Aku adalah seorang lelaki yang pendiam; apabila aku berdepan dengan perempuan. dari dulu sampai sekarang, aku memang macam tu, ia takkan berubah, dan aku takkan berubah. apabila aku di depan mereka (yang aku tidak kenal), aku akan kelu dan diam, hanya menjawab bila ditanya, sepatah dengan sepatah. aku akan memandang ke bawah, atau melihat ke arah lain apabila bercakap dengan mereka. beriman? tidak, aku bukan orang yang tinggi imannya; aku hanya seorang lelaki yang pemalu. dan juga lack of self-confidence. semua kawan2 aku kata, 1st impression aku adalah seorang yang serius dan garang. ya, serius dan garang. hanya yang rapat tahu siapa aku. dan aku lebih suka begitu. biar lah apa yang orang lain fikir, sekurangnya itu menjarakkan diri aku dengan mereka yang tidak kenal siapa aku..
Keluarga aku adalah konservatif; bila A yang diputuskan, A lah yang akan dibuat. bukan pada semuanya, tapi pada aku. aku, sebagai anak bongsu, diletakkan penuh harapan, dan pada masa yang sama, aku tidak ada suara untuk berkata tidak. untuk segala perkara yang penting, perasaan aku, aku tolak ke tepi; yang penting adalah family. even untuk keputusan hidup aku, bukan aku yang ada hak ke atasnya. jika keputusan aku diterima, maka jalan, jika apa yang aku putuskan tidak dirasakan betul bagi mereka, maka ia terhenti di situ. aku diajar untuk tidak melawan, dan aku takkan melawan, kerana aku tau apa yang aku perjuangkan hanya sia2; mereka ada kuasa yang muktamad. maka, dari itu, aku tidak pernah menyatakan hak aku secara terang-terangan; semuanya aku buat diam2. keluarga kata jangan wakil sekolah main bola; aku curi2 keluar beli kasut dan pergi main. pemberontakan aku seawal 9 tahun. namun, bila semakin meningkat umur, aku mula mengalah. aku lebih banyak mendiamkan diri dan menerima segala keputusan. penat bermain emosi sendiri.
bila mula mengenal internet, yang aku tahu hanya emel. bila makin besar, mula mengenal tempat download drama, movie dan sebagainya. kemudian diperkenalkan kepada friendster; untuk selalu berhubung dengan kawan2. kemudian beralih kepada facebook. mula2 facebook hanya untuk suka2, lama2 jadi kewajipan. mula2 hanya untuk ambik tahu pasal perkembangan kawan2, akhirnya jadi tempat luahan perasaan. tempat untuk keluarkan berita gembira, kecewa, fun things, berkongsi info, mengumpat, dan juga medium untuk luahkan rasa tidak puas hati. semua ditulis tanpa fikirkan natijahnya, semua dilepaskan tanpa kisah apa orang peduli. bagi seorang yang pemalu, pendiam, dan memberontak dalam diam, seperti aku, laman maya jadi tempat untuk aku lepaskan segalanya. di laman maya, aku aktif, bukan pemalu dan pendiam, dan aku boleh keluarkan segala apa yang bermain dalam benak fikiranku..
pepatah melayu ada menyebut terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata di facebook akan makan diri sendiri...tidak ada gunanya penjelasan, tidak ada guna penyesalan, benda yang dah terlepas tak mampu dijilat kembali. ingatkan aku sudah matang... dan memang itu yang diharapkan.. tapi hakikatnya, dalam diri aku masih belum hilang perangai anak bongsu yang membentak tanpa fikirkan hal yang kemudian.. kini aku menanggung akibatnya. cukuplah sampai di sini kisah pemberontakan dalam jiwa dikisahkan di alam maya, mungkin lebih baik aku biarkan semua perasaan bersawang dalam diri, sekurangnya itu akan buat hanya diri aku sahaja yang remuk, aku lebih rela begitu, asalkan ia tidak akan membuat dia menangis sekali lagi..
biarkan ia jadi rahsia, antara aku dengan Dia yang mengetahui segalanya....
p/s: gambar hanya sekadar hiasan..
No comments:
Post a Comment