Showing posts with label gambar. Show all posts
Showing posts with label gambar. Show all posts

Sunday, October 24, 2010

Mission accomplished!

Jam tangan menunjukkan pukul 10.40 pagi... hari Ahad yg sangat tenang, mahu saja terus bergolek2 atas katil berselubung selimut, tapi teringat plan yg dirancang semalam. gagahkan badan yg sakit2 ni, bersiap dan bersarapan sebelum memulakan plan hari ini: Jalan-jalan dengan TAW...

sudah pekena roti telur dengan teh ais lebih manis, mula mengorak langkah... destinasi? Seremban.. nape nak gi sana? ntah, saje2 buang masa n minyak kereta.. dari duk terbungkang atas katil, baik bukak mata luas2... lagipun, dah lama x ke sana. maklum la, sebagai ex-kmns, seremban adalah tempat regular untuk outing hujung minggu. main boling, tengok wayang, beli komik, dan buang masa..haha

sesampai di seremban, mula merayau2 tanpa tempat tuju.. sempat melalui sebelah terminal1, seremban parade, tempat lepak dengan kawan2 outing.. haha, tapi tidak berhenti di situ, maka tiada gambar untuk diletak disini kerana tangan melekat dekat stereng..



I was here!
kemudian, sudah masuk zuhur, mencari2 masjid untuk singgah sebentar. melilau tanpa arah membawa aku ke masjid sikamat, seremban. maka berhenti sebentar tunai fardu sebelum meneruskan langkah...






sesudah solat, segera berangkat mencari jalan keluar, cari jalan untuk ke lebuh raya utara seltan kembali ke KL...




ada tersimpan niat untuk ke kuala pilah, tapi memandangkan tidak ingat jalan + takut sesat, maka niat dilupakan saja.. yg penting sudah ade progress hari ni; mejejak balik seremban yg sudah lama ditinggalkan.. (^_^)

Wednesday, September 29, 2010

Sshh.. Jangan bagitau orang lain..

Salam.

Semua orang ada rahsia. Masing2 ada hal2 yang dirasakan perlu untuk dilindungi dari org lain di sekeliling. Ada rahsia besar, ada rahsia kecil, ada yg memalukan, ada yg boleh buat diri jadi riak kalau orang lain tahu. Malah, dalam beramal juga, Islam menyarankan kita agar berlindung dalam melakukan kebajikan, seperti ungkapan “ sampai tangan kiri tidak tahu apa yg tangan kanan kerjakan”.


Bila berahsia, ada yg mampu simpan semua untuk sendiri, lebih2 lagi jika ia boleh mengaibkan empunya diri. Namun, jika ia suatu yg menggembirakan, atau memalukan orang lain, kadang2 rahsia x sempat sampai ke perut, dah muntah balik. Rahsia boleh pecah secara x sengaja atau tersengaja… dan kebiasaannya, di akhir al-kisah akan diikuti dengan “ ko jangan bagitau orang lain tau, aku bagitau benda ni kat ko sorang je..”




Sshh..jgn bagitau org lain..

Ada yg mampu pegang sampai bile2, tapi ada yg x mampu selindung, TERberitahu yg lain, dan kemudian diakhiri dengan ayat yg sama “ jangan bagitau orang lain ye..” dan ia berlarutan sampai orang pelusuk dunia pun boleh tau. Itu harus diakui kelemahan manusia sebab mulut ni takde zip n tempat untuk letak mangga untuk dikunci rapi… hanya dengan sepatah perkataan yg boleh buat orang lain sekeliling tergamam, kita sedar bahawa padah menanti akibat mulut takde insuran ini dah membuka ruang untuk orang2 korek lebih dalam sampai akhirnya dengan ungkapan “jangan bagitau orang lain..”

Dan lepas itu kita mula rasa bersalah, dan atas rasa itu, kita bagitau balik pada empunya rahsia, dan di saat itu kita sedar bahawa kepercayaan yg diberi tidak akan sama lagi… dan mungkin tiada lagi cerita2 yg ingin dikongsikan takut perkara sama berulang.. dan saat itu, kita tau bahawa mulut sama dengan kereta lembu, tiada gear gostang lagi..


Maka, bagi empunya2 rahsia yg pernah aku sengaja atau x sengaja terberitahu orang lain, hanya 1 yg dapat ku hulurkan, iaitu borang permohonan minta maaf seikhlas hati, terpulang pada korang untuk approve atau tidak…raya kan sebulan, so masih valid lagi la permohonan aku ni kan? Sorry..


wassalam

Thursday, September 16, 2010

bila sosialisme berleluasa..

Salam Syawal.


kerana baru seminggu di bulan ini, dan ikut cakap melayu "raya kan sebulan", maka masih sempat utk aku ucapkan selamat hari raya Eidul Fitri, mohon maaf atas segala kekhilafan diri sepanjang penulisan blog ini.

aku sebenarnya agak malas untuk mengupdate blog, tapi menjengah ke website seorg blogger menyebabkan darah ini menderau untuk berkongsi apa yg ditengok. ya, ini salah satu penyakit masyarakat skarang; rembat bini org..



aduh, dah tak tau apa nak jadi dengan dunia ni.. aku tumpang sedih... aku tumpang sedih kat suami kepada pmpuan tu, kerana kesetiaannya diuji, kepercayaannya dikhianati.. sape x sayang bini? tapi susu plak dibalas tuba.. dan aku tumpang marah sebab die x berjaya kawal kemarahan dia, kerana dia x mengikut apa yg dihukum syarak.. tapi siapa aku untuk menghukum kerana aku x merasa apa yg die rasa saat itu...

aku tumpang sedih kat si pmpuan tu, kerana dia x bjaya kawal nafsu dalam diri die, kerana dia mencari kebahagiaan di luar perkahwinan die, kerana die sudah pun menempah neraka untuk dirinye... dan aku tumpang marah sebab dia mencemarkan agama, kerana dia x ingat tuhan bile mendekati zina, kerana dia telah menghancurkan rumah tangga yg dah dibina..

aku tumpang sedih kat laki yg ditibai tu, kerana dia dah mengecewakan keluarga dia (die dah ade 5 anak, sulung umur 12 tahun..), kerana dia x fikir apa rasanya kalau org main ngan bini die, kerana dia x fikir natijah bile suami pompuan tau n bawak batalion pukul die... dan aku tumpang marah sebab dia dah merosakkan perkahwinan org lain, kerana dia cari benda haram sedangkan dah ada benda halal, kerana dia mementingkan nafsu dari iman..

ini hanya salah satu dari ribuan kisah yg sama... aku dah x tau apa nak dikata.. kalau dulu "bertudung" adalah salah satu elemen untuk menguatkan keyakinan dalam hati bahawa calon isteri seorang yg tau agama dan menjaga kesucian diri, tapi sekarang sudah tiada jaminan.. kalau dulu berkopiah songkok membawa kewarakan dan berilmu agama, tapi sekarang bukan lagi.. hanya dengan mengenali sesorang dalam suatu jangka masa yg mampu meyakinkan hati bahawa pilihan mungkin tepat..mungkin..

yg ni kisah bila dah berkahwin.. kalau yg belum? bertimbun lagi yg x kene tangkap basah, bertimbun lagi yg x kene kantoi.. bukti? pembuangan bayi yg berleluasa.. mahu lagi bukti? pergilah menziarahi rumah2 kebajikan yg menjaga anak2 mudi yg terlanjur dan bunting, pasti tidak pernah sunyi rumah itu, ada saja penghuni saban hari.. bukti lagi? google lah sendiri klip2 melayu terlampau, bukan setakat pramugara, gadis kampung pun berlambakan...apatah lagi gadis urban dan berpendidikan menara gading..


kenapa aku kesah? sebab aku hidup dalam zaman ini, sebab tu aku kesah.. sebab aku masih lagi belum berkeluarga, dan aku cukup takut bila membayangkan semua ini berlaku dalam keluarga aku.. bayangkan anak dara kau, tanpa disedari dah bunting? bayangkan anak teruna kau ditangkap basah dan merosakkan anak org lain? bayangkan anak2 pergi clubbing, teguk benda haram...urgh!! dulu aku ada pikir, tapi aku tenangkan hati balik dengan mengatakan kat ganu kita xkan jadi benda2 camtu... tapi sekarang? duduk di ceruk mana pun, takkan selamat... pendedahan anak2 zaman kini kepada budaya kuning terlalu hebat, kadang2 dengan pendidikan agama pun belum pasti dapat jamin mereka takkan hanyut..


aku cukup takut bila semua tu terjadi.. takut... takut tak dapat kawal diri sampai muka aku terpampang di media gara2 bunuh bini/anak sendiri.. nauzubillahi min zalik!


Tuesday, August 31, 2010

di saat 53 tahun Merdeka


Salam Ramadhan...


Hari ini adalah hari yg paling dibanggakan oleh warga Malaysia… ya, 31 Ogos, genapnya 53 tahun Negara yg dahulunya dikenali dengan Tanah Melayu ‘bebas’ dari cengkaman penjajah. Hari yg paling memberi makna sebagai titik tolak bermulanya kemajuan Malaysia, sehingga kini menjadi Negara yg ‘aman, makmur dan bahagia’ *cough*.. maaf, x sehat sket..



Berbalik pada topik utama, Kemerdekaan.. suatu istilah yg tidak asing, sering dilaungkan dan digahkan, kerana sebagai sebuah Negara yg merdeka, sesuatu Negara itu akan mampu ditadbir tanpa kongkongan dalam menjana pembangunan, ekonomi dan sebagainya.


Dan sebagai rakyat Malaysia, sepertimana tertera di kad pengenalan aku, aku juga akan setia mengingati hari ini sebagai hari yg penuh bersejarah dan harus dihayati dengan penuh semangat. Menghayati? Macam mane aku harus tunjukkan penghayatan aku menyahut seruan kemerdekaan ini?











Adakah dengan pergi berhimpun ramai2 di dataran merdeka, KLCC, Genting atau sebagainya dan bersama2 muda-mudi tua-tui, berhimpit2 tak kenal jantina menonton konsert atau persembahan artis2 terkenal, kurang terkenal atau tak terkenal langsung, sambil menghitung detik 12 malam dan menejerit “merdeka!!”, diiringi letupan bunga api, dan seterusnya di sambung dengan “aktiviti2” riadah sampingan selepas bersurai?






Atau seharusnya dengan mengangkat tangan beramai2 mengaminkan pujian ilahi serta memohon limpah kurnia-Nya agar Negara ini sentiasa di bawah lindungan rahmat-Nya agar kekal sejahtera dan sentosa di bawah pimpinan “amirul mukminin”?





Sejauh mane pemahaman kita tentang kemerdekaan? Merdekakah kita kalau masih terceruk dengan budaya penjajah? Merdekakah kita kalau kita masih terhangguk2 dengan telunjuk mereka?



Jika dulu kita amat jarang mendengar kisah2 pembuangan bayi merata2.. tapi sekarang? Aku tidak tahu fakta2 dari negara2 luar, di timur, eropah atau barat, tapi rasanya mereka jauh lebih bertimbang rasa dalam isu ini. Dari mana asalnya isu ini? Kurang pendidikan agama? Ibu bapa tidak prihatin? Gejala sosial? Sifat belia ingin mencuba? Tidak ada akarnya, semuanya akan jadi sirkumstantialiti, yg sana menuduh yg sini, yg sini menuduh yg situ, dan yg situ menuduh yg sana. Adakah realiti ini selari dengan kemerdekaan yg kita miliki?




Si kecil ini sudah selamat istirehat di Syurga...kita?



Sama2 lah difikirkan. Dan secara kebetulan, mungkin ada yg lupa, malam kemerdekaan kali ini bersamaan dengan permulaan 10 malam terakhir Ramadhan.



Ask yourself..




Aku tertarik dengan kata2 seorang sahabat. Diibaratkan ketika ini seolah2 satu permainan bola sepak (atau bola tampar, basketball, futsal, mane2 la yg korang suka, asalkan game berpasukan). Sekarang sudah masuk 30 minit terakhir, situasi masih 0-0, masih belum ada yg boleh yakin akan menang. Di saat ini, ‘coach’ akan menentukan siapa antara pemainnya yg boleh bertahan di atas padang untuk minit2 terakhir, kerana ‘coach’ tahu, hanya orang yg kuat semangat juang, azam yg tinggi dan tabah akan mampu terus beraksi dengan cemerlang agar dapat menjaringkan gol kemenangan.





Bersama2 lah kita memohon agar kita adalah sebahagian daripada first eleven yg bermain sehingga ke masa penamat, Amin




wassalam..

Thursday, August 26, 2010

Psikiatri di bulan Ramadhan



Salam mahabbah Ramadhan




sudah lama tidak mengupdate blog ini. Alhamdulillah, posting Easy No Tension (ENT) sudah selesai,disusuli dengan Psy posting selama 4 minggu di Temerloh. walaupun tidak banyak kepelbagaian kes di sini, tapi Alhamdulillah tenaga pengajar tidak rasmi sentiasa menolong dan berhati terbuka menerima kami 29 kesemuanya. Apapun, minggu depan sudah minggu exam, sebelum bercuti 2 minggu mengisi penghujung Ramadhan di kampung tercinta.


HoSHAS


sudah berada di pertengahan Ramadhan, sekejap sahaja 16 hari berlalu. tapi Ramadhan kali ini meninggalkan kesan kepada rakyat Malaysia umumnya, dengan kisah2 yg mengejutkan seluruh warga tatkala umat Islam menyambut ketibaan bulan yg mulia ini. umum sudah maklum, dan ya, ia berkaitan dengan posting aku kali ini; penyakit mental.






sebelum ini, kita dikejutkan dengan kejadian seorang belia lelaki membunuh datuk, nenek dan kakaknya yg berlaku di Negeri Sembilan (jika tidak salah). dikhabarkan lelaki itu mengalami gangguan mental, dengan pembunuhan yang agak bizarre, bukannya perancangan yg teliti. ingatkan ia berhenti di situ; rupanya tidak. Ramadhan kali ini menyaksikan 2 kejadian yg amat menyayat hati setakat ini; masing2 di pantai barat dan pantai timur semenanjung.












setakat ini, disimpulkan bahawa kedua2 pesalah mempunyai penyakit mental, dan kedua2nya tidak mengambil ubat pada jangka masa yg agak lama. Schizophrenia adalah salah satu penyakit jiwa yg memerlukan pesakitnya mengambil ubat secara berterusan untuk menghilangkan gangguan2 yg dialami. dan ia bukan seperti jangkitan kuman atau virus, sembuh selepas makan ubat 2-3 hari, tapi sebaliknya mengambil masa yg agak lama, bertahun2 lamanya. dan inilah yg selalu dititikberatkan oleh doktor2 pakar sakit jiwa; be compliant to the medication. dan di sinilah pentingnya sokongan ahli keluarga dalam memastikan pesakit sentiasa, tidak leka, memakan ubat yg dipreskripsikan. sebab itu, setiap kali pesakit dibenarkan keluar dari wad psychiatric, ahli keluarga dipanggil untuk diberikan pendedahan, dan diingatkan supaya memastikan pesakit tidak lupa makan ubat.



Namun, inilah manusia,mudah lupa. dah namanya insan, dari perkatan naasi (lupa). asal yg sakit sudah tidak mengalami gangguan, dirasakan sembuh sepenuhnya, terus berhenti tanpa mengambil kira pesan yg merawat. di sinilah silapnya, sedangkan yg mengetahui sedia maklum poor compliance to medication adalah punca utama mengapa penyakit ini boleh berulang (relapse), selain dari faktor2 lain yg berpautan. dan kini, umum sudah stigma dengan pesakit mental. yg dah lama default dari follow-up clinic mula cepat2 daftar kembali, takut berulang. Alhamdulillah, ada kesedaran, cuma berharap kesedaran ini kekal, bukan macam t@Hi ayam hangat semetar ja..


Docs juga berisiko untuk berpenyakit mental - MDD (work stress!!)


yg sudah berlalu, harus diambil iktibar. moga2 tidak ada lagi kes2 serupa berulang. masa mesti dipandang kedepan, sebab masa tak pernah tecicir di belakang; sentiasa selangkah lebih dari kita. apapun, sudah pertengahan Ramadhan, sudah habis 15 juzuk dibaca? atau15 jilid komik sudah khatam? 15 episod drama ditatap? ingatlah Ramadhan hanya datang sekali setahun, tahun depan kita belum tentu ketemu, maka seeloknya disisipi dengan yg bermakna, kan? pesanan ini untuk diri sendiri, kerna diri ini memang lalai amat2 sangat, juga untuk sahabat2 yg dikasihi. moga semua mendapat redhanya. dan ingatlah, sepertiga terakhir ramadhan adalah yg paling berharga, potongan diskaun yg diberikan untuk yg berkejar2 ber'shopping' sangat istimewa, bahkan ada yg dapat diskaun hidup seribu bulan! kan hebat tu? jadi jangan lah disibukkan dengan diskaun shopping complex, dan bazaar2 sahaja..


sekadar tazkirah di bulan mulia, RAMADHAN KAREEM (^_^)


wassalam

Friday, May 21, 2010

harga sebuah pengorbanan

Salam.

proses kelahiran adalah satu proses yang memeritkan. buat kaum hawa, mereka sedia maklum atau akan sedia maklum bila tiba masanya. buat kaum adam, mereka tidak akan memahami jika mereka tidak cuba. betapa peritnya si ibu meronta, menangis dan berpeluh lelah memperjudikan nyawa sendiri untuk membawa satu insan mengenali dunia. ketika diberitakan diri berbadan dua, gembira di hati tak terkata, senyum manis menukar riak wajah jadi berseri-seri. sepanjang 9 bulan, jika normal, sentiasa membelai perut sendiri dan bercakap sorang2 menemani si kecil dalam rahim.. apa yg dibalas? side kick dan fist punch untuk ingatkan si ibu kewujudannya.. walau sakit, namun ibu tersenyum dan bersyukur, jika tidak ditendang kesakitan, risau pula bertambah..

bila tiba masanya, baru la segala perit dirasa.. kesakitan yg amat sangat.. amat2 sangat, bagai mahu berdepan maut..perit yg dilihat takkan sama dengan azab yg ditanggung..dalam dunia perubatan, kesakitan adalah sesuatu yg perlu diukur skalanya. ada 1-10, dan yg selalu dikatakan jika menggambarkan skala 10 ialah "sakit macam nak bersalin".. masih aku ingat sorang nurse berkata, " bagi pompuan, sakit time bersalin la yang paling kuat. bagi laki, 2 je yg paling diorang sakit; sakit gigi dan berkhatan"




sakit berkhatan di skala mana?

pernah sekali aku disapa kawan, bertanya sudah ambil posting o&g ke belum, dan aku kata sudah".. si kawan berjenaka," kalau aku jadi doktor, aku nak jadi doktor o&g je, boleh tgk hari2..haha".. aku hanya tersenyum, sambil berkata," kawan, bila kau berada di tempat aku, baru kau tahu yg keseronokan kau itu tidak seindah yg kau sangkakan.."

buat ibu2,aku mahu tabik hormat sama kamu.. bersabung nyawa melahirkan anak2 tanpa mengira sakit..biar sakit mana sekali pun, riak wajah kamu yg sakit itu serta-merta berubah menjadi kegembiraan sebaik melihat wajah bayi kecil yg baru keluar dari rahim mu.. bertungkus-lumus sehingga titisan darah terakhir.. tabik hormat sama kamu.

hargai mereka sepenuhnya..

dan percaya lah, jika mahu suami2 kamu lebih menyayangi kamu, heret lah mereka sekali ke dalam bilik bersalin, paksa mereka bersama kamu sampai ke saat2 penting, biar mereka lihat betapa kamu dalam kesakitan, betapa kuat kamu meraung, betapa banyak darah yg mengalir, betapa sengsaranya kamu, hanya untuk memberikan zuriat yg mereka mahu.. dan percayalah, jika suami kamu berhati lembut, maka dia akan menghargai kamu lebih dari segalanya..


dan sehingga kini, aku masih, dan akan terus, bersyukur, kerana dilahirkan sebagai seorang lelaki.. (^_^) masih belum terlambat, Selamat hari Ibu!!

yang dikenang tanpa putus doa...

wassalam.

Sunday, April 25, 2010

cuti akhir semester terakhir - mengorek memori lama

salam.

dah hampir sebulan bercuti, kini hanya tinggal 2 minggu (or less) lagi untuk berehat sepuas2nya. dalam cuti ini juga, banyak masa dihabiskan bersama keluarga, lepak makan or minum dengan kawan2 lama sambil bercerita pasal kerjaya masing2 berserta berita penamatan zaman bujang mereka..hurm, nampaknya raya tahun ini akan berkurangan lagi la ahli kumpulan bujang untuk konvo raya beramai2...

bawa anak2 cenonet main2..

walaupun cuti tinggal 2 minggu,tapi aku harus bersedia untuk exam family medicine posting minggu depan (possibly 6th may).. hurm, kena ambil exam ni pada akhir semester disebabkan musibah yg melanda diriku ketika posting ini dilakukan tahun lepas... selepas itu, terus sambung untuk o&g posting final year....

hepi bday Muntashir (9) & Mufakkir (8)...


sedang bosan mengorek isi laptop, terjumpa video yg dirakam suatu ketika dulu.. sangat gembira dengan suasana ketika itu, semua terbahak2 ketawa berderai2..haha..dan aku rasa nak postkan je kat cini..best2



"dua2 mati kan dalam citer ni?"
"eh, dua2 mati eh dalam citer ni?"
"mane ade yg mati!!"


haha, antara dialog2 yg aku buat ketawa x henti2... juga masih ingat ape yg awe kate "ini adalah cerita mengarut"..wahaha





gaya sorang2 budak medik yg poyo..haha



sangat merindui memori lama... namun harus pandang ke depan untuk mencipta memori yg lebih indah... apepun, minggu ni ada 2 sahabat yg kawen, masing2 di selangor n kelantan.. aku, awe n abu akan bertolak ke Kl 27hb dan after jumaat, akan ke kelantan pula insyaAllah.. hurm, kalo la boleh pergi seremban kan best (^_^)..haha

wassalam

Sunday, February 28, 2010

Berjuanglah Malaysia!!



salam.

alhamdulillah, SSM sudah settle, cuma tunggu nak present je plak.. dalam kekalutan duk nak siapkan Jaundice tuh, masih sempat meluang masa menonton Malaysia lawan Yaman di Bukit Jalil...

Harimau Biru

satu perkara yang pasti, semangat orang Malaysia ternyata menghampakan... yang datang tengok anak2 muda berjuang atas nama negara hanya ratusan, sedangkan masih ramai warga2 yang mengaku Malaysian berkerumun di Jom Heboh di luar stadium, langsung takde semangat nak menyokong pemain negara... lebih rela berkepit dengan balak atau awek... huh,malu hendak mengaku 1 bangsa...

Harimau Malaya

kali nih, ambil peluang duduk bersama2 dengan anak2 muda yang sangat bersemangat menyokong pasukan negara... dari awal sampai akhir melaungkan lagu2 pembangkit semangat yg pelbagai... kagum dengan semangat mereka, walaupun mereka kebanyakannya tampak seperti golongan2 belia yg take keje, tapi mereka tetap berdiri di belakang menyokong perjuangan yg berada di atas padang...

"Tunjukkan taringmu, Hancurkan Lawanmu.."


penamatnya sangat menggembirakan, menundukkan pasukan yg lebih tinggi rankingnya walaupun hanya menang tipis...

Harimau Mengaum! Aum!


dan sebelum pulang, mereka yg bersemangat patriotik ni masih sempat menyanyikan lagu sebelum bersurai...

"Terima Kasih K. Rajagobal"

Sunday, October 18, 2009

salam pasca syawal!!!

Salam.

Dah sebulan lebih x update. Malas yg teramat + takde citer special utk dikongsikan


cheezywadges!!

Dan raya kali ni kureng ckit jadinye. Seharian terperuk di tempat yg org lain tak tahu, dan balik ke rumah bila game bola sepak disiarkan di malam raya. Hari2 berikutnya dihabiskan dengan kawan2 lama yg masing2 dah bekerja. Sangat jealous bila tgk sorang2 pakai Honda city, Honda civic, Peugeot, Mercedes… haha, aku sorang jugak la yg naik motor ke sana-sini..


hidangan melantak 5 manusia yg akhirnya kene bayar lebih sebab tertinggal lebihan untuk dibuang


Seminggu raya habis, berulang-alik ke kl dan temerloh meneruskan posting psy. Tapi di temerloh, berjumpa dengan specialist2 yg sangat baik dan sudi meluangkan masa menjawab soalan dan berceloteh. Dalam masa yg sama, masing2 cuba mendiagnose kawan dengan Major depressive disorder, schizo, bipolar, dan tak lupa personality disorder. Oh, histrionicnya dan obsessive compulsive nya mereka..

pakar2 yg dah sakit dengan jiwa


Dan selepas raya, banyak citer terkejut keluar, sehingga pukul 3 pagi masih belum melelapkan mata menganyam ketupat untuk dihidang pada kawan2 sendiri. Ada yg makan dalam, ada yg buat2 terkejut, dan ada yg terkejut sampai ingat itu hanya gurauan raya (ingat kan raya fool). Tak lupa buat insan yg menghitung bulan dan bintang di langit malam sampai fajar terbit untuk tunggu rombongan yg tak sampai2, selamat lah sampai ke akhirnya, jangan bermimpi ngeri di satu pertiga malam kerana tak qiamullail sudah la.

eh, sori ,lupa nak bagitau...

owh, bukan die...salah2..


Buat kawan2 yg bersusah payah menyambut dan menghidang makanan tatkala open house, terima kasih daun keladi la atas semuanya.. insyaAllah akan dibalas bila singgah di teratak klasik, dengan segelas air suam untuk membasah tekak.

melayan tuan umah..

Masih ingat jalan2 cerita papadom yg baru ditayang di pawagam. puas dengan mutunya, tetapi hati gusar tak sudah bila difikirkan kemungkinan kisah yg sama berulang bila diri ini seperti saadom. Well, mungkin tak perlu menjual nasi kandar dengan papadomnya, tapi realitinya masih sama.

moga2 dapat isteri solehah dan anak2 yg beriman..

Dan penutupnya, dengan exam yg haru biru dan tak tentu hala dengan format baru, masing2 dah buntu akal, tawakal penuh di hati, harap dapat kes yg elok diagnosisnya, dan juga examiner yg tak suka menanyakan sukatan2 ubat yg nama pun belum tentu boleh ingat.

jom study!!

Ya, raya kali ini memang berbeza, kerana doa restu yg makbul sudah tiada disisi untuk melegakan hati…

bersama bakal bapa yg bakal ber'mithali'..



owh, masih belum terlambat, selamat hari raya!!! (^_^)

p/s: most of the pics were taken from Awang studios... tq

Wednesday, July 15, 2009

1 minggu yg tidak puas tetapi buhsan..

Salam.

hampir seminggu sudah berada di bumi KT ni, esok malam akan berangkat ke kota sesak untuk melihat muka2 yg setakat ini hanya terpampang di muka TV dan suratkhabar. seminggu yg tidak puas, kerana tidak berkesempatan untuk bertemunya secara kebetulan walau jarak yg tinggal hanya sejauh mata memandang. masih tak puas walau setiap hari bila mata terbuka objek bulat yg cerah dan hangat sudah 90 darjah terpacak di langit.

lebih 2 bulan tidak kembali, tidak terasa sangat perubahannya. masih panas seperti dulu, mungkin penipisan ozon makin ketara. tapi, ada perubahan tatkala melangkah masuk ke dalam masjid yg kubahnya baru bertukar warna.

antara biru langit dan biru laut



hembusan bayu sejuk rekaan manusia memenuhi segala ruang yg ada.




permaidani terhampar kekuningan tumpuan mata2 yg khusyuk memandang ke bawah.


segenap tiang dipenuhi dengan penataan cahaya oleh lampu2 yg unik bentuknya, tapi hanya hiasan seolah tak berfungsi.

persediaan untuk penerbangan kecemasan

di sudut belakang masih sama, tiada yg berubah, melainkan hiasan2 serta perkakas2 yg masih belum mula berkarat.



tempat olahraga budak cenonet time solat jumaat zaman jahiliah


namun mata terarah ke suatu sudut, tempat paling digemari untuk khusyuk beriktikaf sambil menutup mata selepas kepenatan berjemaah, terutamanya ketika menahan lapar dan dahaga. tempatnya masih sama, cuma bezanya tiada lagi bayu sejuk segar semulajadi yg nyaman menyinggah ke muka kerna daun pintu sudah terkatup rapat.

tempat bertakafur


yg paling membingitkan, adalah tatkala ada manusia yg taksub dengan biru laut mula riak dan menepuk dada sambil menghitung akan "kemajuan" dan "perubahan" yg mereka jayakan dengan duit penat lelah rakyat, bukan dari kantung poket penuh mereka sendiri.

jangan 56 manusia tak berdosa dipandang serong jika manik2 tasbih zamrud hijau yg terurai disambung kembali (^_^)