suatu hari, si ibu dikejutkan dengan berita kemalangan yg menimpa si ayah. bergegas menuju ke hospital bersama2 dengan anak. dibawa bersama adek mie kerana tiada orang yg boleh menjaganya di rumah. sampai di wad, dilihat si ayah terbaring di katil, dengan kaki yg berbalut dan cedera di beberapa bahagian badan yang lain. diberitakan si ayah patah kaki, serta pendarahan di bahagian perut yang memerlukan pembedahan. si ibu menangis, takut jika ada apa2 yang akan berlaku sepanjang proses pembedahan itu, apatah lagi sering dia mendengar berita orang meninggal sewaktu pembedahan. si kecil melihat ibunya menangis, kehairanan. " mengapa mak menangis?" si ibu memandang pada si kecil, berkata, "ayah nak kene operate, mak menangis sebab takut ade ape2 jadi nanti.." si kecil hanya melihat, memandang ke arah ayahnya, dan kemudian berpaling semula kepada maknya. dipegang tangan ibunya, dan berkata, " mak, mak jangan menangis, doktor nak selamatkan orang, bukan nak matikan orang". si ibu terpinga, adik beradik yang lain juga begitu.. " Ya Allah, budak ni..." si ibu memeluk erat anak bongsunya...
beberapa tahun kemudian, adek mie sudah bersekolah di tahun 2. suatu ketika, melihat adek mie sedang membuat kerja rumahnya, terdetik di hati si ibu untuk bertanya. " mie, mie bila dah besar nanti jadi apa?" adek mie memandang ibunya, terus menjawab, " mie nak jadi doktor pakar bedah!!" dengan bersemangat. si ibu tersenyum. " jadi doktor susah.. kenapa mie nak jadi doktor?" si anak menjawab, " jadi doktor best, boleh selamatkan orang. nanti mie boleh selamatkan mak dengan ayah jugak" si ibu terkedu. " pastu bile duit mie banyak, mie buat rumah 10 tingkat untuk mak dan abg2.. mak pilih la mak nak duduk tingkat mane" si ibu ketawa, mendengar impian mustahil anak bongsunya itu..
dan kini, selepas berbelas tahun, harapannya tercapai. untuk jadi seorang doktor, seperti yg diharapkan ibunya... " mak, mie dah lulus exam. mie dah jadi doktor...tapi mie tak dapat nak tunaikan hasrat mie untuk buat rumah 10 tingkat untuk mak... alangkah baiknya kalau mak dapat dengar berita ni, mesti mak gembira... kan?" yang ada hanya memori2 manis untuk menguatkan diri supaya tabah menempuh cabaran seterusnya...
No comments:
Post a Comment