Saturday, May 30, 2009

kisah dari seorang ibu part 2

suatu masa, di tengah malam, suasana begitu sunyi. hampir semua manusia sudah melelapkan mata, berehat sebelum meneruskan rutin harian keesokan harinya. tapi tidak bagi sorang bakal ibu yg masih lagi berjaga seorang diri. dilihat ke sekelilingnya, masing2 sudah lena dibuai mimpi di atas katil empuk bersarungkan kain cadar putih hospital. namun dia masih tidak mampu menutup matanya, terasa begitu panas dan susah untuk tidur. matanya terkebil2, melihat ke kanan dan ke kiri mencari seseorang yg mampu membantunya menghulurkan segelas air untuk hilangkan dahaga.

tekaknya terasa kering benar. kalau lah ada segelas air kosong pun sudah mencukupi. dia lupa untuk membawanya bersama apabila datang ke hospital untuk mendaftarkan diri. mahu saja dihubungi ahli keluarga dirumah, tapi diri terlalu lemah untuk berjalan ke pondok telefon awam seorang diri. dipandang ke arah jururawat2 yg ke hulu ke hilir sibuk dengan tugas masing2. mulut ingin bersuara meminta sedikit pertolongan, tapi suara tersekat di kerongkong, takut mengganggu nurse membuat kerja.

"mak cik" tiba2 kelibat seorang lelaki berada disisinya. dia terkejut, namun lega melihat lelaki berpakaian kot putih menyapanya. dia tersenyum saja.

"kenapa mak cik tak tidur lagi?" tanya si lelaki muda itu. lembut sahaja suaranya. si ibu hanya tersenyum saja, tidak menjawab.

"mak cik ada nak minta apa2 ke?" tanya lagi lelaki tersebut. si ibu ingin meminta, tapi terasa tidak patut membebankan dengan suatu permintaan kecil.

lelaki itu melihat keadaan sekeliling si ibu, lalu bertanya

"mak cik nak minum?"

si ibu hanya tersenyum, sambil mengangguk kepala.

"mak cik nak minum apa?"

"air kosong pun cukup la doktor" balas si ibu. lelaki itu segera memanggil salah seorang nurse yg berada di situ.

"ada apa2 air minuman yg boleh kita sediakan untuk mak cik ni?"

"erm, kalau tak silap, milo saja yang ada, doktor" jawab jururawat. lelaki itu berpaling ke ara si ibu

"air milo boleh ke makcik?"

si ibu mengangguk sahaja. lalu si doktor meminta nurse tersebut menyediakan air milo untuk si ibu. beberapa minit kemudian, nurse datang membawakan segelas air milo yang masih panas. lelaki itu mengambilnya, dan menghulurkannya kepada si ibu sambil tersenyum. si ibu minum dengan perlahan, sesudah habis di kembalikan gelas kosong kepada doktor itu.

"terima kasih doktor"

"sama-sama".

si ibu terharu melihat kebaikan dan kemesraan yg ditunjukkan oleh doktor muda tersebut. kemudian, doktor itu meminta diri untuk meneruskan tugas on call nya. sempat si ibu melihat pada tanda nama yg tersisip di dada kiri doktor tersebut, sambil tersenyum.

beberapa jam kemudian, si ibu selamat melahirkan seorang anak lelaki. sihat, cukup sifatnya. alhamdulillah syukur si ibu. selepas di bawa kembali ke wad, anak2 si ibu yang sudah besar segera berkerumun melihat adik baru mereka.

"comelnya baby tidur...." tajol melihat adiknya yg pertama. gembiranya dia, sudah ada teman bermain.

"mak nak bagi nama apa kat adek ni?" tanya tajol.

si ibu kemudian mengambil sehelai kertas, ditunjukkan kepada mereka.

"mak nak bagi nama ni kat adek kecik ni. mak suka sangat nama ni. maksud nya, permata hitam kesabaranku" kata si ibu.

along melihat pada kertas itu, hanya tersenyum tanda setuju dengan pendapat ibunya. tajol melihat apa yg tertulis, cuba dibaca.



14 Mac 1985, hadirnya seorang anggota baru dalam keluarga mak munah

Friday, May 15, 2009

umpama lilin...

jasa guru takkan terbalas sampai bila2. itu adalah 1 hakikat, tanpa mereka kita takkan menjadi diri kita sekarang ini.



betapa mereka bersusah payah mengajar kita apa erti hidup dan memberikan kita pilihan hala tuju yang ingin kita lalui.



kepada merekalah tempat kita bertanyakan soalan yg kita keliru, tentang ilmu atau dilema, dan mereka cuba memuaskan hati kita dengan jawapan yg sesuai.



dengan mereka lah kita bergelak ketawa dan mencipta memori pahit manis yang akan sentiasa terpahat di hati.



mereka melakukan apa sahaja yg diperlukan agar kita akan berjaya dalam menempuhi setiap fasa kehidupan.



walaupun cara mereka berbeza, ada yg membimbing, ada yg memaksa, ada yg bertegas, tapi matlamat mereka hanya 1; supaya kita mampu terus ke depan apabila mereka tiada lagi disisi untuk memberi sokongan.




namun, jangan kita lupa, disamping mereka yg memerhatikan kita di bangku sekolah, masih ada insan yg lain yg juga melakukan perkara yg sama untuk kita. mungkin dia seorang tidak berpelajaran tinggi, namun dia tetap sebab utama kenapa kita mampu berdiri di atas kaki sendiri, mampu bercakap dengan fasih, dan mampu berjalan tanpa jatuh. tanpa dia, kita bukan saja takkan berada di sini, malah kita tak mungkin dapat menghirup oksigen jika dia tidak bersusah payah melahirkan, membesarkan seorang bayi yg tiada upaya selahirnya ke muka bumi ini. dialah guru pertama yg mengajar kita bertatih, mengeja dan mengira.




buat semua guru, sama ada pernah mengajarku secara langsung atau tidak, SELAMAT HARI GURU, dari anak didikmu (^_^)

p/s: dan aku menantikan hadirnya seorang lagi 'guru' dalam hidup aku, untuk terus membimbing dan mengajarku erti hidup yg sempurna. moga Allah memakbulkan hajatku ini. amin

Thursday, May 14, 2009

kisah dari seorang ibu

satu hari, mak munah pergi melawat adiknya di sebuah taman perumahan yang tidak jauh dari rumahnya. turut bersamanya tajol, yang ketika itu berusia 8 tahun. sesudah mengetuk pintu dan memberi salam, keluarlah adik mak munah, yong, lalu menjemput kedua2nya masuk ke dalam rumah. dihidangkan teh dan sedikit kuih muih untuk dijadikan santapan. tajol masih lagi memerhatikan ibu saudaranya itu ke sana ke mari, pelik dan hairan. rasanya baru 2-3 bulan dia tidak berjumpa dengan makciknya itu, namun ada perubahan yg ketara dilihatnya. tajol ingin menanya, tapi lidahnya kelu. tak tahu bagaimana harus memulakannya. mak munah perasan akan keadaan anak bongsunya itu.

"kenapa ni adek?" tanya mak munah, membahasakan diri tajol sebagai adek. maklum la, anak bongsu.

tajol masih berdiam. berkerut dahinya, takut kalau ditanya akan menimbulkan kemarahan mak nya gara2 mulut mengomelnya.

"a'ah, kenapa berkerut je dahi tu?" sahut yong apabila melihat riak muka anak saudaranya.

setelah beberapa ketika, baru la adek membuka mulut.

"kenapa perut mak yong jadi macam tu?" tanya adek sambil menuding jarinya ke arah perut ibu saudaranya.

yong terkejut apabila diajukan soalan oleh adek. dia memikirkan apa yang harus dijawab kepada budak kecil yang masih mentah ni. mak munah juga cuba memikirkan bagaimana nak menerangkannya kepada anak bongsu nya itu.

"kenapa perut mak yong besar sangat? mak yong makan banyak ke tadi?" tanya adek lagi, timbul rasa ingin tahu.

"takde la, bukan camtu..." balas yong, masih memikirkan jawapan yg sesuai"

"habis tu kenapa?"

"sebenarnya..."

tajol masih menunggu dengan penuh minat.

"dalam perut mak yong ni ada baby" jawab yong dengan bahasa yang mudah, supaya senang anak kecil itu memahaminya.

"ada baby?" tajol terpinga2, dahinya berkerut lagi.

"iya, ada baby tgh tidur kat dalam ni ha" jawab yong lagi.

"macam mana baby tu masuk dalam perut mak yong?" tanya adek lagi.

yong menggaru kepala, tunggu akal untuk menjelaskan. susah betul soalan yg diajukan.

"mana mak yong dapat baby ni?" tajol masih belum berhenti bertanya. sifat ingin tahu mendorongnya untuk terus bertanya. pening kepala si ibu saudara.

"mak yong beli kat supermarket ke?" tajol bersungguh2 ingin mengetahui jawapannya.

"ha'ah, mak yong beli kat supermarket kat bandar tu" jawab yong, di hati berharap anak saudaranya itu akan berhenti bertanya bila sudah mendapat jawapan yg dimahukan.

"ooo, beli kat supermarket..." angguk si tajol. lalu dia berpaling ke arah ibunya, mak munah.

"kalau macam tu, mak pun beli la satu baby kat supermarket, adek nak main dengan baby tu."

terkejut mak munah dengan permintaan anaknya si tajol, lalu ketawa kecil. tak disangka tajol akan berkata begitu. yong juga ketawa bersama, melihat bendulnya anak saudaranya itu mempercayai apa yg dikatakannya. betapa dunia si anak kecil sungguh mudah.

beberapa bulan selepas itu, yong selamat melahirkan anak lelaki. mak munah datang melawat yong di hospital bersama anak2nya yg lain, tak terkecuali tajol.

"comelnya baby" tajol melihat sepupunya yang baru dilahirkan.

mak munah hanya tersenyum melihat anaknya itu. kemudian, tajol berpaling ke arah ibunya seraya berkata

" mak beli baby kat supermarket yang sama dengan mak yong kan? nanti baby yg keluar mesti comel macam baby ni jugak kan?"

semua yang berada di sisi katil yong ketawa mendengar kata2 si tajol. mak munah juga ketawa, sambil mengusap perutnya yang juga semakin membesar.