suatu masa, di tengah malam, suasana begitu sunyi. hampir semua manusia sudah melelapkan mata, berehat sebelum meneruskan rutin harian keesokan harinya. tapi tidak bagi sorang bakal ibu yg masih lagi berjaga seorang diri. dilihat ke sekelilingnya, masing2 sudah lena dibuai mimpi di atas katil empuk bersarungkan kain cadar putih hospital. namun dia masih tidak mampu menutup matanya, terasa begitu panas dan susah untuk tidur. matanya terkebil2, melihat ke kanan dan ke kiri mencari seseorang yg mampu membantunya menghulurkan segelas air untuk hilangkan dahaga.
tekaknya terasa kering benar. kalau lah ada segelas air kosong pun sudah mencukupi. dia lupa untuk membawanya bersama apabila datang ke hospital untuk mendaftarkan diri. mahu saja dihubungi ahli keluarga dirumah, tapi diri terlalu lemah untuk berjalan ke pondok telefon awam seorang diri. dipandang ke arah jururawat2 yg ke hulu ke hilir sibuk dengan tugas masing2. mulut ingin bersuara meminta sedikit pertolongan, tapi suara tersekat di kerongkong, takut mengganggu nurse membuat kerja.
"mak cik" tiba2 kelibat seorang lelaki berada disisinya. dia terkejut, namun lega melihat lelaki berpakaian kot putih menyapanya. dia tersenyum saja.
"kenapa mak cik tak tidur lagi?" tanya si lelaki muda itu. lembut sahaja suaranya. si ibu hanya tersenyum saja, tidak menjawab.
"mak cik ada nak minta apa2 ke?" tanya lagi lelaki tersebut. si ibu ingin meminta, tapi terasa tidak patut membebankan dengan suatu permintaan kecil.
lelaki itu melihat keadaan sekeliling si ibu, lalu bertanya
"mak cik nak minum?"
si ibu hanya tersenyum, sambil mengangguk kepala.
"mak cik nak minum apa?"
"air kosong pun cukup la doktor" balas si ibu. lelaki itu segera memanggil salah seorang nurse yg berada di situ.
"ada apa2 air minuman yg boleh kita sediakan untuk mak cik ni?"
"erm, kalau tak silap, milo saja yang ada, doktor" jawab jururawat. lelaki itu berpaling ke ara si ibu
"air milo boleh ke makcik?"
si ibu mengangguk sahaja. lalu si doktor meminta nurse tersebut menyediakan air milo untuk si ibu. beberapa minit kemudian, nurse datang membawakan segelas air milo yang masih panas. lelaki itu mengambilnya, dan menghulurkannya kepada si ibu sambil tersenyum. si ibu minum dengan perlahan, sesudah habis di kembalikan gelas kosong kepada doktor itu.
"terima kasih doktor"
"sama-sama".
si ibu terharu melihat kebaikan dan kemesraan yg ditunjukkan oleh doktor muda tersebut. kemudian, doktor itu meminta diri untuk meneruskan tugas on call nya. sempat si ibu melihat pada tanda nama yg tersisip di dada kiri doktor tersebut, sambil tersenyum.
beberapa jam kemudian, si ibu selamat melahirkan seorang anak lelaki. sihat, cukup sifatnya. alhamdulillah syukur si ibu. selepas di bawa kembali ke wad, anak2 si ibu yang sudah besar segera berkerumun melihat adik baru mereka.
"comelnya baby tidur...." tajol melihat adiknya yg pertama. gembiranya dia, sudah ada teman bermain.
"mak nak bagi nama apa kat adek ni?" tanya tajol.
si ibu kemudian mengambil sehelai kertas, ditunjukkan kepada mereka.
"mak nak bagi nama ni kat adek kecik ni. mak suka sangat nama ni. maksud nya, permata hitam kesabaranku" kata si ibu.
along melihat pada kertas itu, hanya tersenyum tanda setuju dengan pendapat ibunya. tajol melihat apa yg tertulis, cuba dibaca.
14 Mac 1985, hadirnya seorang anggota baru dalam keluarga mak munah
9 comments:
nurse yg buat milo. aphal doc plak yg dpt puji? x aci ar..
name doc tu jd name ko ke? haha bajet ah
eh silap.... bagus sgt lah.... nk jd doc dah ko tahniah hehe
agak2 kalo aku suruh sume nurse wat air tuk ibu2..leh meramaikan org name apos x kat dunia ni..stakat ni baru aku sorang jek....
usop - mane aku tau. mak aku citer camtu, aku dengar je la... anyway, bukan puji sebab buat air milo, tapi sebab prihatin. kan observation tuh penting?
amru - dah la, x yah nak cover balik ape yg ko cakap tu, ko paling honest dalam ayat pertama ko je... eheh
apos - unless kalo ko pakai tagname 'apos', baru ah boleh. nama 'hafiz' banyak ape? tapi aku x nak ah bini aku jumpa ko kat hospital time nak bersalin nanti, naya je dapat anak cam ko... haha
jap.name doktor tu mohd ke, suhaimi ke, sabri? yang ade tige3 name ko je. aku dah cek ngan jabatan pendaftaran negara.hehe
awe- uih, rajin gile ko chek kat jpn. haha. mohd tu biase ah, permulaan nama yg common. asalnye mak aku nak letak nama aku sabri je, lepas kejadian tuh baru la mak aku tambah satu lagi nama kat tgh tuh... itu la citernye... eheh
apos - kalau ko suruh nurse buat milo dan bagi minum kat ibu nak bersalin, maka milo akan diharamkan serta merta.
im - mohd suhaimi sabri adalah nama doktor yang second call malam tu kan?
mesti mak ko nak ko jadi cam doc tuh. tinggi gak standard mak ko letak. prihatin kat orang len. im perut aku dah bebunyi ah terase kempunan lamb chop plak. time kasih im. :)
Post a Comment