Showing posts with label hari ibu. Show all posts
Showing posts with label hari ibu. Show all posts

Friday, May 21, 2010

harga sebuah pengorbanan

Salam.

proses kelahiran adalah satu proses yang memeritkan. buat kaum hawa, mereka sedia maklum atau akan sedia maklum bila tiba masanya. buat kaum adam, mereka tidak akan memahami jika mereka tidak cuba. betapa peritnya si ibu meronta, menangis dan berpeluh lelah memperjudikan nyawa sendiri untuk membawa satu insan mengenali dunia. ketika diberitakan diri berbadan dua, gembira di hati tak terkata, senyum manis menukar riak wajah jadi berseri-seri. sepanjang 9 bulan, jika normal, sentiasa membelai perut sendiri dan bercakap sorang2 menemani si kecil dalam rahim.. apa yg dibalas? side kick dan fist punch untuk ingatkan si ibu kewujudannya.. walau sakit, namun ibu tersenyum dan bersyukur, jika tidak ditendang kesakitan, risau pula bertambah..

bila tiba masanya, baru la segala perit dirasa.. kesakitan yg amat sangat.. amat2 sangat, bagai mahu berdepan maut..perit yg dilihat takkan sama dengan azab yg ditanggung..dalam dunia perubatan, kesakitan adalah sesuatu yg perlu diukur skalanya. ada 1-10, dan yg selalu dikatakan jika menggambarkan skala 10 ialah "sakit macam nak bersalin".. masih aku ingat sorang nurse berkata, " bagi pompuan, sakit time bersalin la yang paling kuat. bagi laki, 2 je yg paling diorang sakit; sakit gigi dan berkhatan"




sakit berkhatan di skala mana?

pernah sekali aku disapa kawan, bertanya sudah ambil posting o&g ke belum, dan aku kata sudah".. si kawan berjenaka," kalau aku jadi doktor, aku nak jadi doktor o&g je, boleh tgk hari2..haha".. aku hanya tersenyum, sambil berkata," kawan, bila kau berada di tempat aku, baru kau tahu yg keseronokan kau itu tidak seindah yg kau sangkakan.."

buat ibu2,aku mahu tabik hormat sama kamu.. bersabung nyawa melahirkan anak2 tanpa mengira sakit..biar sakit mana sekali pun, riak wajah kamu yg sakit itu serta-merta berubah menjadi kegembiraan sebaik melihat wajah bayi kecil yg baru keluar dari rahim mu.. bertungkus-lumus sehingga titisan darah terakhir.. tabik hormat sama kamu.

hargai mereka sepenuhnya..

dan percaya lah, jika mahu suami2 kamu lebih menyayangi kamu, heret lah mereka sekali ke dalam bilik bersalin, paksa mereka bersama kamu sampai ke saat2 penting, biar mereka lihat betapa kamu dalam kesakitan, betapa kuat kamu meraung, betapa banyak darah yg mengalir, betapa sengsaranya kamu, hanya untuk memberikan zuriat yg mereka mahu.. dan percayalah, jika suami kamu berhati lembut, maka dia akan menghargai kamu lebih dari segalanya..


dan sehingga kini, aku masih, dan akan terus, bersyukur, kerana dilahirkan sebagai seorang lelaki.. (^_^) masih belum terlambat, Selamat hari Ibu!!

yang dikenang tanpa putus doa...

wassalam.

Saturday, May 30, 2009

kisah dari seorang ibu part 2

suatu masa, di tengah malam, suasana begitu sunyi. hampir semua manusia sudah melelapkan mata, berehat sebelum meneruskan rutin harian keesokan harinya. tapi tidak bagi sorang bakal ibu yg masih lagi berjaga seorang diri. dilihat ke sekelilingnya, masing2 sudah lena dibuai mimpi di atas katil empuk bersarungkan kain cadar putih hospital. namun dia masih tidak mampu menutup matanya, terasa begitu panas dan susah untuk tidur. matanya terkebil2, melihat ke kanan dan ke kiri mencari seseorang yg mampu membantunya menghulurkan segelas air untuk hilangkan dahaga.

tekaknya terasa kering benar. kalau lah ada segelas air kosong pun sudah mencukupi. dia lupa untuk membawanya bersama apabila datang ke hospital untuk mendaftarkan diri. mahu saja dihubungi ahli keluarga dirumah, tapi diri terlalu lemah untuk berjalan ke pondok telefon awam seorang diri. dipandang ke arah jururawat2 yg ke hulu ke hilir sibuk dengan tugas masing2. mulut ingin bersuara meminta sedikit pertolongan, tapi suara tersekat di kerongkong, takut mengganggu nurse membuat kerja.

"mak cik" tiba2 kelibat seorang lelaki berada disisinya. dia terkejut, namun lega melihat lelaki berpakaian kot putih menyapanya. dia tersenyum saja.

"kenapa mak cik tak tidur lagi?" tanya si lelaki muda itu. lembut sahaja suaranya. si ibu hanya tersenyum saja, tidak menjawab.

"mak cik ada nak minta apa2 ke?" tanya lagi lelaki tersebut. si ibu ingin meminta, tapi terasa tidak patut membebankan dengan suatu permintaan kecil.

lelaki itu melihat keadaan sekeliling si ibu, lalu bertanya

"mak cik nak minum?"

si ibu hanya tersenyum, sambil mengangguk kepala.

"mak cik nak minum apa?"

"air kosong pun cukup la doktor" balas si ibu. lelaki itu segera memanggil salah seorang nurse yg berada di situ.

"ada apa2 air minuman yg boleh kita sediakan untuk mak cik ni?"

"erm, kalau tak silap, milo saja yang ada, doktor" jawab jururawat. lelaki itu berpaling ke ara si ibu

"air milo boleh ke makcik?"

si ibu mengangguk sahaja. lalu si doktor meminta nurse tersebut menyediakan air milo untuk si ibu. beberapa minit kemudian, nurse datang membawakan segelas air milo yang masih panas. lelaki itu mengambilnya, dan menghulurkannya kepada si ibu sambil tersenyum. si ibu minum dengan perlahan, sesudah habis di kembalikan gelas kosong kepada doktor itu.

"terima kasih doktor"

"sama-sama".

si ibu terharu melihat kebaikan dan kemesraan yg ditunjukkan oleh doktor muda tersebut. kemudian, doktor itu meminta diri untuk meneruskan tugas on call nya. sempat si ibu melihat pada tanda nama yg tersisip di dada kiri doktor tersebut, sambil tersenyum.

beberapa jam kemudian, si ibu selamat melahirkan seorang anak lelaki. sihat, cukup sifatnya. alhamdulillah syukur si ibu. selepas di bawa kembali ke wad, anak2 si ibu yang sudah besar segera berkerumun melihat adik baru mereka.

"comelnya baby tidur...." tajol melihat adiknya yg pertama. gembiranya dia, sudah ada teman bermain.

"mak nak bagi nama apa kat adek ni?" tanya tajol.

si ibu kemudian mengambil sehelai kertas, ditunjukkan kepada mereka.

"mak nak bagi nama ni kat adek kecik ni. mak suka sangat nama ni. maksud nya, permata hitam kesabaranku" kata si ibu.

along melihat pada kertas itu, hanya tersenyum tanda setuju dengan pendapat ibunya. tajol melihat apa yg tertulis, cuba dibaca.



14 Mac 1985, hadirnya seorang anggota baru dalam keluarga mak munah

Thursday, May 14, 2009

kisah dari seorang ibu

satu hari, mak munah pergi melawat adiknya di sebuah taman perumahan yang tidak jauh dari rumahnya. turut bersamanya tajol, yang ketika itu berusia 8 tahun. sesudah mengetuk pintu dan memberi salam, keluarlah adik mak munah, yong, lalu menjemput kedua2nya masuk ke dalam rumah. dihidangkan teh dan sedikit kuih muih untuk dijadikan santapan. tajol masih lagi memerhatikan ibu saudaranya itu ke sana ke mari, pelik dan hairan. rasanya baru 2-3 bulan dia tidak berjumpa dengan makciknya itu, namun ada perubahan yg ketara dilihatnya. tajol ingin menanya, tapi lidahnya kelu. tak tahu bagaimana harus memulakannya. mak munah perasan akan keadaan anak bongsunya itu.

"kenapa ni adek?" tanya mak munah, membahasakan diri tajol sebagai adek. maklum la, anak bongsu.

tajol masih berdiam. berkerut dahinya, takut kalau ditanya akan menimbulkan kemarahan mak nya gara2 mulut mengomelnya.

"a'ah, kenapa berkerut je dahi tu?" sahut yong apabila melihat riak muka anak saudaranya.

setelah beberapa ketika, baru la adek membuka mulut.

"kenapa perut mak yong jadi macam tu?" tanya adek sambil menuding jarinya ke arah perut ibu saudaranya.

yong terkejut apabila diajukan soalan oleh adek. dia memikirkan apa yang harus dijawab kepada budak kecil yang masih mentah ni. mak munah juga cuba memikirkan bagaimana nak menerangkannya kepada anak bongsu nya itu.

"kenapa perut mak yong besar sangat? mak yong makan banyak ke tadi?" tanya adek lagi, timbul rasa ingin tahu.

"takde la, bukan camtu..." balas yong, masih memikirkan jawapan yg sesuai"

"habis tu kenapa?"

"sebenarnya..."

tajol masih menunggu dengan penuh minat.

"dalam perut mak yong ni ada baby" jawab yong dengan bahasa yang mudah, supaya senang anak kecil itu memahaminya.

"ada baby?" tajol terpinga2, dahinya berkerut lagi.

"iya, ada baby tgh tidur kat dalam ni ha" jawab yong lagi.

"macam mana baby tu masuk dalam perut mak yong?" tanya adek lagi.

yong menggaru kepala, tunggu akal untuk menjelaskan. susah betul soalan yg diajukan.

"mana mak yong dapat baby ni?" tajol masih belum berhenti bertanya. sifat ingin tahu mendorongnya untuk terus bertanya. pening kepala si ibu saudara.

"mak yong beli kat supermarket ke?" tajol bersungguh2 ingin mengetahui jawapannya.

"ha'ah, mak yong beli kat supermarket kat bandar tu" jawab yong, di hati berharap anak saudaranya itu akan berhenti bertanya bila sudah mendapat jawapan yg dimahukan.

"ooo, beli kat supermarket..." angguk si tajol. lalu dia berpaling ke arah ibunya, mak munah.

"kalau macam tu, mak pun beli la satu baby kat supermarket, adek nak main dengan baby tu."

terkejut mak munah dengan permintaan anaknya si tajol, lalu ketawa kecil. tak disangka tajol akan berkata begitu. yong juga ketawa bersama, melihat bendulnya anak saudaranya itu mempercayai apa yg dikatakannya. betapa dunia si anak kecil sungguh mudah.

beberapa bulan selepas itu, yong selamat melahirkan anak lelaki. mak munah datang melawat yong di hospital bersama anak2nya yg lain, tak terkecuali tajol.

"comelnya baby" tajol melihat sepupunya yang baru dilahirkan.

mak munah hanya tersenyum melihat anaknya itu. kemudian, tajol berpaling ke arah ibunya seraya berkata

" mak beli baby kat supermarket yang sama dengan mak yong kan? nanti baby yg keluar mesti comel macam baby ni jugak kan?"

semua yang berada di sisi katil yong ketawa mendengar kata2 si tajol. mak munah juga ketawa, sambil mengusap perutnya yang juga semakin membesar.