Tuesday, November 22, 2011

Orthopaedic Posting 24/7/11 - 23/11/11

Salam.

Lama sungguh rasanya tak menukil sesuatu di sini. Walaupun dengan system TDS or BD shift dijalankan nie ada day off, tp most of the day off diluangkan dengan berselimut di atas katil. Penat. Penat jasad, penat minda. Hakikatnya bekerja "hanya 60jam seminggu"" yg kerajaan tetapkan bukanlah semudah yg mereka sangkakan. Honestly, jika dibandingkan dengan shift system nie, aku lebih suka dengan On-call system, cuma harapnya post-call tu diberikan setengah hari, itu pun dah cukup. Bekerja shift pagi 12jam++ selama kadang2 4-5 hari berturut2 buat aku rasa nak ambik EL hari2. Haish, keihklasan memberikan perkhidmatan kesihatan nie benar2 menguji mental aku.

Apepun, hidup mesti terus. Setiap ape yg berlaku mesti ada hikmahnya, setiap apa yg tersurat pasti ade sirat disebaliknya. Mental kene kuat bile bekerja dengan manusia, hati kene keras bile menadah leteran dan marah2 sayang yg lebih senior, badan kene cergas dan sihat untuk terus menerus buat kerja amal. Sedar tak sedar, dah 4 bulan aku bekerja sebagai seorang pegawai perubatan lepasan siswazah. Sekejap je masa berlalu, dari posting Ortho, kini nak beralih kepada posting Medicine pula. 4 bulan dihabiskan untuk menyerap segala apa yg boleh untuk dijadikan bekalan 2 tahun kemudian. Alhamdulillah, tuhan bagi aku peluang untuk lulus dan mendapat pelepasan dari jabatan orthopedik, sesuatu yg nampak mudah tp tidak bagi seseorang yg just average seperti aku.

Biarlah, itu kini sudah tercatit sebagai 1 halaman sejarah masa lalu dalam hidup aku. InsyaAllah, segala apa yg dipelajari sepanjang 4 bulan nie dapat dikekalkan sebagai bekalan apabila bergelar MO kemudian hari, dan supaya momentum nie dapat dikekalkan untuk posting kedua, General Medicine, yg bagi aku sangat luas skop jangkauan serta knowledge yg perlu dipelajari nanti. Ianya 1 cabaran baru, InsyaAllah dengan pertolongan-Nya, aku akan cuba mengharunginya dengan lebih bersemangat, amin.

Selebihnya, untuk sepanjang 4 bulan di jabatan Ortho HSNZ, biar lah lakaran2 digital di bawah meluahkan segalanya (actually, aku sangat malas nak menulis panjang..muahaha)



HSNZ di awal pembinaannya




Diabetic Foot Care... Every Diabetes Patient should know this!





Ketika menjengah Karnival Konvo UDM in Sept 2011



Gotong - royong sempena Open House Raya Ortho Dept HSNZ 2011




Desert lepas habis tengok patient kat Klinik. Nyum Nyum!




Belanja makan 2org sahabat Temerloh di Pantai Teluk Ketapang




Apos khusyuk amik Gambar




Menjengah Rantau Panjang sebelum ke Majlis Kahwin Abu & Saarah




Akhirnya... (^^)



Keletihan...




Wad 4EF



Kebakaran di Bangunan Baru HSNZ..

Di kesempatan ini, aku ingin menuturkan ribuan terima kasih yg tak terhingga kepada semua rakan2 sekerja di Jabatan Ortho, kepada semua MO Ortho yg sentiasa memberikan tunjuk ajar, kepada Mr dan Madam2 serta Miss Isnoni (my supervisor) yg mengawasi dan menambahkan pengetahuan aku yg sedia ada. Hanya Allah mampu membalas jasa kamu semua. Kamsangmida!!


Akhir kata, Ade 1 petikan kata2 yg aku sangat tertarik baru2 nie daripada seorang trainee lecturer, Dr Aziz.
" Semua pesakit sentiasa mengharapkan seorang doktor Islamik yg merawat mereka. Namun, mereka lupa doktor2 juga mengharapkan pesakit Islamik untuk memudahkan mereka menjalankan tugas mereka"

Orait. that's it. Malas nak citer panjang. Wish me all the best for my 2nd Posting. General Medicine, here I come!!!

Wassalam

Friday, September 2, 2011

The Transition Period 2

in memory..haha

Bismillah.

hari nie hari raya ke-4, aku hanya duduk di rumah tengok tv dan mengadap laptop. teringin nak gi jalan2 tapi takde arah tujuan dan takde orang ajak jalan, so aku membatu sahaja di rumah. Alhamdulillah, walupun aku baru first poster kat hsnz ni, tapi aku masih diberikan cuti pada raya pertama, ke-3 & ke-4 untuk beraya, hanya perlu oncall pada raya ke-2 n datang round pagi pada raya ke-5. aku ingatkan, bile jadi budak baru ni, sure kene suruh oncall raya pertama, nasib baik tak..haha

apepun, berbalik kepada tajuk entry, selepas ade gelaran "Dr", banyak perkara yg perlu dipelajari semula. Just nak share beberapa perkara yg aku rasa korang perlu buat apabila mula menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, dalam hal aku, apabila memulakan tugas sebagai doktor HO yg baru:

Hint: 3things do same thing. spot it?


1 - Senyum Sokmo
yang ni adalah benda wajib. jangan tarik muka bila kene bambu, kene marah, kene kutuk dan sebagainya. face it, itu adalah lumrah. Sesetengah specialist memang kadang2 moody, tapi jangan biarkan diri kita terikut sama. kene marah adalah perkara biasa, semangat down lepas kene marah adalah normal, yang penting ialah kita kene berdepan, akui kesalahan kita (if any), dan teruskan hidup. Senyum ialah 1 exercise, biasakan diri untuk senyum dengan sesiapa saja yg kita bertembung, takde ruginye. kadang2 org tengah marah pun, tak jadi nak marah bile tengok kita senyum..kadang2 la, tak semua. tapi jangan la time orang nak marah, kita buat senyum monyet, macam tak paham bahasa, memang nak kene lempang...haha.. senyum tu biar natural, jangan dibuat2..ok?

2 - Introduce yourself




bila berada ditempat baru, biasakan diri untuk perkenalkan diri kepada sesiapa saja yg berada di tempat baru tu. make sure kita kenal sape HOD, sape consultant, sape specialist, sape MO, sape PPP, & sape staff nurse. hatta kepada PPK pun, hormati diorang n perkenalkan diri, takkan rugi, senang2 je nanti kalo kita nak mintak tolong diorang akan hulur tangan. lagi bagus kalo dengan Radicare pun korang berkenalan (yg cun2 saja..haha. ok, itu 1 gurauan).

3 - Be humble
kita sebagai orang baru, even sebagai orang lama, harus ingat, tak kira la ape jawatan kita sekalipun, jangan hina or pandang rendah orang lain. selalu la merendah diri, bukan jadi penakut, tapi menghormati orang lain. Kalau staff nurse or rakan HO mintak tolong, ringan2 kan la tulang tu untuk bagi kudrat. next time, bila kita pula yg memerlukan pertolongan, insyaAllah mereka hulurkan tangan pula. jangan meninggi diri or suara, nanti dilabel sombong, kita yg susah nanti.

4 - "Tolong"
biasakan diri kita dengan dahulukan setiap arahan dengan "tolong". Manusia secara lazim sangat la tak suka bila diarah, right? so, bila nak mintak sesuatu daripada rakan HO / nurse / PPP / student nurse, instead of "ambikkan untuk aku dressing set tu", kan much better kalo "akak / adik, boleh tak tolong ambikkan untuk saya dressing set?" kan sedap je dengar ayat tu, tak terasa macam 1 arahan pun, diorang pun ringan je tulang nak pergi mengambik nya..senang keje kita..

5 - "Terima Kasih"
bila dah mintak tolong, pertolongan diberi, pandai2 la nak ucap "terima kasih". takkan tu pun nak kene ajar..bila orang dah berbudi, kene la kita berbahasa. Ucapan "TQ" menandakan pertolongan yg diberi sangat kita hargai, senang hati orang yg menolong, lagi senang la bila dia nak menolong lain kali.

6 - Rajinkan bertanya
kita sebagai orang baru, tak kira la tere macam mana sekalipun, orang lama sure lebih berpengalaman & terer berbanding kita. so, bila kita keliru, or tak tahu nak buat macam mana, rajin2 la bertanya pada yg lebih reti, takde salahnye. tanya elok2, mintak tolong ajar, sure diorang akan berbesar hati untuk bagi tunjuk ajar, hatta nurse sekalipun. aku seorang pelupa, selalu je tak ingat dos ubat, dan aku selalu tanya nurse pasal dos, coz diorang lebih tau dari aku. kalo tak tau nak buat prosedur, mintak tunjuk ajar dari senior, & lagi bagus mintak diorg supervise kita buat, itu lagi bagus, dapat belajar sambil praktik lagi.

7 - Focus, Serious mode
bergurau, gurau jugak, tapi takde la sepanjang masa. bila dalam sesi round or teaching, mesti kene fokus pada ape yg specialist plan or ajar. itu sangat penting. kene dengar dengan teliti plan specialist, untuk ditulis dalam progress note patient. kene paham betul2 ape yg specialist ajar, penting untuk time viva nanti. masa specialist tengah ajar, jangan la kita berborak2 kat belakang, or tak bagi perhatian. cuba letak diri kita sebagai specialist tu, time kita tengah mengajar, ade orang tak bagi perhatian pada ape yg kita sampaikan..mesti kecik hati kan? so, pay attention to what's more important, borak2 tu boleh simpan kemudian

8 - Admit your mistake, never did twice
kita manusia akan buat kesilapan, sebab kita tak sempurna. yg membezakan ialah sama ada kita mengaku atau bagi berbagai2 alasan. bila kita buat mistake, kita kene admit yg itu salah kita. kene marah memang patut, but at the same time jangan terlalu ambik hati dengan maki hamun tu. yg penting, kita belajar dari kesilapan kita, cuba improve dan tidak ulang kesilapan yg sama. lagi bagus kalau even orang lain yg buat silap, kita take note & x buat kesilapan yg sama. Learn from other's mistake, and never let it happen again. kalo bende ni melibatkan mesin or benda tak bernyawa, memang tak berapa kisah, tapi jika sebarang kesilapan, hatta kecik mana sekalipun, bila ia melibatkan nyawa orang, jangan ambik mudah, sebab nyawa tak dijual di kedai bundle, pasar malam atau Giant sekalipun.


Ini setakat apa yg aku ingat sekarang ni.. banyak lagi sebenarnya, tapi semuanya common sense, benda yg kita kene praktik dari awal.. oh, yang penting sekali, NIAT. kalau selama ni ada antara kamu yg belajar nak jadi doktor atas sebab paksaan, impian orang lain, kerja tetap, gaji masyuk, dihormati rakyat.. tolong betulkan semula niat tu. better late than never. Jadi doktor bukan 1 perkara main2, harus ingat niat tu biar lah ikhlas kerana Allah, bukan kerana perkara duniawi, sebab korang akan menyesal kemudian hari bila realiti tak seindah yg kita angan2kan. title "Dr" di depan nama kita menggalas bebanan tanggungjawab yg besar, untuk memberi perkhidmatan kesihatan kepada manusia, tak kira kaya atau miskin, tua atau muda, besar atau kecil, melayu cina atau india, Islam, kristian atau buddha. ramai doktor akan kata kerja sebagai doktor ni ibarat kuli; betulkan mindset tu. kita bukan berkhidmat untuk manusia, bukan kuli atau hamba, tapi kita MEMBERI PERKHIDMATAN kepada mereka.


A Doctor bears a great responsibility


Sempena raya, masih belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya, kulla sanah wa antum bilkhair. mohon maaf jika ada kata2 di blog ni yg menyakitkan hati tanpa aku sedari. tak ketinggalan, semoga umur kita masih panjang untuk bertemu kebali Ramadhan tahun depan, insyaAllah.

Selamat Hari Raya! (mode hijau)


buat sahabat 1 batch medik USIM, Abu Ubaidah Amir dan Saaarah Huurieyah (haha..sorry2. gurau2..hehe) yg bakal menamatkan zaman bujang pada minggu hadapan insyaAllah, selamat melangsungkan perkahwinan, moga bahagia ke akhir hayat. aku minta maaf sebab tak dapat hadiri akad nikah korang, & majlis kat umah Abu pun aku kemungkinan x dapat hadir sebab keje pagi..sorry ye. sebagai hadiah perkahwinan, terima lah video dibawah yg diletakkan dekat blog aku secara special (bukan senang aku letak video dalam blog aku ni..haha). Buat Abu, please behave yourself after your marriage, okeh? (^_^)


video

EID MUBARAK EVERYONE!!!