Showing posts with label text. Show all posts
Showing posts with label text. Show all posts

Tuesday, October 23, 2012

A Reflection



"kak, ice blended chocolate satu ye"

" nak small, regular ke large?"

"bagi yang besar"

Pulang dari menziarah kawan yang kemalangan di hospital, ketika melalui taman permainan kanak2 di pantai batu burok, ternampak yg jual ice-blended, tekak tiba2 rasa kering. terus hentikan motorsikal, order chocolate flavour, dan menunggu sambil perhatikan kanak2 bermain riang.

"bestnya jadi budak, tak payah fikir pasal kerja.." detik dalam hati, dan semua workload di tempat kerja bermain satu demi satu...menggaru dan memicit dahi, terasa macam ada renjatan elektrik.

" nah dik, ice-blended chocolate" dihulur 1 gelas besar.

" mak aih, nie memang betul besar ni" dalam hati.

" berapa, kak?"

" RM 5.50 dik" sambil melayan permintaan pelanggan lain

"huh, RM 5.50?" ditenung gelas besar ice-blended tadi. poket belakang diseluk, dompet dibuka, air liur ditelan. dikira satu persatu, dan menarik nafas lega. ada 6helai kertas biru, cukup2 saja dalam poket. diambil semuanya, dihulur semuanya, dan dikembalikan keping syiling 50sen.

terus menyusur tepi pantai,  jam di tangan menunjukkan pukul 6.30ptg, masih ada sikit masa sebelum maghrib. motor ditongkat, kaki diheret melintasi pasir pantai sebelum melabuhkan punggung diatas selipar. ice-blended yg dibeli dibelek2, dan terus sedut, sambil melayan alunan2 ombak menyisir pantai.

"hurm, nie memang chocolate flavour nie, rasa sejibik macam flavor aiskirm kon coklat yg org jual kat tepi pantai"

" dah la blank camtu je, letak krim sikit, tabur chocolate chip skit, pastu jual.. RM 5.50? cekik darah tul" terus mengomel"

" orang macam nie mesti meniaga nak untung je, tak prihatin langsung pada customer. biar la sincere sikit nak meniaga tu..."

" cuba la jadi kreatif sikit..letak la chocolate chip tu banyak sikit dari biasa, buat hiasan tu betul2, biar nampak presentation tu customer tengok rase meleleh air liur..biar customer rasa puas..kalo rase puas, Rm5.50 tu tak la terasa sangat.." ice blended sedikit demi sedikt berkurangan dalam bekas, disedut setiap kali berhenti ngomel.

"kalau nak meniaga, meniaga betul2 la..jangan main serkap je.. kerja tu biar IKHLAS..."

ngomelan terhenti di situ. dipandang jauh ke tengah laut. saat itu juga semua perkara melintas dalam kepala. betapa susahnya nak bangun pagi bila yg bermain dalam fikiran "malasnya nak gi kerja". betapa setiap beberapa ketika selalu saja terlintas dalam hati "nak quit la camni, stress tul kerja". betapa acuh tak acuhnya melayan kerenah makcik, pakcik, adik, abang, kakak, yang datang untuk meminta bantuan. buat kerja hanya sebab ia adalah kerja, langsung takde penghayatan dalam setiap yang dibuat. keikhlasan macam chipsmore, sekejap ada sekejap tiada. kalau mood baik, ikhlas mendampingi. kalau mood tak baik sebab semua benda yang dibuat ada orang tak puas hati, perasaan ikhlas tu tak nampak bayang langsung. sambil buat kerja, mata kadang2 ditumpu pada jam di tangan sambil mengomel bila jam nak menunjuk jam lapan. buat kerja ala kadar, yang penting asalkan siap, tak terbayang langsung sama ada pelanggan puas hati atau tidak, tak terfikir langsung segala khidmat yang dibuat cukup bagus atau tidak untuk satu2 pelanggan yang inginkan jaminan, bahawa semuanya lancar, boleh diurus.. langsung tak pernah, yang ada dalam benak hanyalah "kerja, kerja, kerja....asal siap, semuanya beres"

sedikit demi sedikit, mata memandang ke bumi berpasir..sayu. "mana pergi semua motivasi sebelum setahun yang lepas? mana pergi niat ikhlas sepanjang tungkus lumus untuk capai apa yang ada sekarang ni? baru setahun jagung kerja dah jadi macam ni, yang akan datang?" terus mengeluh. dan kemudian lamunan terhenti, dari pembesar suara masjid kedengaran bacaan2  dari kalam Rabbi, hati sedikit tenang. jam menunjukkan pukul 6.45 petang. badan diangkat berdiri, dikebas2 pasir2 putih yang melekat, selipar disarung, dan langkah dihayun pulang. disedut lagi sisa2 ice-blended  yang masih ada.

"sedap jugak ice-blended ni sebenarnya..."



p/s: Salam. it has been for a while.. 11month hiatus, full of work-stress. now already completed 3 postings, another 3 postings to go. Fighting!


Tuesday, November 22, 2011

Orthopaedic Posting 24/7/11 - 23/11/11

Salam.

Lama sungguh rasanya tak menukil sesuatu di sini. Walaupun dengan system TDS or BD shift dijalankan nie ada day off, tp most of the day off diluangkan dengan berselimut di atas katil. Penat. Penat jasad, penat minda. Hakikatnya bekerja "hanya 60jam seminggu"" yg kerajaan tetapkan bukanlah semudah yg mereka sangkakan. Honestly, jika dibandingkan dengan shift system nie, aku lebih suka dengan On-call system, cuma harapnya post-call tu diberikan setengah hari, itu pun dah cukup. Bekerja shift pagi 12jam++ selama kadang2 4-5 hari berturut2 buat aku rasa nak ambik EL hari2. Haish, keihklasan memberikan perkhidmatan kesihatan nie benar2 menguji mental aku.

Apepun, hidup mesti terus. Setiap ape yg berlaku mesti ada hikmahnya, setiap apa yg tersurat pasti ade sirat disebaliknya. Mental kene kuat bile bekerja dengan manusia, hati kene keras bile menadah leteran dan marah2 sayang yg lebih senior, badan kene cergas dan sihat untuk terus menerus buat kerja amal. Sedar tak sedar, dah 4 bulan aku bekerja sebagai seorang pegawai perubatan lepasan siswazah. Sekejap je masa berlalu, dari posting Ortho, kini nak beralih kepada posting Medicine pula. 4 bulan dihabiskan untuk menyerap segala apa yg boleh untuk dijadikan bekalan 2 tahun kemudian. Alhamdulillah, tuhan bagi aku peluang untuk lulus dan mendapat pelepasan dari jabatan orthopedik, sesuatu yg nampak mudah tp tidak bagi seseorang yg just average seperti aku.

Biarlah, itu kini sudah tercatit sebagai 1 halaman sejarah masa lalu dalam hidup aku. InsyaAllah, segala apa yg dipelajari sepanjang 4 bulan nie dapat dikekalkan sebagai bekalan apabila bergelar MO kemudian hari, dan supaya momentum nie dapat dikekalkan untuk posting kedua, General Medicine, yg bagi aku sangat luas skop jangkauan serta knowledge yg perlu dipelajari nanti. Ianya 1 cabaran baru, InsyaAllah dengan pertolongan-Nya, aku akan cuba mengharunginya dengan lebih bersemangat, amin.

Selebihnya, untuk sepanjang 4 bulan di jabatan Ortho HSNZ, biar lah lakaran2 digital di bawah meluahkan segalanya (actually, aku sangat malas nak menulis panjang..muahaha)



HSNZ di awal pembinaannya




Diabetic Foot Care... Every Diabetes Patient should know this!





Ketika menjengah Karnival Konvo UDM in Sept 2011



Gotong - royong sempena Open House Raya Ortho Dept HSNZ 2011




Desert lepas habis tengok patient kat Klinik. Nyum Nyum!




Belanja makan 2org sahabat Temerloh di Pantai Teluk Ketapang




Apos khusyuk amik Gambar




Menjengah Rantau Panjang sebelum ke Majlis Kahwin Abu & Saarah




Akhirnya... (^^)



Keletihan...




Wad 4EF



Kebakaran di Bangunan Baru HSNZ..

Di kesempatan ini, aku ingin menuturkan ribuan terima kasih yg tak terhingga kepada semua rakan2 sekerja di Jabatan Ortho, kepada semua MO Ortho yg sentiasa memberikan tunjuk ajar, kepada Mr dan Madam2 serta Miss Isnoni (my supervisor) yg mengawasi dan menambahkan pengetahuan aku yg sedia ada. Hanya Allah mampu membalas jasa kamu semua. Kamsangmida!!


Akhir kata, Ade 1 petikan kata2 yg aku sangat tertarik baru2 nie daripada seorang trainee lecturer, Dr Aziz.
" Semua pesakit sentiasa mengharapkan seorang doktor Islamik yg merawat mereka. Namun, mereka lupa doktor2 juga mengharapkan pesakit Islamik untuk memudahkan mereka menjalankan tugas mereka"

Orait. that's it. Malas nak citer panjang. Wish me all the best for my 2nd Posting. General Medicine, here I come!!!

Wassalam

Friday, August 12, 2011

The Transition Period

Bismillah..

Surat panggilan kursus induksi di Permaisuri D'albuqueue Hotel, Melaka selama 4 hari menandakan panggilan kerja semakin dekat. Alhamdulillah, kesempatan kursus induksi dari 19-22 Julai digunakan sepenuhnya untuk berjumpa sahabat2 1 batch, kali terakhir sebelum masing2 berpecah ke seluruh Malaysia menjalankan tugas.

Sesi makan n "borak"


pics before going back



see u all in Dec Convo!!



setelah melengkapkan kursus induksi 4hari di Hotel Permaisuri D'albuqueue, Melaka, aku kembali ke negeri tercinta, Terengganu. Asalnya aku ditempatkan di Hospital Kemaman, tetapi setelah proses rayuan, akhirnya berjaya ditempatkan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu (lagipun, dengar cerita kalau buat rayuan memang senang untuk dapat hospital ni..hoho). Balik dari Melaka, hanya ada 1 hari untuk berehat sebelum melapor diri. tak banyak yang boleh dibuat, lebih2 lagi banyak benda nak kene settle sebelum lapor kerja esoknya. Settlekan ape yg penting dulu, yg kurang penting kemudian cerita.

Ahad, 24 Julai, aku melapor diri di Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu. Sementara menunggu doktor2 siswazah lain, aku settlekan benda2 lain seperti penyata kewangan bank (untuk masuk gaji), buka akaun KWSP (semua doktor siswazah kene ambik kwsp selama 2-3 tahun sebelum ada option untuk tukar kepada pencen) dan lain2. dalam pukul 11, aku ke JKNT untuk taklimat ringkas sebelum diarah melapor diri di HSNZ. memandangkan dah time lunch, so semua 10orang doktor baru sepakat untuk lapor diri lepas pukul 2.

Hari pertama lapor diri adalah hari yang penuh sibuk dengan mengisi borang. macam2 borang nak kene isi, borang maklumat diri kene isi 2-3 salinan, borang name tag, borang sticker kenderaan dll. penat jugak la nak menulis hari tu. time aku hari tu, takde sesi orientasi dah, diorang terus je bahagikan 10orang ni kepada 5, setiap 2 orang masuk setiap jabatan. Aku dan sorang lagi, namanya Hazwan, diletakkan di Jabatan Ortopedik. memandangkan dah nak
abis office hour masa tu, kitorang pun disuruh datang balik esok pagi untuk sesi briefing skit.

Esoknya, kitorang jumpa kak Ani, setiausaha HOD ortho kat sini. abis isi borang n kad cuti, kitorang dibawa ke klinik pakar untuk jumpa HOD n doktor2 pakar lain. di klinik, bermula sesi perkenalkan diri kepada semua kakitangan yg ada kat situ. doktor2 pakar ortho kat sini, aku boleh rumuskan, adalah "normal", seperti di Hoshas n Ampang (U guys know what I mean. yg x tau, buat2 tau je la..haha). then, bermula la sesi tagging selama 2 minggu, dari 7pagi-11malam, termasuk weekend. masa tagging ni memang penat, aku kadang2 curi tido kat bilik on-call masa petang. banyak benda nak kene belajar n tahu, terutamanya dari segi paperwork, protokol, referring case, notify OT, send OT book, dll..


pics taken at ortho clinic..yes, ortho, not paeds..


HSNZ sekarang ni sudah menggunakan sistem paperless, means menggunakan sistem internet komputer untuk key-in data patient, dan juga untuk order ubat, booking OT n sebagainya. so, selama 2minggu tu memang kene biasakan diri dengan sistem HIS ni, memang pening jugak la mula2 tu, tapi bila dah biasa ok la. selain tu, untuk attendance kerja, thumbprint digunakan menggantikan punchkad, dan data attendance ni sangat penting, untuk claim on-call di kemudian hari.

Perkara yg paling memeningkan aku di permulaan ini adalah management plan untuk pesakit. seriously, kalo bab history taking n examination, tu boleh la catch-up lagi, but when it comes to management plan, aku memang zero. nak pakai ubat ape, antibiotik ape, bile nak kene TCA, dan macam2 lagi..so, aku memang la banyak bertanya dengan senior HO, nurse, MO pasal benda2 ni. kadang2 aku blur dengan abbreviation yg diorang guna. so, 2minggu tu memang digunakan untuk paham semua benda ni. tu pun stil banyak benda yg x paham lagi. tapi Alhamdulillah, senior HO, MO, nurse, n even specialist kat ortho ni semua baik2 (marah2 specialist ni, marah mengajar ye). ada yg kata, posting ortho kat hsnz ni memang heaven compared to other postings, so I guess I'm lucky la kot, at least boleh gunakan time heaven ni untuk sesuaikan diri dengan situasi n protokol kat sini.


Pemandangan rumah aku (apartmemt kat tengah tu) dari wad Ortho HSNZ...dekat kan? hehe


Habis 2 minggu tagging, dah start 1st on-call aku. Alhamdulillah, not so much happened that night, so aku boleh tido lebih kurang 3jam lebih malam tu (bangun awal sebab nak sahur n then, round cubicle sendiri sebelum tolong HO lain). tapi on-call pertama memang penat. So much things nak diceritakan, tapi tak boleh especially melibatkan patient2..apepun, so far aku enjoy bekerja, walaupun penat, tapi bila tengok patient senyum bile nak discharge, aku cukup puas (oh, so far time keje ni belum handle kes kematian lagi..). yg penting, keje kene ikhlas, n treat patinet sebagaimana kita nak doktor lain treat ahli keluarga kita.

Sedar tak sedar, dah hampir sebulan aku bekerja. cepat betul masa berlalu... sedar tak sedar, dah nak dapat gaji pertama..(wahh!!.haha) hm, k lah, cukup setakat ni dulu. wassalam

Wednesday, July 13, 2011

Kurang Seminggu Sebelum Induksi bermula...Things happened, right?

"mie, abg hyi tepon tadi, ye kabo doktor suruh die sain borang izin bedoh, tangan Naqibah patoh due, kene letok besi dengan skru. abg hyi suruh mie tepon die balik, sebab die nok tanye mie dulu"

huh? dan dalam hati aku, "" what the???"

***************************************************************************

it's all started this evening (maksud aku, petang semalam), when suddenly i got a call from my eldest brother.

"mie, naqibah langgor sliding door sapa pecoh! abih daroh hanya! kene kat tangan due2 beloh, hok beloh kanan parok cket, dalang ngat luke.. daroh duk nitik2 dari tadi. kat leher ade gok, tapi siket je. abang on de way nok gi emergency doh ni"

"banyok daroh keluor? balut dok nok wi bereti daroh tu?"

"banyok gok la. balu' doh"

"orh, doh dakpe ah, kekgi mie gi kat emergency skali"

Naqibah adalah anak sedara aku yg ke..... err, i'm lost counting, 25th something la, 9 year old chubby girl (yup, die agak "sehat sikit"). aku memang tak leh bayang macam mana die boleh langgar sliding door sampai pecah... ingatkan bila langgar sure terpelantun balik, and ade la benjol nye.. tapi yg ni lain ckit, maybe sebab impact yg kuat..erm

so, bile aku sampai kat A&E, abang hyi pun sampai sekali. aku tengok ke arah Naqibah, dua2 tangan berbalut beserta leher sekali dengan kain tuala kecil. aku tengok die senyap je,langsung tak menangis. nampak cool je. then, straight dibawa ke zon merah (bahagian kritikal). aku ingat nak masuk sekali, tapi bile terbayang muka HOD nye, aku batal hajat (nape? sila refer entry pasal posting elektif aku..haha) so, aku menunggu la kat luar sambil berborak dengan abang aku ape yg berlaku. al kisahnya si Naqibah ni berlumba lari dengan adik dia untuk keluar rumah sampai tak perasan ade sliding door...adush!

then, doktor suruh waris pesakit masuk. abang hyi n wife pun masuk, and then bile keluar, abg hyi cakap kene masuk wad, n sebab ade possibility of median nerve involvement ( wound cut at right forearm) so, maybe kene masuk dewan bedah malam ni (tadi).. aku follow hantar anak sedara aku ni masuk wad, and bile die dah baring, aku cuba la test2 sikit die nye median nerve tuh (ceewah, macam la ingat sangat! haha, suruh die gerak2 jari je) n die boleh la buat sikit2. so, aku x la risau sangat. aku pun mintak diri balik umah sebab dah maghrib.

while i was in bathroom (qada' hajat) handphone aku berbunyi, tapi of course aku x dapat angkat. then, after a while, akak aku ketuk2 pintu sambil melaung nama aku macam sangat urgent, sampai mengganggu sedikit konsentrasi aku.. bila aku dah sudah, aku pun pegi la kat akak aku, dan dialog yg paling atas sekali tu pun keluar dari mulut die..

bile aku dengar kakak aku cakap macam tu, dalam hati aku dah "WT??" aku rase time aku tengok tadi elok je, tetibe yg patah ni apehal? abang aku yg sorang lagi dah resah kat paka, takut kene operate. aku pun segera la tepon abg hyi..

"abg hyi, mie dalam bilir air tadi. doh bakpe? doktor kate tangan naqibah patoh dua?? guane boleh jadi gitu?"

"oo, pasal tu..." abang aku berhenti sekejap.

" doktor tu saloh tengok x-ray. x-ray tu hok pesakit sebeloh naqibah, ye ingat hok naqibah.. nie tengoh cuci luke, doktor kate operate esok, sebab malam ni banyok doh kes.."

"Ooo...." mase tu aku hanya mampu tepuk dahi mengenangkan kecuaian doktor yg aku pasti seorang HO.. then, aku telepon la abang aku yg kat paka tu menerangkan yg sebenarnya, dan yang keluar dari mulut abang aku ialah...

"bodo goh doktor tu!!"

it's a simple mistake, yet it could lead to so many things unnecessarily. nasib baik la perasan awal, let say if he/she didn't realize it, what will happen? jawabnye bersiap sedia la ko untuk kene maki dengan specialist bile ko present " this 9-year old malay girl had an open wound with right ulna and radius broke at the middle 1/3..." sedangkan tangan budak tu sah2 elok siap boleh hayun2 lagi. memang ko cari nahas!!

but then again, things happened, and who knows maybe next time i'm the one in his/her shoes?? dan benda tu memang tak leh bayang, kene maki depan patient dan staff2.. ffuuuuhhh! moral of the story? make sure yg ko bace x-ray yg betul untuk pesakit yg betul. sila baca label terlebih dahulu!!

dan kisah ini mengingatkan aku pasal seorang HO di Temerloh yang kene tibai betul2 bila dia describe CT brain ischemic stroke patient lain untuk patient yg bukan kene stroke...things happened, right?

Saturday, June 25, 2011

Aku, Aku dan Dia


Aku adalah seorang lelaki yang pendiam; apabila aku berdepan dengan perempuan. dari dulu sampai sekarang, aku memang macam tu, ia takkan berubah, dan aku takkan berubah. apabila aku di depan mereka (yang aku tidak kenal), aku akan kelu dan diam, hanya menjawab bila ditanya, sepatah dengan sepatah. aku akan memandang ke bawah, atau melihat ke arah lain apabila bercakap dengan mereka. beriman? tidak, aku bukan orang yang tinggi imannya; aku hanya seorang lelaki yang pemalu. dan juga lack of self-confidence. semua kawan2 aku kata, 1st impression aku adalah seorang yang serius dan garang. ya, serius dan garang. hanya yang rapat tahu siapa aku. dan aku lebih suka begitu. biar lah apa yang orang lain fikir, sekurangnya itu menjarakkan diri aku dengan mereka yang tidak kenal siapa aku..




Keluarga aku adalah konservatif; bila A yang diputuskan, A lah yang akan dibuat. bukan pada semuanya, tapi pada aku. aku, sebagai anak bongsu, diletakkan penuh harapan, dan pada masa yang sama, aku tidak ada suara untuk berkata tidak. untuk segala perkara yang penting, perasaan aku, aku tolak ke tepi; yang penting adalah family. even untuk keputusan hidup aku, bukan aku yang ada hak ke atasnya. jika keputusan aku diterima, maka jalan, jika apa yang aku putuskan tidak dirasakan betul bagi mereka, maka ia terhenti di situ. aku diajar untuk tidak melawan, dan aku takkan melawan, kerana aku tau apa yang aku perjuangkan hanya sia2; mereka ada kuasa yang muktamad. maka, dari itu, aku tidak pernah menyatakan hak aku secara terang-terangan; semuanya aku buat diam2. keluarga kata jangan wakil sekolah main bola; aku curi2 keluar beli kasut dan pergi main. pemberontakan aku seawal 9 tahun. namun, bila semakin meningkat umur, aku mula mengalah. aku lebih banyak mendiamkan diri dan menerima segala keputusan. penat bermain emosi sendiri.




bila mula mengenal internet, yang aku tahu hanya emel. bila makin besar, mula mengenal tempat download drama, movie dan sebagainya. kemudian diperkenalkan kepada friendster; untuk selalu berhubung dengan kawan2. kemudian beralih kepada facebook. mula2 facebook hanya untuk suka2, lama2 jadi kewajipan. mula2 hanya untuk ambik tahu pasal perkembangan kawan2, akhirnya jadi tempat luahan perasaan. tempat untuk keluarkan berita gembira, kecewa, fun things, berkongsi info, mengumpat, dan juga medium untuk luahkan rasa tidak puas hati. semua ditulis tanpa fikirkan natijahnya, semua dilepaskan tanpa kisah apa orang peduli. bagi seorang yang pemalu, pendiam, dan memberontak dalam diam, seperti aku, laman maya jadi tempat untuk aku lepaskan segalanya. di laman maya, aku aktif, bukan pemalu dan pendiam, dan aku boleh keluarkan segala apa yang bermain dalam benak fikiranku..

pepatah melayu ada menyebut terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata di facebook akan makan diri sendiri...tidak ada gunanya penjelasan, tidak ada guna penyesalan, benda yang dah terlepas tak mampu dijilat kembali. ingatkan aku sudah matang... dan memang itu yang diharapkan.. tapi hakikatnya, dalam diri aku masih belum hilang perangai anak bongsu yang membentak tanpa fikirkan hal yang kemudian.. kini aku menanggung akibatnya. cukuplah sampai di sini kisah pemberontakan dalam jiwa dikisahkan di alam maya, mungkin lebih baik aku biarkan semua perasaan bersawang dalam diri, sekurangnya itu akan buat hanya diri aku sahaja yang remuk, aku lebih rela begitu, asalkan ia tidak akan membuat dia menangis sekali lagi..



biarkan ia jadi rahsia, antara aku dengan Dia yang mengetahui segalanya....



p/s: gambar hanya sekadar hiasan..

Wednesday, May 4, 2011

Final Professional Exam MBBS USIM 2010/2011

As-Salam.

Alhamdulillah, hari ini tamat sudah final professional exam MBBS USIM 2010/2011. setelah 11jam 40 minit bertarung, otak ni rasa nak pecah, walaupun dah rase penuh, tapi ilmu disumbat2 masuk last minute...bila memikirkan, begitu cepat masa berlalu. rase macam baru je semalam menggelabah nak masuk study leave, tapi hari ni dah tamat exam dah? fuuhhh!

minggu lepas ialah minggu paper teori. dimulakan dengan PMP I ( medicine + O&G), PMP II ( Surgery + Paediatric), diikuti data interpretation (osce - 5 minit per station), MCQ dan OBA ( 120 soalan kesemuanya)... sangat memenatkan.. terlalu banyak benda yg nak dihafal.. bila dah bace bab ni, baru teringat 1 lagi bab.. bace bab baru, bab yg lama mula dah terbang macam kertas..haih..

tapi, yang paling penting ialah hari ini, clinical exam.. untuk kali ini, clinical exam bagi pelajar usim dibuat di HUKM (kami menumpang wad peperiksaan dan juga pesakit di sana..) examiners2 kami terdiri dari oversea examiner ( 3 org, nama diorang x ingat, 1 medicine, 1 O&G dan 1 Surgeon) prof lokman saim (bekas dekan medic ukm), prof Raymond ( dekan medic ukm sekarang), prof nik nasri (our dean..), examiners dari CUCMS ( prof. Latiff, prof. Amaludin) examiners dari ukm ( mr. yazid, prof rohana, dr. sharina, prof. Ismail Sagap, prof. Jamil, prof. Masbah, dll) specialists dari teaching hospitals ( ms Aisyah, mr. Felix, Dr. Sia, Dr. Murali, Mr. Sushil, Dr. Lazli) dan specialist dari USIM ( Dr. Maiza, prof. Siva, Dr. Azlina, Dato' Siva) serta Dr. Ramli dari UIAM dan Prof Hatta (lupa dari mana..haha)

Peperiksaan bermula seawal pukul 8.15. semua candidates perlu ada di wad peperiksaan lebih awal, maka semua menaiki bas dari pandan mewah ke hukm. aku adalah antara candidates yg bermula pukul 8.15. sangat cuak!!! dah takleh nak sumbat dah ilmu pagi tadi, hanya mampu selawat, bace "rabbi ishrahli sodri...ila akhir" dan " rabbi yassir wa la tu'assir wakhtimli bilkhair" sahaja. pada waktu pagi, semua bermula dengan long case. masa diberi sejam untuk clerk case dan examine serta prepare ape yg patut. Alhamdulillah, untuk long case, aku dapat case breast carcinoma (dah bace n discuss sebelum tuh..) patient plak sangat cooperative.. habis sejam, semua diberi masa 15minit untuk susun balik data, sebelum masuk bilik examiner..

bila aku disuruh masuk, ade 3 examiners ( prof latiff, prof george dan dr. ramli). maka bermula lah sesi case presentation dan discussion selama 30 minit.. banyak jugak yg ditanya, antara yg aku ingat ialah

- present history and examination findings
- your impression? why?
- differentials?
-how do you manage this patient? (triple assessment)
- what do you know about FNAC? what is the interpretation from the FNAC?
- other than FNAC, what else you can do? (tru-cut biopsy) what it tells you?
- what findings can you get from mammogram?
- other investigations that you would like to do? ( tumor marker, FBC, LFT, RP, UFEME, CXR, Bone scan, bla bla...)
- TNM staging for breast ca?
- for the treatment, what would you offer to this patient? (modified mastectomy with LN clearance + chemo/radiotherapy) why you choose that treatment for this patient?
- how you differentiate local, advanced and very advanced breast ca?
- if patient come with SOB, what is happening to the patient? how you investigate? (CXR)
- if patient come with bone pain, what it tells you? (bone mets) investigations? ( bone scan) what is the finding you would expect from the investigation?(hot nodule)
- is the patient have depressive symptoms ( from psychiatrist, dr. ramli)
- what is your opinion regarding annual mammogram for women more than 40 y.o? (from proff. Latiff)
- what is the latest news/ issue that you know about breast ca?
TETTTT!!!! ( masa tamat)

habis neraka pertama aku.. lepas tu dikuarantin, mula bincang pasal case member lain dapat (pulmonary TB, AVN, BPH, Stroke, MDD + OCD, Schizo, brachial plexus injury, hypothyroid / heart disease in pregnancy, febrile fit, DFU, uterine fibroid, bronchial asthma, renal ca, n etc...

then, pukul 1.45, group pertama untuk short case dipanggil untuk start exam.. aku adalah antaranya. dan aku yg pertama dipanggil untuk memulakan short case. examiners untuk short case aku ialah prof Lokman Saim ( ENT), Dr Singh (x ingat nama die, O&G from Singapore) dan Prof Rahmah (paeds ukm).

ENT
-examine the patient's right ear (perforation at the tympanic membrane with rinne test inconclusive) i did otoscopy 2x (not find the perforation) n then rinne & webber few times (finding x convincing).. so much time spent for examination..shoooott!!
- impression? (CSOM)
- differential? (ASOM)
TETTT!!!

O&G
- examine the abdomen (46 y.o, uterine fibroid - so many mistakes done here, initially i thought it was ovarian mass!! thank god the examiner was so helpful)
- diagnosis ( multiple uterine fibroid)
- treatment? (TAH + conserve ovary for hormone benefit. another answer is TAHBSO, but the examiner insist on keeping the normal ovary, so we as candidates must concur...)
- what is the age of menopause in Malaysia ( 50-51 y.o)
TETTTT!!!!

Paeds
- do general examination ( baby with Down syndrome - describe the physical findings seen)
- examine the chest and auscultate the heart ( sternotomy scar, continuous machinery murmur (PDA)
-What is your diagnosis? (baby with Down Syndrome)
- what other abnormalities that you would find in this patient? ( CVS, GIT, Hormone, musculoskeletal, developmental delay, low IQ)
- how you are going to counsel the parent ( it's genetic mutation d/t non-dijunctional, translocation n mosaic)
- what non-disjunction related to? ( elderly mother)
- which one is inherited? (translocation, happen in young mother)
- what is the risk for the parent to have 2nd child with same problem? ( for non-disjunctional - low risk. for translocation, the risk is higher after having child with down syndrome)
- TETTT!!!

habes sudah clinical examination aku... member lain ade yg dapat facial nerve palsy, valve replacement, developmental assessment, polyH, ACL, diabetic retinopathy, glaucoma, inguinal hernia, thyroid, sebaceous cyst, oblique lie fetus, n etc... semua habes dalam lebih kurang pukul 4.40pm... diberitakan takde yg perlu re-sit clinical (means either you pass or fail, you know!!). so, balik la ke asrama. the end

kini menunggu dengan hati yg tak keruan untuk result petang esok... harapnya aku lulus exam kali ini.. tak sanggu untuk repeat after 6 months.. aku dah tak sabar nak balik untuk bercuti (3 minggu je kot) sebelum dipanggil untuk induksi dan kerja (kalo lulus la..heh)

apa yang mampu dibuat sekarang ialah menulis blog, menonton movie, bermain futsal dan tengok semi-final champion league man utd vs schalke 04 then tido...haha

Ya Allah, Aku mahu lulus kali ini... amin (T_T)


Friday, April 15, 2011

the final 11 hours & 40 minutes..

As-Salam.

Sudah lama tidak meng-up-date blog nih. banyak posting2 final year yang tak sempat (+malas) aku ungkapkan, lebih2 lagi di saat final makin mendekati.. otak dah makin serabai, buku2 berselerak, nota2 tak tersusun, diri tak terurus.. itu semua simptom2 final dah makin dekat..urgh

pieces in my brain..

Final professional exam, peperiksaan terakhir yang mesti diharungi sebelum bergelar doktor. memandangkan aku adalah di antara pioneer batch usim yg seramai 29orang ni, exam kali ni berlangsung selama 2minggu (atau lebih tepat, 6 hari), dari 25 April sampai 4 May 2011. dan exam kali ini merangkumi 80soalan true-false MCQs, 40soalan One Best Answer (OBA), 4 soalan PMP (1 soalan untuk 1 jam), 20 stesen osce-like data interpretation (1 stesen hanya 5 minit). itu untuk theoritical part. untuk clinical part, ade 1 long case + 3short cases, yg akan diadakan di HUKM (fpsk usim takde facilities untuk itu lagi, so, menumpang hukm la..)

bile di kira2 semua itu, final professional exam akan berlangsung selama...11jam 40 minit, yg akan memutuskan sama ada layak untuk mula kerja, atau "see you in 6 months".. 11jam 40minit yg akan menentukan hala tuju selepas ni.. segala apa yang dipelajari selama 6tahun (6tahun!!!) di dalam bidang perubatan ni, akan dinilai berdasarkan 11jam 40 minit ni.. kalau lulus, "Selamat menempuh hell yg baru, iaitu kerja x ikut office hours" dan kalau gagal, "sila cuba sekali lagi sampai lulus"


terkurung..

11jam 40minit untuk 6tahun belajar... korang rase ape agaknya perasaan aku sekarang?

Monday, February 28, 2011

bila media masa putar belit alam..

As-Salam.



aku cukup malas sejak kebelakangan ini untuk menulis blog. apetah lagi dengan stres bile semua koleksi peribadi berharga aku dalam laptop, hard disk dan henpon lama semua kene kebas dengan malaun celaka mane ntah... anyway, malas nak mengungkit benda yg dah jadi.. semua ada 'ibrah' nye kan?

kali ni aku terpanggil untuk menaip selepas terbaca keratan akhbar di atas.. walaupun sudah sedia maklum akan betapa berberlit-belit berita kat dalam suratkhabar murah camni, namun tetap akan bace untuk tau ape yg cuba diselewengkan.. tok guru x redha dengan ketentuan Allah sebab tok guru cakap tak minta untuk dilahirkan berbangsa melayu? WHAT THE HECK??!! bagi org yg bijaksana, semua boleh paham helah yg dibuat. wartawan yg tukang report tanye soalan merapu, pastu exploitasi jawapan ikut suka hati mak nenek tiri belah ayah angkat mak die je..bengong!!

jelas di sini, ape yg tok guru nak katakan bahawa bukan dia meminta untuk dilahirkan berbangsa melayu... tak kira la ape keturunan sekali pun, melayu ke, cina ke, india ke, orang asli ke, semua tu tak penting langsung di mata Allah.. yg penting agama, iaitu ISLAM.. kita x perlu bersyukur sebab dilahirkan sebagai org melayu, kita bersyukur sebab kita dikurniakan hidayah ISLAM atau dilahirkan dalam keluarga ISLAM... bukan melayu... ade ke tuhan cakap kalo kita org MELAYU kita akan mudah masuk syurga? xde kan? tak kesah la melayu ke, cina ke, india ke, org asli ke, kita dimuliakan bila kita beragama ISLAM, itu 1 fakta yg paling penting.

masalahnya, yg bace suratkhabar murahan camni ialah org MELAYU yg tak tau sumber lain selain suratkhabar murahan dengan tv yg terang2 kipas punggung orang berpengaruh.. dan bile bace berita macam ni, mula la buat fatwa sendiri, macam diri tu dah mengaji puluhan kitab agama dan hafal bepuluh ribu hadis.. aku cukup kesian dengan orang yg bebal camtu. tapi nak kata ape? selagi adanya berita2 cilanat camni yg tak habes2 menyesatkan pemahaman pembaca, selagi tu la orang malaysia akan terus bebal...huh

ok dah, aku ade case report nak dibuat. tak pasal2 panas dengan berita bodo camtu.

Wassalam

Monday, January 31, 2011

I'm no longer a Kampung Boy....

salam.

rasanya, kalo x silap, nie adalah kali ke-4 dalam hayat aku, kami sekeluarga berpindah. kali pertama aku masih bayi, kali ke-2 masa aku umur 4-5 tahun, kali ke-3 masa aku umur 8tahun, n latest, masa aku dah suku abad.

tapi, sebelum ni, aku sangat excited bile pindah.. maklum la masa kecik2, x kesah ape pun, x payah angkat barang berat (tv, mesin basuh, almari..) kali ni, gile x suka aku nak memindah umah ni (dah besar, kene angkat barang berguni2) bukan sebab tu je, antara sebab lain ialah walaupun umah kampung aku tu panas rase cam kene panggang time tengahari, tapi suasana die tetap best! rasa tenang je.. tapi pkara dah tersurat, kene la pindah.. nak wat camne..

apepun, just nak share gambar2 kenangan umah aku yg banyak memori nih.. owh, by d way, ni umah tok nenek aku, so ni adalah umah pusaka yg.. cuma by the time goes on, ade la renovation skit2..gambar kt bawah boleh katakan kronologi gak la. dari ade, smpai ke tinggal batu bata je..





gambar sebulan yg lepas..



zoom in




pic dari atas...dinding dah takde




pic sekarang...




dah tinggal batu-bata

sekarang dah berpindah ke apartment (akan diciterkan lain kali..) terasa sangat berbeza.. walaupun dah hampir 6tahun kat KL tu aku tinggal kat kondo, tapi perasaan kali ni sangat lain..kalo dulu org tanya "balik mana?", sure dgn riangnya aku akan jawab "balik kampung la", tapi sekarang? kampung dah takde, nak jawab ape? " balik bandar"? "balik kondo"? kan x best ayat tuh..

I'm no longer a kampung boy... bile sekali sebut, bunyi cam riak je.. tapi kalo paham betul2, itu bukan ayat riak, tapi ayat sedih sebab dah takde kampung lagi untuk aku balik lepas ni.. (unless kalo dah kawen.. *cough*)


Wednesday, November 10, 2010

Anestetik & Kecemasan (late entry)

Salam.

sudah lama, memang terlalu lama.. aku mahu tulis sesuatu pasal posting emergency and anaesthetic, tapi malas...malas.. dan juga kerana xde mood.. lagipun, it's a 2-week posting. nothing much, going to emergency department, OT, ICU.. learning few new things + recapped lessons in the past.. 2 minor posting cramped in 2 weeks...fuuh! but still enjoyable..



emergency medicine adalah satu pecahan medik yg agak menarik.. aku tertarik dengan kata2 Dr. Ridzwan ( HOD A&E Ampang), Emergency is about being jack of all trades..it covers all the cases (medicine, surgery, O&G, paeds, ortho, etc..), dan ED akan handle semua kes2 itu terlebih dahulu, then baru dipass kan ke bahagian2 yg berkenaan. ED (not erctile dysfunction ok!) juga bertanggungjawab dalam menangani situasi2 cemas seperti gempa bumi, tanah runtuh, dan lain2.. ape yg menarik perhatian aku ialah, melibatkan diri dengan kes kecemasan adalah satu perkara yg sangat mencabar, life be more interesting! aku akan mengetahui apa yg perlu segera dapatkan rawatan doktor, apa yg tak.. n also jika something happen to my family, then i know what i need to do in the 1st place, tak la terkebil2 dan berfikir lama untuk handle acute situation yg mungkin life-threatening if not being treated a.s.ap..dan buat masa kini, hati aku sudah tertanam satu impian dan matlamat baru.. to be A&E specialist, insyaAllah..



"Huff.. Huff.. come on, i wanna see ur sweet smile.."


"Push!..Push!! eh,silap posting..haha"


"I'm clear, patient's clear, everybody's clear...alpha charge!!"


"ok, can see the vocal cord..inserting ETT now.."


" aiseh, masuk esophagus plak..."




Anaesthetic juga satu kepakaran yg tersendiri.. tapi, honestly, aku bukan org yg dilahirkan untuk duduk diam dan perhati mesin2 bius sambil berselimut kesejukan..aku orang yg perlukan suasana yg aktif, kerana jika duduk diam, aku akan cepat mengantuk dan tidur..haha.










Anaesthetic was quite sedative...overdose would cause these..




apepun, itu adalah 6 minggu yg lepas. sekarang sudah habes posting paediatrik (aku akan cuba untuk post sesuatu, hopefully).. minggu depan cuti raya haji, lepas itu bermula dengan posting baru pula..haish, sekejapnye cuti! aku mahu cuti lama! (tapi nanti berkarat plak)...haha


only if i could stay like this.. no worry, no exam..sigh


owh, final profesional exam is 5months to go...cuaknye!! (currently in game mode)

Sunday, October 24, 2010

Mission accomplished!

Jam tangan menunjukkan pukul 10.40 pagi... hari Ahad yg sangat tenang, mahu saja terus bergolek2 atas katil berselubung selimut, tapi teringat plan yg dirancang semalam. gagahkan badan yg sakit2 ni, bersiap dan bersarapan sebelum memulakan plan hari ini: Jalan-jalan dengan TAW...

sudah pekena roti telur dengan teh ais lebih manis, mula mengorak langkah... destinasi? Seremban.. nape nak gi sana? ntah, saje2 buang masa n minyak kereta.. dari duk terbungkang atas katil, baik bukak mata luas2... lagipun, dah lama x ke sana. maklum la, sebagai ex-kmns, seremban adalah tempat regular untuk outing hujung minggu. main boling, tengok wayang, beli komik, dan buang masa..haha

sesampai di seremban, mula merayau2 tanpa tempat tuju.. sempat melalui sebelah terminal1, seremban parade, tempat lepak dengan kawan2 outing.. haha, tapi tidak berhenti di situ, maka tiada gambar untuk diletak disini kerana tangan melekat dekat stereng..



I was here!
kemudian, sudah masuk zuhur, mencari2 masjid untuk singgah sebentar. melilau tanpa arah membawa aku ke masjid sikamat, seremban. maka berhenti sebentar tunai fardu sebelum meneruskan langkah...






sesudah solat, segera berangkat mencari jalan keluar, cari jalan untuk ke lebuh raya utara seltan kembali ke KL...




ada tersimpan niat untuk ke kuala pilah, tapi memandangkan tidak ingat jalan + takut sesat, maka niat dilupakan saja.. yg penting sudah ade progress hari ni; mejejak balik seremban yg sudah lama ditinggalkan.. (^_^)

Wednesday, September 29, 2010

Sshh.. Jangan bagitau orang lain..

Salam.

Semua orang ada rahsia. Masing2 ada hal2 yang dirasakan perlu untuk dilindungi dari org lain di sekeliling. Ada rahsia besar, ada rahsia kecil, ada yg memalukan, ada yg boleh buat diri jadi riak kalau orang lain tahu. Malah, dalam beramal juga, Islam menyarankan kita agar berlindung dalam melakukan kebajikan, seperti ungkapan “ sampai tangan kiri tidak tahu apa yg tangan kanan kerjakan”.


Bila berahsia, ada yg mampu simpan semua untuk sendiri, lebih2 lagi jika ia boleh mengaibkan empunya diri. Namun, jika ia suatu yg menggembirakan, atau memalukan orang lain, kadang2 rahsia x sempat sampai ke perut, dah muntah balik. Rahsia boleh pecah secara x sengaja atau tersengaja… dan kebiasaannya, di akhir al-kisah akan diikuti dengan “ ko jangan bagitau orang lain tau, aku bagitau benda ni kat ko sorang je..”




Sshh..jgn bagitau org lain..

Ada yg mampu pegang sampai bile2, tapi ada yg x mampu selindung, TERberitahu yg lain, dan kemudian diakhiri dengan ayat yg sama “ jangan bagitau orang lain ye..” dan ia berlarutan sampai orang pelusuk dunia pun boleh tau. Itu harus diakui kelemahan manusia sebab mulut ni takde zip n tempat untuk letak mangga untuk dikunci rapi… hanya dengan sepatah perkataan yg boleh buat orang lain sekeliling tergamam, kita sedar bahawa padah menanti akibat mulut takde insuran ini dah membuka ruang untuk orang2 korek lebih dalam sampai akhirnya dengan ungkapan “jangan bagitau orang lain..”

Dan lepas itu kita mula rasa bersalah, dan atas rasa itu, kita bagitau balik pada empunya rahsia, dan di saat itu kita sedar bahawa kepercayaan yg diberi tidak akan sama lagi… dan mungkin tiada lagi cerita2 yg ingin dikongsikan takut perkara sama berulang.. dan saat itu, kita tau bahawa mulut sama dengan kereta lembu, tiada gear gostang lagi..


Maka, bagi empunya2 rahsia yg pernah aku sengaja atau x sengaja terberitahu orang lain, hanya 1 yg dapat ku hulurkan, iaitu borang permohonan minta maaf seikhlas hati, terpulang pada korang untuk approve atau tidak…raya kan sebulan, so masih valid lagi la permohonan aku ni kan? Sorry..


wassalam

Thursday, September 16, 2010

bila sosialisme berleluasa..

Salam Syawal.


kerana baru seminggu di bulan ini, dan ikut cakap melayu "raya kan sebulan", maka masih sempat utk aku ucapkan selamat hari raya Eidul Fitri, mohon maaf atas segala kekhilafan diri sepanjang penulisan blog ini.

aku sebenarnya agak malas untuk mengupdate blog, tapi menjengah ke website seorg blogger menyebabkan darah ini menderau untuk berkongsi apa yg ditengok. ya, ini salah satu penyakit masyarakat skarang; rembat bini org..



aduh, dah tak tau apa nak jadi dengan dunia ni.. aku tumpang sedih... aku tumpang sedih kat suami kepada pmpuan tu, kerana kesetiaannya diuji, kepercayaannya dikhianati.. sape x sayang bini? tapi susu plak dibalas tuba.. dan aku tumpang marah sebab die x berjaya kawal kemarahan dia, kerana dia x mengikut apa yg dihukum syarak.. tapi siapa aku untuk menghukum kerana aku x merasa apa yg die rasa saat itu...

aku tumpang sedih kat si pmpuan tu, kerana dia x bjaya kawal nafsu dalam diri die, kerana dia mencari kebahagiaan di luar perkahwinan die, kerana die sudah pun menempah neraka untuk dirinye... dan aku tumpang marah sebab dia mencemarkan agama, kerana dia x ingat tuhan bile mendekati zina, kerana dia telah menghancurkan rumah tangga yg dah dibina..

aku tumpang sedih kat laki yg ditibai tu, kerana dia dah mengecewakan keluarga dia (die dah ade 5 anak, sulung umur 12 tahun..), kerana dia x fikir apa rasanya kalau org main ngan bini die, kerana dia x fikir natijah bile suami pompuan tau n bawak batalion pukul die... dan aku tumpang marah sebab dia dah merosakkan perkahwinan org lain, kerana dia cari benda haram sedangkan dah ada benda halal, kerana dia mementingkan nafsu dari iman..

ini hanya salah satu dari ribuan kisah yg sama... aku dah x tau apa nak dikata.. kalau dulu "bertudung" adalah salah satu elemen untuk menguatkan keyakinan dalam hati bahawa calon isteri seorang yg tau agama dan menjaga kesucian diri, tapi sekarang sudah tiada jaminan.. kalau dulu berkopiah songkok membawa kewarakan dan berilmu agama, tapi sekarang bukan lagi.. hanya dengan mengenali sesorang dalam suatu jangka masa yg mampu meyakinkan hati bahawa pilihan mungkin tepat..mungkin..

yg ni kisah bila dah berkahwin.. kalau yg belum? bertimbun lagi yg x kene tangkap basah, bertimbun lagi yg x kene kantoi.. bukti? pembuangan bayi yg berleluasa.. mahu lagi bukti? pergilah menziarahi rumah2 kebajikan yg menjaga anak2 mudi yg terlanjur dan bunting, pasti tidak pernah sunyi rumah itu, ada saja penghuni saban hari.. bukti lagi? google lah sendiri klip2 melayu terlampau, bukan setakat pramugara, gadis kampung pun berlambakan...apatah lagi gadis urban dan berpendidikan menara gading..


kenapa aku kesah? sebab aku hidup dalam zaman ini, sebab tu aku kesah.. sebab aku masih lagi belum berkeluarga, dan aku cukup takut bila membayangkan semua ini berlaku dalam keluarga aku.. bayangkan anak dara kau, tanpa disedari dah bunting? bayangkan anak teruna kau ditangkap basah dan merosakkan anak org lain? bayangkan anak2 pergi clubbing, teguk benda haram...urgh!! dulu aku ada pikir, tapi aku tenangkan hati balik dengan mengatakan kat ganu kita xkan jadi benda2 camtu... tapi sekarang? duduk di ceruk mana pun, takkan selamat... pendedahan anak2 zaman kini kepada budaya kuning terlalu hebat, kadang2 dengan pendidikan agama pun belum pasti dapat jamin mereka takkan hanyut..


aku cukup takut bila semua tu terjadi.. takut... takut tak dapat kawal diri sampai muka aku terpampang di media gara2 bunuh bini/anak sendiri.. nauzubillahi min zalik!


Tuesday, August 31, 2010

di saat 53 tahun Merdeka


Salam Ramadhan...


Hari ini adalah hari yg paling dibanggakan oleh warga Malaysia… ya, 31 Ogos, genapnya 53 tahun Negara yg dahulunya dikenali dengan Tanah Melayu ‘bebas’ dari cengkaman penjajah. Hari yg paling memberi makna sebagai titik tolak bermulanya kemajuan Malaysia, sehingga kini menjadi Negara yg ‘aman, makmur dan bahagia’ *cough*.. maaf, x sehat sket..



Berbalik pada topik utama, Kemerdekaan.. suatu istilah yg tidak asing, sering dilaungkan dan digahkan, kerana sebagai sebuah Negara yg merdeka, sesuatu Negara itu akan mampu ditadbir tanpa kongkongan dalam menjana pembangunan, ekonomi dan sebagainya.


Dan sebagai rakyat Malaysia, sepertimana tertera di kad pengenalan aku, aku juga akan setia mengingati hari ini sebagai hari yg penuh bersejarah dan harus dihayati dengan penuh semangat. Menghayati? Macam mane aku harus tunjukkan penghayatan aku menyahut seruan kemerdekaan ini?











Adakah dengan pergi berhimpun ramai2 di dataran merdeka, KLCC, Genting atau sebagainya dan bersama2 muda-mudi tua-tui, berhimpit2 tak kenal jantina menonton konsert atau persembahan artis2 terkenal, kurang terkenal atau tak terkenal langsung, sambil menghitung detik 12 malam dan menejerit “merdeka!!”, diiringi letupan bunga api, dan seterusnya di sambung dengan “aktiviti2” riadah sampingan selepas bersurai?






Atau seharusnya dengan mengangkat tangan beramai2 mengaminkan pujian ilahi serta memohon limpah kurnia-Nya agar Negara ini sentiasa di bawah lindungan rahmat-Nya agar kekal sejahtera dan sentosa di bawah pimpinan “amirul mukminin”?





Sejauh mane pemahaman kita tentang kemerdekaan? Merdekakah kita kalau masih terceruk dengan budaya penjajah? Merdekakah kita kalau kita masih terhangguk2 dengan telunjuk mereka?



Jika dulu kita amat jarang mendengar kisah2 pembuangan bayi merata2.. tapi sekarang? Aku tidak tahu fakta2 dari negara2 luar, di timur, eropah atau barat, tapi rasanya mereka jauh lebih bertimbang rasa dalam isu ini. Dari mana asalnya isu ini? Kurang pendidikan agama? Ibu bapa tidak prihatin? Gejala sosial? Sifat belia ingin mencuba? Tidak ada akarnya, semuanya akan jadi sirkumstantialiti, yg sana menuduh yg sini, yg sini menuduh yg situ, dan yg situ menuduh yg sana. Adakah realiti ini selari dengan kemerdekaan yg kita miliki?




Si kecil ini sudah selamat istirehat di Syurga...kita?



Sama2 lah difikirkan. Dan secara kebetulan, mungkin ada yg lupa, malam kemerdekaan kali ini bersamaan dengan permulaan 10 malam terakhir Ramadhan.



Ask yourself..




Aku tertarik dengan kata2 seorang sahabat. Diibaratkan ketika ini seolah2 satu permainan bola sepak (atau bola tampar, basketball, futsal, mane2 la yg korang suka, asalkan game berpasukan). Sekarang sudah masuk 30 minit terakhir, situasi masih 0-0, masih belum ada yg boleh yakin akan menang. Di saat ini, ‘coach’ akan menentukan siapa antara pemainnya yg boleh bertahan di atas padang untuk minit2 terakhir, kerana ‘coach’ tahu, hanya orang yg kuat semangat juang, azam yg tinggi dan tabah akan mampu terus beraksi dengan cemerlang agar dapat menjaringkan gol kemenangan.





Bersama2 lah kita memohon agar kita adalah sebahagian daripada first eleven yg bermain sehingga ke masa penamat, Amin




wassalam..