Friday, April 24, 2009

sotong la, bukan sutun!!

salam... okey guys, ni ade sedikit perubahan la pasal program candat sotong kite tuh... due to unforeseen circumstances, especially kawan aku yg suka melengah2kan kerja, ada 1 masalah utama sekarang ni...



kawan aku cakap 9hb dah penuh, xde bot kosong (tu ikut agency die la, agency lain aku x tau)... ni adalah masalah paling besar la setakat ni... but, die ade tempah utk 8hb malam, ya'ni ari jumaat malam la, malam sebelum walimah urus. so, ape pendapat korang? nak ke tak nak? kalo nak, kite on je la, lepas balik redang, gi candat. kalo korang taknak, kawan aku tuh maybe ambik ke die la bot tuh...

ni sedikit info la

date: 8hb mei malam
tempat: pelabuhan chendering
bayaran: rm450 + rm5/person utk alat
time: 5-6pm (8hb) till subuh 9hb (korang sanggup ke?)

so, please respond as soon as possible, all 8 of u okeh?



by the way mon, aku ingatkan ni adalah program mencandat sotong kat laut, bukan sutun kat tepi hotel... wahaha (^_^)

Monday, April 20, 2009

warna-warni kehidupan

salam...

sejurus kita dilahirkan, kita ibarat warna putih yg suci, seputih2nya, tiada corak walau sekelumit, yg ada hanyalah keputihan yg bersih dari noda.



dan, dari situlah bermulanya pencorakan warna menghiasi kain putih ini, dengan pelbagai warna2 berseri yg kita mahu.



sediikit demi sedikit warna-warni kehidupan mewarnai perjalanan kita, menghiasi segenap penjuru ruang hidup kita di atas objek sfera yg terapung di angkasa ini.



dan ada kalanya, kita tersilap memilih warna, dirasakan warna itu sudah sesuai utk diri kita, namun masih nampak akan cacat celanya bila difikirkan kembali dan menyesal tak sudah2 kerana kesilapan kita dalam menghiasinya.



walau begitu, itu tak bermakna dunia sudah berakhir dan tiada apa lagi yg boleh dilakukan, sekurang2nya dengan mempalitkan warna kesilapan itu dengan warna yg sesuai, kita masih mampu berasa lega untuk terus ke depan, meneruskan pencorakan hidup kita dengan warna yg kita suka.



dan bila tiba masanya, kita akan menghadapi ujian getir untuk memilih haluan yg betul dalam hidup kita, meminta agar dipertunjukkan jalan yg dingini tanpa sebarang penyesalan di hati. maka pilih lah haluan yg kita mahu tempuhi, bersedia meredah apa jua rintangan agar terus mara ke destinasi yang dituju.



dan setelah kita puas maju ke depan, kita mampu menoleh ke belakang dan berbangga dengan corak hidup yg kita sendiri tetapkan, walaupun di mata yg lain ia hanyalah biasa tiada istimewa. pedulikan apa yg mereka fikir, yg penting diri sendiri lebih mengetahui betapa penatnya usaha untuk mewarnai kehidupan kita dgn warna2 yg kta pilih, khusus untuk kita, bukan untuk menyedapkan hati orang sekeliling.



berbanggalah dengan corak hidup kita, kerana itulah sesuatu yg kita miliki di masa dahulu, sekarang dan di masa akan datang. wassalam.

Monday, April 13, 2009

kuala terengganu yg panas bangat!!!

salam... alhamdulillah, kembali ke kampung halaman akhirnya. kali ni utk 5minggu bercuti.. yeah!! kemeriahan di umah bonda ni tersangat la dirindui, dengan telatah bebudak kecik yg menyumbangkan kebisingan yg boleh diklasifikasikan di bawah hazad bunyi.. haha.

dan bermula saat itu jugalah bermulanye rutin harian aku sebagai driver - antar kakak gi ngajar, antar anak sedara pergi belaja, amik anak sedara dari skolah, bawak diorang gi jalan2 etc. seawal 7am (awal ni) aku dah kene pergi membeli sarapan pagi... pukul 9 baru setel, masa ni la nak sambung tido atau tgk movie.. buat masa ni, tido je la, samapi tghari. tu pun bangun sebab tak tahan dengan kepanasan yg teramat sangat.. kalau ada air cond dalam bilik aku, mau nye sembahyang zohor pukul 4... haha. di tengahari, sambung balik rutin jadi driver sampai la ke petang.

pkul 6.20, for sure aku dah terpacak di padang rekreasi untuk membri sedikit sumbangan kepada belia2 yg aktif dalam menyepak bola... so far, prestasi memuaskan, dengan aksi debut diserikan dengan 2 jaringan gol yg membantu team aku menang 3-0... hoho, aku dilabel pemain import yg baru dibeli (bukan dari afrika ye!!!). terasa diri ini cam kiko macheda, bezanye aku amatur, die dah masuk pro...

malam aku habiskan masa di depan tv, layan je ape yg ada. drama2 jepun di laptop masih belum terusik, takpe, masih ada masa. sekarang tgh aktif mendownload lagi beberapa drama jepun yg berada dalam senarai top50... iyah2. tgh malam baru la aku menghadap acer inspire 2930 ni, menyemak emel baru (selalunye dari yahoo group yg memenuhkan inbox aku), mengechek blog kawan2, sehingga menggenyeh mata tanda 2 buah anugerah tuhan ni dah tak mampu bertahan.

oh, by the way, ketika aku mencuci mata di bandar KT ni, aku tak perasan ada kereta yg berjalan sehala, bukan lagi 2 hala seperti biasa. aku pelik gak, takde accident plak. rupenye, mulai 1 april, ada beberapa jalan kat bandar ni dah dijadikan laluan sehala sahaja... urgh, dah jadi cam penang plak... antaranye jalan sultan ismail (depan maybank n cimb), jalan air jernih, n jalan engku sar. buta mereka yg dah lama berhijrah dari ganu n tetiba je rase nak balik, pastikan anda mengikut laluan yg betul. eheh



and for my friends, yg nak datang ke ganu sempena walimatul urus bulan 5 ni, insyaAllah aku boleh sediakan tempat yg beratap utk korang berteduh dan melelapkan mata. don't expect too much, aku hanya mampu sediakan kemudahan basic je. mau air cond, sofa n tilam yg empuk? rm200 per night. eheh. mak aku cakap korang boleh stay kat situ lama mane pun, meaning to say, 3-4 malam pun takpe... so, yg nak datang tuh, plan la ape yg patut. pasal canak sotong tuh, masih belum konfirm, tapi rm450 tu maybe utk bot sahaja.

wokeh, nak gi jalan rutin; amik anak sedara kat skolah. wassalam

Wednesday, April 1, 2009

hippo-crates

Apa makna hipokrit? Aku yakin korang mesti dah pernah terbaca pasal benda ni kat mane2 blog, atau artikel atau sebagainye. Aku ade terbace jgak blog orang lain, dan aku rasa ape yg aku cuba nak sampaikan ni hampir sama, xde bezanye.


So, ape makna hipokrit? Mengikut kamus pelajar, ia bermaksud berpura2 perangai baik, atau dalam erti kata lain, munafik. Hm? Tu je? Habis tu kalo org berpura2 berperangai jahat camne? Pernah korang terbace atau terlintas akan 1 perkataan yg boleh menerangkan pasal tu? Ade jugak aku terbace yg mengatakan itu jugak hipokrit, betul ke? Let me know if u had come across with sumthing about that.


So, back to the topic, ape itu hipokrit? Aku x tau la, ape pendapat korang, yg aku tau ni blog aku, suka hati aku la nak tulis macam mane pun. Ingin bagi kan pandangan atau respon, jangan malu segan isi kan tempat kosong dalam ruang komen tuh.

Okeh, aku melalut lagi. Ape itu hipokrit? Bagi aku, cukup la ia ditakrifkan sebagai berpura2, tak perlu letak sama ada berpura2 baik atau jahat, it’s the same damn thing. Dan makna hipokrit tuh boleh berubah2 ikut situasi dan keadaan, takde makna yg tetap. Let me give the examples of what I mean hipokrit:
1- Depan pura2 baik, kat belakang mengutuk mengumpat dan sebagainye, which is quite common nowadays

2- Berlagak innocent n baik kat depan semua org, tak pernah mengumpat mengutuk dengan org lain, tapi bile xde org kat sekeliling, die lah dajjal yg dah lama dilahirkan

3- Ko nak berterus terang tapi tak mampu sebab nak jaga hati org lain. In the end, org lain terus buat benda yg ko x suke, tapi ko tetap x buat ape2

4- Menjadi org lain di atas tanah beratap langit,, tapi di dunia cyber dan alam halusinasi menjadi diri sendiri.


Itu yg ape terlintas dalam otak aku sekarang ni. Ade banyak lagi contoh situasi yg menerangkan ape itu hipokrit, tapi ape kan daya RAM otak aku lambat catch up, tak mampu nak keluarkan memori yg tersangkut kat jalur gyrus brain aku ni.


So, ape itu hipokrit? (lagi2 soalan sama). Ko akan dilabel sebagai hipokrit bile ko tak mampu utk jadi diri sendiri depan org lain. Ko x mampu nak cakap ko benci/tak suke atau suka/sayang pada sesuatu atas sebab2 yg tertentu. Aku rasa semua org pernah jadi hipokrit even sekali. That’s for sure, except our prophet (PBUH) and his pure followers. Apatah lagi zaman sekarang ni, even dgn kawan 2 sendiri pun kita tak boleh nak percaya. Bukan saja kawan baik, kawan sekaki mengumpat pun kita tak tau sama ada kita juga menjadi bahan umpatan di belakang kita. So, ape yg mampu kita buat? Jadi diri sendiri? Berterus terang walaupun kita tahu mereka yg dikritik tidak mampu menerimanya dengan hati yg terbuka? Jika kita jadi diri sendiri, adakah semua yg berada disisi kita selama ni sanggup menerima kita seadanya? Jika kita secara berdepan memberi komen atau kritikan, adakah kita bersedia utk meletakkan ikatan hubungan yg terjalin selama ini berada dalam keadaan yg janggal? Bila difikirkan akan kesan selepas itu, ramai antara kita memilih untuk berdiam diri. Adakah itu yg terbaik?


Masing2 ada akal utk memikirkannya. Bila kita minta pandangan org lain, seribu satu jawapan yg akan diperolehi. Mana satu yg betul? Akhirnya otak kita jugak yg memeras utk mencari penyelesaiannye. Tepuk dada tanya hati, masing2 ada jawapan tersendiri.


Jika kita memilih utk jadi diri sendiri, be proud of urself. No one knows better about u but urself. Kalau ada yg jelik menerimanya, pedulikan mereka. Jika kita memilih utk berterus-terang dari berdiam diri, the better way is think the best way to approach it. Jangan ikut nafsu dan sedap mulut, namun andai gunung berapi tetibe je meletup, itu silap sendiri kerana memendam terlalu lama.


Dan andainya kita memilih utk terus menjadi hipokrit, silakan. Bagi aku, takde sebarang masalah kerana semua org ade sebab tersendiri. Begitu juga aku, ada kalanya aku mapu berdiam diri dan ada juga sesekali aku terpaksa jadi diri sendiri. Blog dan diari menjadi tempat luahan hati yg tak mampu aku lemparkan. Mohon maaf sekiranya ada yg terasa. Hakikatnye, kite sendiri lebih mengerti akan hakikat yg tak mampu ditolak ke tepi ni. wassalam