah ibu yg sudah berusia.. diurutnya sehingga si ibu tidur,barulah dilepaskan. rasa bersalah takkan hilang sampai bila2... sampai bila2...

sehingga kini, masih teringat kisah yg diceritakan. sentiasa diulang agar si anak mengerti betapa kasihnya ibu terhadapnya.. namun hanya tinggal kenangan... wajah rindu sudah tidak dapat ditatap lagi, tapak tangan yg lembut itu sudah tidak dapat dibelai lagi.. yg tinggal didepan mata hanya tanah kambus dengan 2 batu dihujungnya...

"maafkan mie atas segala salah mie, mak..." sambil mengusap tanah yg masih putih itu...



"dan selamat hari lahir yg ke-63, mak..."

Thursday, December 24, 2009

pascal-ortho... 2 bulan menyepi...

salam.

alhamdulillah, posting ortho berakhir utk sesi kali ni... walaupun mula2nye risau gile sebab kene exam kat temerloh (ade ms nur..), namun ade hikmah disebaliknya. ternyata exam di temerloh memberi lebih keyakinan (sebab takde Mr shahrul), dan maybe kerana ms nur sangat baik mase exam ( t.q ms nur!!!). apepun, ortho posting di temerloh memberi pengalaman yg sangat berbeza...

kalo di ampang, rase ade limitation utk ape yg kami perlu tahu. kami dilayan seperti medical student, kebanyakan soalan mampu dijawab. tapi bile sampai di temerloh, terasa bedanya. kami dilayan sebagai houseman, which was not totally bad. seawal 7-7.30 pagi, semua dah keluar dari asrama. at least 7.45 dah ade kat ward, kene clerk new case utk bed yg dijaga n folow up case yg dah sedia ada. 8am sharp, semua dah menunggu di bilik seminar utk sesi pass over, dan di sini bermulanya hari kami. mula2 terasa ia bagaikan nightmare, tapi lama2 dah terbiasa dengan nada tinggi specialist. pas tu, start morning ward round. kitorang yg dah clerk pun disuruh present case, n dihujani pelbagai soalan. FES? DVT? Ex Fix? DFU? ABSI? claw hand? semua yg selama ni aku tak berape paham pun makin jadi jelas.. walaupun sentiasa dimarahi, tangan diketuk, "eii", "i'm trying not to fail u!!", "stupid excuse", "crap", n etc. kitorang paham ini smua utk kebaikan kitorang,n at the same time ade manfaat nye. "posting ni adalah posting yg paling banyak aku clerk case!!" kate apos.

exam. walaupun terasa 'serun' aka seram, tapi berlalu dgn cukup pantas. aku akan cuba mengingati selama2nye ape yg ms nur 'ajar' aku time long case DFU, about absi, complication, factors for wound healing. bukan setakat ajar, siap make sure aku paham lagi setiap satu yg diajar in relation to the problem.. tq ms nur!! walaupun aku rase aku gile kantoi, tapi aku puas sebab banyak yg aku belajar dari exam tuh. short case ngan mr b, aku terasa sangat heran sebab exam 10 minit je, n aku just diminta describe ex fix kat depan mata aku, test utk compartment syndrome, diagnosis, dexcribe x ray, n management. that's it. punye la cuak sebelum tuh sebab kawan2 lain smua diberi 2 case n nampak cam susah...well, mungkin rezkie aku, even though tu pun kantoi time kene tanye complication...mental block!!! haha

habis exam, segera bertolak balik dgn TAW, sampai di gebeng, abg aku tumpang skali ke ganu. mula2 aku bawak, then die plak bawak. bermula mimpi ngeri aku bile dah melepasi dungun. time abg aku tgh memintas kereta, tetibe je ade 1 kereta wish yg bangang cari pasal ngan abg aku nih.. die ikut rapat gile abg aku sedangkan mase tuh abg aku tgh memotong, pastu siap bagi lampu tinggi lagi...mase tuh aku nampak riak muka abg aku dah lain. SAH!!! memang mampus aku lepas ni. dan ya, memang mampus. abg aku bagi wish tu pintas, n then bermula episod kejar mengejar antara myvi ngan wish. abg aku push myvi sampai 160km/h, ni bukan kat higway ye, ni kat jalan kampung dari rantau abg sampai marang. aku yg duduk kat sebelah ni senyap jer, imaginary break tu toksah cakap la, sepanjang perjalanan tu aku duk tekan jer. ni dah bukan amru dah, ni lagi horror dari cara amru bawak. sure amru suke gile kalo dapat peluang berambat dgn abg aku. dalam perjalanan tuh ade la beberape kali sipi2 jer nak bertembung dgn kereta or lori dari arah bertentangan. in the end, abg aku pintas wish tu, n terus pecut sampai dah tak nampak wish tu... tu pun, dah sampai kat chendring dah, lagi 10 minit nak sampai umah aku... aku bersyukur sbab umur aku panjang lagi... tak kawen lagi maa!!

itu lah ape yg aku mampu simpulkan sepanjang 2 bulan aku tak tulis blog. bukan ape, malas + tak ingat pasword utk masuk blog...haha. sepanjang cuti ni, maybe aktif kot tulis blog. dah start posting, mungkin hibernate sekali lagi... (^_^)

wassalam