Salam.
hampir seminggu sudah berada di bumi KT ni, esok malam akan berangkat ke kota sesak untuk melihat muka2 yg setakat ini hanya terpampang di muka TV dan suratkhabar. seminggu yg tidak puas, kerana tidak berkesempatan untuk bertemunya secara kebetulan walau jarak yg tinggal hanya sejauh mata memandang. masih tak puas walau setiap hari bila mata terbuka objek bulat yg cerah dan hangat sudah 90 darjah terpacak di langit.
lebih 2 bulan tidak kembali, tidak terasa sangat perubahannya. masih panas seperti dulu, mungkin penipisan ozon makin ketara. tapi, ada perubahan tatkala melangkah masuk ke dalam masjid yg kubahnya baru bertukar warna.
segenap tiang dipenuhi dengan penataan cahaya oleh lampu2 yg unik bentuknya, tapi hanya hiasan seolah tak berfungsi.
di sudut belakang masih sama, tiada yg berubah, melainkan hiasan2 serta perkakas2 yg masih belum mula berkarat.
namun mata terarah ke suatu sudut, tempat paling digemari untuk khusyuk beriktikaf sambil menutup mata selepas kepenatan berjemaah, terutamanya ketika menahan lapar dan dahaga. tempatnya masih sama, cuma bezanya tiada lagi bayu sejuk segar semulajadi yg nyaman menyinggah ke muka kerna daun pintu sudah terkatup rapat.
yg paling membingitkan, adalah tatkala ada manusia yg taksub dengan biru laut mula riak dan menepuk dada sambil menghitung akan "kemajuan" dan "perubahan" yg mereka jayakan dengan duit penat lelah rakyat, bukan dari kantung poket penuh mereka sendiri.
jangan 56 manusia tak berdosa dipandang serong jika manik2 tasbih zamrud hijau yg terurai disambung kembali (^_^)
7 comments:
Dari kecik aku tak faham kenapa dia kena buat tempat bertafakur tu. Siap ada pintu. Bukannya boleh keluar dari masjid pun dari situ. Dead-end.
awe- penting dowh pintu tu. kalo ko try tido kat situ, baru ko paham betapa bestnye time angin laut masuk ikut pintu tuh. satu lagi, perlunya pintu tuh untuk main polis sentri masa solat jumaat. haha
aku ske tmpt olahrage bdk2 gak..haha
First time tengok masjid ada tempat bertafakur ni.
ke saya yang tak prihatin setiap kali gi ke masjid?
=)
apos - tempat tuh best dowh, boleh lari 100 meter berganti2. haha
sepi - 1st cooment from u. erm, tempat bertafakur dalam gambar ni khusus utk masjid ni je kot. kalo kat masjid lain, mungkin berbeza. anyway, boleh perkenalkan diri??
bertafakur ke bertakafur? takafur mcm bunyi mengkafirkan je..
anyway, aku suke masjid aircond. syok iktikaf.
Masjid aircond ada karpet satu kombinasi yang mengepamkan.
Tapi sementara masih baru, memang bes beriktikaf mengejar Lailatul Qadar.
Post a Comment