Showing posts with label OnG. Show all posts
Showing posts with label OnG. Show all posts

Sunday, July 25, 2010

Post-OnG + Ophthal & pre-ENT posting

salam.

agak lama tidak mengupdate entry. apakan daya, sibuk + malas + internet lembab ( ye, agak lembab celcom broadband di tingkat 15) + bluetooth pc rosak (x dapat nk upload gambo dr cameraphone ku) membuatkan ada saja yg menghalang...haish

so, to sum-up what happen for the past 1 month, aku sudah habes posting O&G, posting pertama di final year.. exam hari tu agak ok, pretty confident boleh lulus selepas clinical exam, dan alhamdulillah, yg dijangka tepat (cuak jgak sbab mcq susah) haha..



Ovarian Ca is 2nd most common Ca among women in d world



selepas exam, dapat cuti seminggu (yeah!!) masa diluangkan dgn family, sambung rutin biasa di umah (tido, makan, antar anak sedara ke skolah, cari makanan n etc..).. owh, tambah satu rutin lagi, WORLD CUP!! haha, aku syukur tahun ni aku belum start keje lagi, at least boleh tgk bola tanpa rasa bersalah..haha


then, selepas bercuti, masuk utk minor posting selama 2minggu, opthalmology (bahagian mata). secara keseluruhan, posting ni agak enjoy, cuma agak stress sebab sedar x sedar dah exam.. sedangkan posting2 sebelum ni smuanye 4minggu ke atas, so, utk 2-3minggu pertama adalah minggu lagha (main game, tgk movie, download citer).. ape lagi,memang x terkejar la nak bace semua nota last minute (macam x biase..haha)


n for d first time, aku rase posting kali ni sangat meletihkan.. pergi kelas sure ngantuk, dah la kene terbongkok2 time nak buat funduscopy tuh.. nak cari optic disc 1 hal, blood vessel je memanjang, mata patient plak bgerak2..adoyai..bile balik petang, dah ngantuk, malam dah rasa pendek, sampai tido pun rase x cukup..haha.. apepun, posting ni xde on-call, n takde case write-up utk dihempas-pulaskan..hoho



ZzZzZ..huh, is it lunch already?


ZzZzZ...urm, where are we just now?


optic disc was absent coz he closed his eye..hurm


it such a bless to have a mother as HOD ophthal..no?

apepun, exam dah lepas.. mcq ternyata susah n x termasuk langsung dalam expectation, tapi osce menolong dgn cukup baik.. yg penting, pesanan Dr Azlina "tau bile kene refer patient ke ophthal clinic, dan ape yg perlu urgent referral", jangan sampai bile dah keje nanti tulis surat referral kat ophthalmologist " on funduscopy examination, the red reflex was absent but no peripheral retinopathy present"..huh, memang kesian kat patient tuh..ish2



Mata itu cantik ciptaannye, so yg mengajar pasal mata juga perlu..urm, chantek (^_^)


sesudah habes opthal, tetibe diberitakan ada inter-medical faculty scrabble competition.. sepatutnye banyak la fakulti medik yg join, apekan daya, hanya 2 fakulti jer yg dapat hantar wakil.. overall, ok la, not bad for 1st time such event being organized.. owh, kenapa aku cakap pasal hal ni? sebab aku join sekali ( i love scrabble! haha) scrabble adalah 1 game yg agak terbiasa dengan aku sejak kecik, tapi time kecik aku main sahibba la (mane aku reti bahase omputih dulu2..haha). so, aku quite enjoy bermain benda alah ni, apatah lagi peluang utk main benda ni sangat tipis (main sorang x best!)

i love scrabble!!


3rd prize? now i wonder why others not so eager to enter the competition..hurm

then, ingatkan hari ini (25th july), mahu pergi sokong pasukan harimau biru di bukit jalil.. friendly game dengan korea selatan adalah 1 peluang yg amat jarang, dan pastinye good game.. tapi hujan lebat diiringi petir tatkala mahu merempit membantutkan hajat.. tpaksa la tgk kat astro arena je.. n in the end, Harimau Biru menang 1-0!!yeah!!



kali ini, cuti hanya 2 hari sebelum memulakan posting ototorhino...err.. ENT (telinga hidung n tekak) yg bermula 26july selama 2minggu..sekali lagi nak kene boot kan otak ni lebih awal dari biasa..haha.. apepun, 1st week kite enjoy dulu..yeah!!



let's see how he would be in ENT..haha

that's all for this time. wassalam

Saturday, June 19, 2010

suatu weekend di Lebuh Raya

Salam.
dek kerana semua mahu cepat tinggalkan temerloh di hujung minggu, maka nya aku terus memacu TAW ke KL... owh, bukan Kuala Lumpor, tapi Kg Ladang...hehe


jom race!!


sedang asyik melayan lagu2 jiwang 90-an dan millenium di Sinar FM, leka bawa TAW sampai 140km/h di lebuhraya, sambil berteriak sorang diri dengan lirik lagu berkumandang, perasan kereta arah bertentangan memasang lampu kelip2 di siang hari..


"lupa tutup lampu?"



"bagi no hp ikut lampu depan (macam S.O.S)? tapi aku x pakai Axe Effect pun..."



diabaikan, mungkin assumption pertama boleh diterima. saat itu, satu Myvi hitam memintas dengan lebih laju. hurm, biarkan... kemudian, perasan lagi lampu kelip2 dari arah kanan..

"takkan la.." terus dipacu perlahan. hajat ingin racing ngan myvi hitam terbantut.. terus bertukar mode "pemandu berhemah di jalan raya"... 5km didepan, menarik nafas lega kerana buat tindakan betul. bapak2 bermisai licin tanpa janggut dengan baju putih berseluar ketat dengan but hitam sudah senyum menunggu didepan..


kalo yg ni tahan, bawak 30km/h pun aku sanggup dapat surat cinta, mane tau dapat no phone skali..haha - gambar hiasan


TAW ditahan, namun bile perasan TAW 4609 tiada dalam senarai kereta2 cun yg berjaya dikesan dengan kamera litar perangkap laju, segera disuruh beredar dengan masam muka tanda tak dapat tambah duit poket.. Aku pula senyum macam baru menang loteri rm300... saat itu melihat myvi hitam diminta ke tepi jalan, senyum semakin lebar..hoho

Aiseh, TAW lalu, buat2 x nampak..


berterima kasih pada yg "kenyit2", bernasib baik masih ada masyarakat Malaysia yg mahu tolong menolong antara satu sama lain.. Tolong Orang Nak Tipu Orang memang x elok, tapi Tolong Orang Nak Tipu Pakcik Misai memang bagus...andainya lepas ini ternampak sebelah jalan ade tgh menunnggu, mahu berikrar membalas budi dengan "kenyit2" pada yg akan lalu supaya semua jadi berhemah secara tiba2..hehe

Wassalam

Friday, May 21, 2010

harga sebuah pengorbanan

Salam.

proses kelahiran adalah satu proses yang memeritkan. buat kaum hawa, mereka sedia maklum atau akan sedia maklum bila tiba masanya. buat kaum adam, mereka tidak akan memahami jika mereka tidak cuba. betapa peritnya si ibu meronta, menangis dan berpeluh lelah memperjudikan nyawa sendiri untuk membawa satu insan mengenali dunia. ketika diberitakan diri berbadan dua, gembira di hati tak terkata, senyum manis menukar riak wajah jadi berseri-seri. sepanjang 9 bulan, jika normal, sentiasa membelai perut sendiri dan bercakap sorang2 menemani si kecil dalam rahim.. apa yg dibalas? side kick dan fist punch untuk ingatkan si ibu kewujudannya.. walau sakit, namun ibu tersenyum dan bersyukur, jika tidak ditendang kesakitan, risau pula bertambah..

bila tiba masanya, baru la segala perit dirasa.. kesakitan yg amat sangat.. amat2 sangat, bagai mahu berdepan maut..perit yg dilihat takkan sama dengan azab yg ditanggung..dalam dunia perubatan, kesakitan adalah sesuatu yg perlu diukur skalanya. ada 1-10, dan yg selalu dikatakan jika menggambarkan skala 10 ialah "sakit macam nak bersalin".. masih aku ingat sorang nurse berkata, " bagi pompuan, sakit time bersalin la yang paling kuat. bagi laki, 2 je yg paling diorang sakit; sakit gigi dan berkhatan"




sakit berkhatan di skala mana?

pernah sekali aku disapa kawan, bertanya sudah ambil posting o&g ke belum, dan aku kata sudah".. si kawan berjenaka," kalau aku jadi doktor, aku nak jadi doktor o&g je, boleh tgk hari2..haha".. aku hanya tersenyum, sambil berkata," kawan, bila kau berada di tempat aku, baru kau tahu yg keseronokan kau itu tidak seindah yg kau sangkakan.."

buat ibu2,aku mahu tabik hormat sama kamu.. bersabung nyawa melahirkan anak2 tanpa mengira sakit..biar sakit mana sekali pun, riak wajah kamu yg sakit itu serta-merta berubah menjadi kegembiraan sebaik melihat wajah bayi kecil yg baru keluar dari rahim mu.. bertungkus-lumus sehingga titisan darah terakhir.. tabik hormat sama kamu.

hargai mereka sepenuhnya..

dan percaya lah, jika mahu suami2 kamu lebih menyayangi kamu, heret lah mereka sekali ke dalam bilik bersalin, paksa mereka bersama kamu sampai ke saat2 penting, biar mereka lihat betapa kamu dalam kesakitan, betapa kuat kamu meraung, betapa banyak darah yg mengalir, betapa sengsaranya kamu, hanya untuk memberikan zuriat yg mereka mahu.. dan percayalah, jika suami kamu berhati lembut, maka dia akan menghargai kamu lebih dari segalanya..


dan sehingga kini, aku masih, dan akan terus, bersyukur, kerana dilahirkan sebagai seorang lelaki.. (^_^) masih belum terlambat, Selamat hari Ibu!!

yang dikenang tanpa putus doa...

wassalam.

Tuesday, May 18, 2010

Suatu pagi di Labour Room...

Tangan penuh darah, tapi hati lega kerana setelah lebih setahun, masih boleh sedikit sebanyak memusing dan menarik jiwa baru keluar dari kepompong 9bulannya.. setelah seketika, baru terdengar teriakan kecil.. Alhamdulillah..

"adik, tolong inject syntometrine tu kat peha akak ni"

"yg mane Dr?"

"tu yg dah tersedia kat syringe tuh.. tau inject kan?"

angguk perlahan student nursing...setelah seketika..

"kak roha, ni dah boleh tarik kan?"

"A'ah, tu dah gushing blood tuh, boleh la mula tarik.."

ditarik tali pusat yg terjuntai untuk keluar kan placenta, lancar, sampai 1 ketika..

"ha, camne, boleh tarik tak?"

"tadi ok je kak roha, sekarang ni baru tersekat sikit.."

"mane?...la,adik oii, kalo dalam keadaan macam ni, memang la susah nak tarik.."

"ha? keadaan camne?"

"ni ha..." sambil tunjuk ke arah patient..

"la...aiseh lupa" rasa nak hempuk muka dengan tangan tapi masih waras untuk tidak palitkan darah nifas ke muka sendiri..

"akak... angkat kaki kak, buat macam tadi...kalo baring camni, susah nak tarik"

proses CCT berjalan lancar...

"hish kamu ni, position nak buat CCT pun lupa..."

"hehe.. sori kak roha, lupe... dah lama x buat..." hanya mampu senyum simpul sambil nursing student dah tergelak kat belakang...cis..