Friday, May 15, 2009

umpama lilin...

jasa guru takkan terbalas sampai bila2. itu adalah 1 hakikat, tanpa mereka kita takkan menjadi diri kita sekarang ini.



betapa mereka bersusah payah mengajar kita apa erti hidup dan memberikan kita pilihan hala tuju yang ingin kita lalui.



kepada merekalah tempat kita bertanyakan soalan yg kita keliru, tentang ilmu atau dilema, dan mereka cuba memuaskan hati kita dengan jawapan yg sesuai.



dengan mereka lah kita bergelak ketawa dan mencipta memori pahit manis yang akan sentiasa terpahat di hati.



mereka melakukan apa sahaja yg diperlukan agar kita akan berjaya dalam menempuhi setiap fasa kehidupan.



walaupun cara mereka berbeza, ada yg membimbing, ada yg memaksa, ada yg bertegas, tapi matlamat mereka hanya 1; supaya kita mampu terus ke depan apabila mereka tiada lagi disisi untuk memberi sokongan.




namun, jangan kita lupa, disamping mereka yg memerhatikan kita di bangku sekolah, masih ada insan yg lain yg juga melakukan perkara yg sama untuk kita. mungkin dia seorang tidak berpelajaran tinggi, namun dia tetap sebab utama kenapa kita mampu berdiri di atas kaki sendiri, mampu bercakap dengan fasih, dan mampu berjalan tanpa jatuh. tanpa dia, kita bukan saja takkan berada di sini, malah kita tak mungkin dapat menghirup oksigen jika dia tidak bersusah payah melahirkan, membesarkan seorang bayi yg tiada upaya selahirnya ke muka bumi ini. dialah guru pertama yg mengajar kita bertatih, mengeja dan mengira.




buat semua guru, sama ada pernah mengajarku secara langsung atau tidak, SELAMAT HARI GURU, dari anak didikmu (^_^)

p/s: dan aku menantikan hadirnya seorang lagi 'guru' dalam hidup aku, untuk terus membimbing dan mengajarku erti hidup yg sempurna. moga Allah memakbulkan hajatku ini. amin

7 comments:

Sop said...

apsal gmbr mtrk kuala pilah ko sorg je student laki? jeles ar ni.

imyahus said...

hoho, jeles ke? actually ade 5org sebenarnye... sorang kene kick sebab fail sem 1, sorang keluar masuk uia, sorang lagi selalu ponteng kelas mase sem 2, n sorang lagi cina. gambar ni diambil time sem 2 mase kelas pengajian islam, so cina tu x datang la... hehe

aw3rz said...

owh.seronot la ko dikelilingi jambangan bunge/ade yang comey tak?

anyway, ultra ol skool la yang dok atas tangge tuh. (tak nampak pun perut aku.hehe)

Jamil said...

guru mana ko tunggu ni? bukan ayah pin kan?

apos said...

eleh we..gmbo kat opis ngn poknik 2 pn aku xnmpk prut gak..hahaha

imyahus said...

awe- xde la seronok sangat, sebab bunga x berape kembang... haha, kalo ade yg kembang pun, dah ade kumbang singgah. anyway, mase tu aku ni still jaga siqah, maklum la budak sheikh malek... hehe

jamil- bukan la, bukan ayah pin. buat ape aku ikut ajaran sesat uth. aku tgh tggu sorang 'cikgu' ni ha... paham2 je la...

apos - memang la x nampak perut, ko pakai bj melayu + duduk, memang le x nampak... haha

nuarasheeq said...

guru, cikgu, pendera, penjerit "woi bodoh, bangang, bahlol!", perotan bebirat tetapi pengasih, pendidik, pengambil berat, penuntun, perihatin (heh), pemberi motivasi, penyokong dan macam-macam lagi kebaikan yang bejuta kali lebih banyak di hati daripada sifat kelemahan manusia yang kita nampak di mata.