setiap saat yg kita tempuhi hari ini harus dijalani dengan penuh makna kerana kita tidak akan tahu jika esok masih ada buat kita di dunia
Tuesday, October 23, 2012
A Reflection
"kak, ice blended chocolate satu ye"
" nak small, regular ke large?"
"bagi yang besar"
Pulang dari menziarah kawan yang kemalangan di hospital, ketika melalui taman permainan kanak2 di pantai batu burok, ternampak yg jual ice-blended, tekak tiba2 rasa kering. terus hentikan motorsikal, order chocolate flavour, dan menunggu sambil perhatikan kanak2 bermain riang.
"bestnya jadi budak, tak payah fikir pasal kerja.." detik dalam hati, dan semua workload di tempat kerja bermain satu demi satu...menggaru dan memicit dahi, terasa macam ada renjatan elektrik.
" nah dik, ice-blended chocolate" dihulur 1 gelas besar.
" mak aih, nie memang betul besar ni" dalam hati.
" berapa, kak?"
" RM 5.50 dik" sambil melayan permintaan pelanggan lain
"huh, RM 5.50?" ditenung gelas besar ice-blended tadi. poket belakang diseluk, dompet dibuka, air liur ditelan. dikira satu persatu, dan menarik nafas lega. ada 6helai kertas biru, cukup2 saja dalam poket. diambil semuanya, dihulur semuanya, dan dikembalikan keping syiling 50sen.
terus menyusur tepi pantai, jam di tangan menunjukkan pukul 6.30ptg, masih ada sikit masa sebelum maghrib. motor ditongkat, kaki diheret melintasi pasir pantai sebelum melabuhkan punggung diatas selipar. ice-blended yg dibeli dibelek2, dan terus sedut, sambil melayan alunan2 ombak menyisir pantai.
"hurm, nie memang chocolate flavour nie, rasa sejibik macam flavor aiskirm kon coklat yg org jual kat tepi pantai"
" dah la blank camtu je, letak krim sikit, tabur chocolate chip skit, pastu jual.. RM 5.50? cekik darah tul" terus mengomel"
" orang macam nie mesti meniaga nak untung je, tak prihatin langsung pada customer. biar la sincere sikit nak meniaga tu..."
" cuba la jadi kreatif sikit..letak la chocolate chip tu banyak sikit dari biasa, buat hiasan tu betul2, biar nampak presentation tu customer tengok rase meleleh air liur..biar customer rasa puas..kalo rase puas, Rm5.50 tu tak la terasa sangat.." ice blended sedikit demi sedikt berkurangan dalam bekas, disedut setiap kali berhenti ngomel.
"kalau nak meniaga, meniaga betul2 la..jangan main serkap je.. kerja tu biar IKHLAS..."
ngomelan terhenti di situ. dipandang jauh ke tengah laut. saat itu juga semua perkara melintas dalam kepala. betapa susahnya nak bangun pagi bila yg bermain dalam fikiran "malasnya nak gi kerja". betapa setiap beberapa ketika selalu saja terlintas dalam hati "nak quit la camni, stress tul kerja". betapa acuh tak acuhnya melayan kerenah makcik, pakcik, adik, abang, kakak, yang datang untuk meminta bantuan. buat kerja hanya sebab ia adalah kerja, langsung takde penghayatan dalam setiap yang dibuat. keikhlasan macam chipsmore, sekejap ada sekejap tiada. kalau mood baik, ikhlas mendampingi. kalau mood tak baik sebab semua benda yang dibuat ada orang tak puas hati, perasaan ikhlas tu tak nampak bayang langsung. sambil buat kerja, mata kadang2 ditumpu pada jam di tangan sambil mengomel bila jam nak menunjuk jam lapan. buat kerja ala kadar, yang penting asalkan siap, tak terbayang langsung sama ada pelanggan puas hati atau tidak, tak terfikir langsung segala khidmat yang dibuat cukup bagus atau tidak untuk satu2 pelanggan yang inginkan jaminan, bahawa semuanya lancar, boleh diurus.. langsung tak pernah, yang ada dalam benak hanyalah "kerja, kerja, kerja....asal siap, semuanya beres"
sedikit demi sedikit, mata memandang ke bumi berpasir..sayu. "mana pergi semua motivasi sebelum setahun yang lepas? mana pergi niat ikhlas sepanjang tungkus lumus untuk capai apa yang ada sekarang ni? baru setahun jagung kerja dah jadi macam ni, yang akan datang?" terus mengeluh. dan kemudian lamunan terhenti, dari pembesar suara masjid kedengaran bacaan2 dari kalam Rabbi, hati sedikit tenang. jam menunjukkan pukul 6.45 petang. badan diangkat berdiri, dikebas2 pasir2 putih yang melekat, selipar disarung, dan langkah dihayun pulang. disedut lagi sisa2 ice-blended yang masih ada.
"sedap jugak ice-blended ni sebenarnya..."
p/s: Salam. it has been for a while.. 11month hiatus, full of work-stress. now already completed 3 postings, another 3 postings to go. Fighting!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment