Showing posts with label posting. Show all posts
Showing posts with label posting. Show all posts

Wednesday, December 1, 2010

taking care of those kids were never been that easy!

Salam...


yeah, it's never been easy...


Alhamdulillah, posting paeds kali ini sudah berakhir (ini adalah ucapan 2 minggu lepas..haha). nothing much that can be said regarding this posting in this year, melainkan paediatric wards of hospital Ampang (level 4) which consists of 1 general ward, 1 NICU, & 1 post-nicu ward (+ clinic) being packed with 29 6th year medical students.. bah kan, even in the 1st week of our posting, the 5th year actually having their end-posting examination, using the same ward.. haha.


kali ni terasa kekurangan berbanding posting yg sama pada tahun 5. walaupun Dr Madeeha sebagai lecturer trainee aka coordinator posting kali ini membantu kami menjalani posting ini dengan jayanya, tapi ketiadaan Dr Zainab amat dirasai... pun begitu, hidup kene terus.. terima kasih kepada specialists Ampang yg menerima kami seadanya serta beberapa lecturer/ specialists dari luar yg sanggup bersusah payah datang ke H.Ampang untuk mengajar dan berkongsi ilmu dengan kami... walaupun kes2 di sini kekurangan dari segi variety nya, namun dengan kesudian Dr. Kamarul (specialist dari HKL) mengajar kami dihujung minggu di Institut Paediatric HKL, sedikit sebanyak membuka mata aku dan yg lain2 tentang dunia kanak2 ini... terima kasih kalian!!


exam end posting kali ini juga agak mencabar. instead of 1 long case & 1 short case, we're assessed by 2 short cases! haha, short case memang seperti diketahui maklum adalah lubuk untuk fail, dan kali ini dengan 2 short cases, the risk of failing were getting higher! apatah lagi dengan soalan mcq yg cam haram susahnya (believe me,it's definitely true!), ditambah lagi dengan kekalutan clinical exam disebabkan kekurangan examiner yg available, menjadikan posting ini antara yg paling diingati...haha


apepun, yg dah berlalu, biarkan. harus fokus pada yg akan ditempuhi. sebelum berhempas pulas, balik dulu ke kampung sempena cuti raya haji seminggu untuk berehat... berehat? huh, xde maknanye.. balik kampung kali ini bukan untuk berehat, tapi untuk perah kudrat! ya, kampung aku dah takde rupa cam kampung dah.. nape?



ye, akhirnya payment dah dibuat, dan penduduk kampung aku semua kene pindah.. kerajaan nak buat projek perumahan plak kat kampung aku ni.. maklum la, kampung tengah bandar, diorang tak nak tengok umah2 kayu berterabur dalam bandar, bandar nampak x maju katanya.. huh, ye la.. maka bermula lah proses memunggah... semua? oh tidak, hanya yg perlu sahaja.. contoh?



pakaian, pinggang-mangkuk-hayun, buku, dan barang2 berharga yg lain.. ape jadi dgn perabot2? nak aku jawab?


rasanya gambar tuh dah menjawab segalanya.. tok sah le tanye, ni bukan la proses memindah sangat, lebih kepada proses kitar semulajadi ( perabot kayu semua bakar pasal dah reput dek anai2, barang besi/logam semua jual ke pemborong besi terpakai, suratkhabar berlonggor jual kat tempat kitar semula) dengar citer ayah aku menangis bila perabot lama die kene bakar dek abg aku (aku x berada di tempat kejadian masa tuh).. tapi nak wat camne, dah lama sangat, mau 20-30 tahun perabot2 antik tuh, nak simpan dah takde tempat, bako je le jawabnye.. so, ape jadi dengan umah baru? haa..itu kene tunggu entry lain..haha

at the same time, aku baru perasan ade tempat yg aku x pernah hinggap kat sekitar kampung aku tuh.. sebuah tempat kaki2 mancing lepak jadi penunggu tengah2 malam.. aku pun baru perasan time jalan2 ngan anak buah...



muara buatan manusia




agak besar la tempat tuh, n hanya boleh pergi dengan motor/basikal jer... kalo anda kaki joran, sila la ke sana.. aku? tobat takde mase nak dibuang berjam2 dok nunggu ikan tu, baik beli kat pasar..huh



sekarang ni dah nak habis fiqh & ethic in medicine course yg selama 2 minggu ni..fiqh & ethic? yg tu, next entry (kalo rajin...haha)


wassalam

Wednesday, November 10, 2010

Anestetik & Kecemasan (late entry)

Salam.

sudah lama, memang terlalu lama.. aku mahu tulis sesuatu pasal posting emergency and anaesthetic, tapi malas...malas.. dan juga kerana xde mood.. lagipun, it's a 2-week posting. nothing much, going to emergency department, OT, ICU.. learning few new things + recapped lessons in the past.. 2 minor posting cramped in 2 weeks...fuuh! but still enjoyable..



emergency medicine adalah satu pecahan medik yg agak menarik.. aku tertarik dengan kata2 Dr. Ridzwan ( HOD A&E Ampang), Emergency is about being jack of all trades..it covers all the cases (medicine, surgery, O&G, paeds, ortho, etc..), dan ED akan handle semua kes2 itu terlebih dahulu, then baru dipass kan ke bahagian2 yg berkenaan. ED (not erctile dysfunction ok!) juga bertanggungjawab dalam menangani situasi2 cemas seperti gempa bumi, tanah runtuh, dan lain2.. ape yg menarik perhatian aku ialah, melibatkan diri dengan kes kecemasan adalah satu perkara yg sangat mencabar, life be more interesting! aku akan mengetahui apa yg perlu segera dapatkan rawatan doktor, apa yg tak.. n also jika something happen to my family, then i know what i need to do in the 1st place, tak la terkebil2 dan berfikir lama untuk handle acute situation yg mungkin life-threatening if not being treated a.s.ap..dan buat masa kini, hati aku sudah tertanam satu impian dan matlamat baru.. to be A&E specialist, insyaAllah..



"Huff.. Huff.. come on, i wanna see ur sweet smile.."


"Push!..Push!! eh,silap posting..haha"


"I'm clear, patient's clear, everybody's clear...alpha charge!!"


"ok, can see the vocal cord..inserting ETT now.."


" aiseh, masuk esophagus plak..."




Anaesthetic juga satu kepakaran yg tersendiri.. tapi, honestly, aku bukan org yg dilahirkan untuk duduk diam dan perhati mesin2 bius sambil berselimut kesejukan..aku orang yg perlukan suasana yg aktif, kerana jika duduk diam, aku akan cepat mengantuk dan tidur..haha.










Anaesthetic was quite sedative...overdose would cause these..




apepun, itu adalah 6 minggu yg lepas. sekarang sudah habes posting paediatrik (aku akan cuba untuk post sesuatu, hopefully).. minggu depan cuti raya haji, lepas itu bermula dengan posting baru pula..haish, sekejapnye cuti! aku mahu cuti lama! (tapi nanti berkarat plak)...haha


only if i could stay like this.. no worry, no exam..sigh


owh, final profesional exam is 5months to go...cuaknye!! (currently in game mode)

Thursday, August 26, 2010

Psikiatri di bulan Ramadhan



Salam mahabbah Ramadhan




sudah lama tidak mengupdate blog ini. Alhamdulillah, posting Easy No Tension (ENT) sudah selesai,disusuli dengan Psy posting selama 4 minggu di Temerloh. walaupun tidak banyak kepelbagaian kes di sini, tapi Alhamdulillah tenaga pengajar tidak rasmi sentiasa menolong dan berhati terbuka menerima kami 29 kesemuanya. Apapun, minggu depan sudah minggu exam, sebelum bercuti 2 minggu mengisi penghujung Ramadhan di kampung tercinta.


HoSHAS


sudah berada di pertengahan Ramadhan, sekejap sahaja 16 hari berlalu. tapi Ramadhan kali ini meninggalkan kesan kepada rakyat Malaysia umumnya, dengan kisah2 yg mengejutkan seluruh warga tatkala umat Islam menyambut ketibaan bulan yg mulia ini. umum sudah maklum, dan ya, ia berkaitan dengan posting aku kali ini; penyakit mental.






sebelum ini, kita dikejutkan dengan kejadian seorang belia lelaki membunuh datuk, nenek dan kakaknya yg berlaku di Negeri Sembilan (jika tidak salah). dikhabarkan lelaki itu mengalami gangguan mental, dengan pembunuhan yang agak bizarre, bukannya perancangan yg teliti. ingatkan ia berhenti di situ; rupanya tidak. Ramadhan kali ini menyaksikan 2 kejadian yg amat menyayat hati setakat ini; masing2 di pantai barat dan pantai timur semenanjung.












setakat ini, disimpulkan bahawa kedua2 pesalah mempunyai penyakit mental, dan kedua2nya tidak mengambil ubat pada jangka masa yg agak lama. Schizophrenia adalah salah satu penyakit jiwa yg memerlukan pesakitnya mengambil ubat secara berterusan untuk menghilangkan gangguan2 yg dialami. dan ia bukan seperti jangkitan kuman atau virus, sembuh selepas makan ubat 2-3 hari, tapi sebaliknya mengambil masa yg agak lama, bertahun2 lamanya. dan inilah yg selalu dititikberatkan oleh doktor2 pakar sakit jiwa; be compliant to the medication. dan di sinilah pentingnya sokongan ahli keluarga dalam memastikan pesakit sentiasa, tidak leka, memakan ubat yg dipreskripsikan. sebab itu, setiap kali pesakit dibenarkan keluar dari wad psychiatric, ahli keluarga dipanggil untuk diberikan pendedahan, dan diingatkan supaya memastikan pesakit tidak lupa makan ubat.



Namun, inilah manusia,mudah lupa. dah namanya insan, dari perkatan naasi (lupa). asal yg sakit sudah tidak mengalami gangguan, dirasakan sembuh sepenuhnya, terus berhenti tanpa mengambil kira pesan yg merawat. di sinilah silapnya, sedangkan yg mengetahui sedia maklum poor compliance to medication adalah punca utama mengapa penyakit ini boleh berulang (relapse), selain dari faktor2 lain yg berpautan. dan kini, umum sudah stigma dengan pesakit mental. yg dah lama default dari follow-up clinic mula cepat2 daftar kembali, takut berulang. Alhamdulillah, ada kesedaran, cuma berharap kesedaran ini kekal, bukan macam t@Hi ayam hangat semetar ja..


Docs juga berisiko untuk berpenyakit mental - MDD (work stress!!)


yg sudah berlalu, harus diambil iktibar. moga2 tidak ada lagi kes2 serupa berulang. masa mesti dipandang kedepan, sebab masa tak pernah tecicir di belakang; sentiasa selangkah lebih dari kita. apapun, sudah pertengahan Ramadhan, sudah habis 15 juzuk dibaca? atau15 jilid komik sudah khatam? 15 episod drama ditatap? ingatlah Ramadhan hanya datang sekali setahun, tahun depan kita belum tentu ketemu, maka seeloknya disisipi dengan yg bermakna, kan? pesanan ini untuk diri sendiri, kerna diri ini memang lalai amat2 sangat, juga untuk sahabat2 yg dikasihi. moga semua mendapat redhanya. dan ingatlah, sepertiga terakhir ramadhan adalah yg paling berharga, potongan diskaun yg diberikan untuk yg berkejar2 ber'shopping' sangat istimewa, bahkan ada yg dapat diskaun hidup seribu bulan! kan hebat tu? jadi jangan lah disibukkan dengan diskaun shopping complex, dan bazaar2 sahaja..


sekadar tazkirah di bulan mulia, RAMADHAN KAREEM (^_^)


wassalam

Sunday, July 25, 2010

Post-OnG + Ophthal & pre-ENT posting

salam.

agak lama tidak mengupdate entry. apakan daya, sibuk + malas + internet lembab ( ye, agak lembab celcom broadband di tingkat 15) + bluetooth pc rosak (x dapat nk upload gambo dr cameraphone ku) membuatkan ada saja yg menghalang...haish

so, to sum-up what happen for the past 1 month, aku sudah habes posting O&G, posting pertama di final year.. exam hari tu agak ok, pretty confident boleh lulus selepas clinical exam, dan alhamdulillah, yg dijangka tepat (cuak jgak sbab mcq susah) haha..



Ovarian Ca is 2nd most common Ca among women in d world



selepas exam, dapat cuti seminggu (yeah!!) masa diluangkan dgn family, sambung rutin biasa di umah (tido, makan, antar anak sedara ke skolah, cari makanan n etc..).. owh, tambah satu rutin lagi, WORLD CUP!! haha, aku syukur tahun ni aku belum start keje lagi, at least boleh tgk bola tanpa rasa bersalah..haha


then, selepas bercuti, masuk utk minor posting selama 2minggu, opthalmology (bahagian mata). secara keseluruhan, posting ni agak enjoy, cuma agak stress sebab sedar x sedar dah exam.. sedangkan posting2 sebelum ni smuanye 4minggu ke atas, so, utk 2-3minggu pertama adalah minggu lagha (main game, tgk movie, download citer).. ape lagi,memang x terkejar la nak bace semua nota last minute (macam x biase..haha)


n for d first time, aku rase posting kali ni sangat meletihkan.. pergi kelas sure ngantuk, dah la kene terbongkok2 time nak buat funduscopy tuh.. nak cari optic disc 1 hal, blood vessel je memanjang, mata patient plak bgerak2..adoyai..bile balik petang, dah ngantuk, malam dah rasa pendek, sampai tido pun rase x cukup..haha.. apepun, posting ni xde on-call, n takde case write-up utk dihempas-pulaskan..hoho



ZzZzZ..huh, is it lunch already?


ZzZzZ...urm, where are we just now?


optic disc was absent coz he closed his eye..hurm


it such a bless to have a mother as HOD ophthal..no?

apepun, exam dah lepas.. mcq ternyata susah n x termasuk langsung dalam expectation, tapi osce menolong dgn cukup baik.. yg penting, pesanan Dr Azlina "tau bile kene refer patient ke ophthal clinic, dan ape yg perlu urgent referral", jangan sampai bile dah keje nanti tulis surat referral kat ophthalmologist " on funduscopy examination, the red reflex was absent but no peripheral retinopathy present"..huh, memang kesian kat patient tuh..ish2



Mata itu cantik ciptaannye, so yg mengajar pasal mata juga perlu..urm, chantek (^_^)


sesudah habes opthal, tetibe diberitakan ada inter-medical faculty scrabble competition.. sepatutnye banyak la fakulti medik yg join, apekan daya, hanya 2 fakulti jer yg dapat hantar wakil.. overall, ok la, not bad for 1st time such event being organized.. owh, kenapa aku cakap pasal hal ni? sebab aku join sekali ( i love scrabble! haha) scrabble adalah 1 game yg agak terbiasa dengan aku sejak kecik, tapi time kecik aku main sahibba la (mane aku reti bahase omputih dulu2..haha). so, aku quite enjoy bermain benda alah ni, apatah lagi peluang utk main benda ni sangat tipis (main sorang x best!)

i love scrabble!!


3rd prize? now i wonder why others not so eager to enter the competition..hurm

then, ingatkan hari ini (25th july), mahu pergi sokong pasukan harimau biru di bukit jalil.. friendly game dengan korea selatan adalah 1 peluang yg amat jarang, dan pastinye good game.. tapi hujan lebat diiringi petir tatkala mahu merempit membantutkan hajat.. tpaksa la tgk kat astro arena je.. n in the end, Harimau Biru menang 1-0!!yeah!!



kali ini, cuti hanya 2 hari sebelum memulakan posting ototorhino...err.. ENT (telinga hidung n tekak) yg bermula 26july selama 2minggu..sekali lagi nak kene boot kan otak ni lebih awal dari biasa..haha.. apepun, 1st week kite enjoy dulu..yeah!!



let's see how he would be in ENT..haha

that's all for this time. wassalam

Friday, May 21, 2010

harga sebuah pengorbanan

Salam.

proses kelahiran adalah satu proses yang memeritkan. buat kaum hawa, mereka sedia maklum atau akan sedia maklum bila tiba masanya. buat kaum adam, mereka tidak akan memahami jika mereka tidak cuba. betapa peritnya si ibu meronta, menangis dan berpeluh lelah memperjudikan nyawa sendiri untuk membawa satu insan mengenali dunia. ketika diberitakan diri berbadan dua, gembira di hati tak terkata, senyum manis menukar riak wajah jadi berseri-seri. sepanjang 9 bulan, jika normal, sentiasa membelai perut sendiri dan bercakap sorang2 menemani si kecil dalam rahim.. apa yg dibalas? side kick dan fist punch untuk ingatkan si ibu kewujudannya.. walau sakit, namun ibu tersenyum dan bersyukur, jika tidak ditendang kesakitan, risau pula bertambah..

bila tiba masanya, baru la segala perit dirasa.. kesakitan yg amat sangat.. amat2 sangat, bagai mahu berdepan maut..perit yg dilihat takkan sama dengan azab yg ditanggung..dalam dunia perubatan, kesakitan adalah sesuatu yg perlu diukur skalanya. ada 1-10, dan yg selalu dikatakan jika menggambarkan skala 10 ialah "sakit macam nak bersalin".. masih aku ingat sorang nurse berkata, " bagi pompuan, sakit time bersalin la yang paling kuat. bagi laki, 2 je yg paling diorang sakit; sakit gigi dan berkhatan"




sakit berkhatan di skala mana?

pernah sekali aku disapa kawan, bertanya sudah ambil posting o&g ke belum, dan aku kata sudah".. si kawan berjenaka," kalau aku jadi doktor, aku nak jadi doktor o&g je, boleh tgk hari2..haha".. aku hanya tersenyum, sambil berkata," kawan, bila kau berada di tempat aku, baru kau tahu yg keseronokan kau itu tidak seindah yg kau sangkakan.."

buat ibu2,aku mahu tabik hormat sama kamu.. bersabung nyawa melahirkan anak2 tanpa mengira sakit..biar sakit mana sekali pun, riak wajah kamu yg sakit itu serta-merta berubah menjadi kegembiraan sebaik melihat wajah bayi kecil yg baru keluar dari rahim mu.. bertungkus-lumus sehingga titisan darah terakhir.. tabik hormat sama kamu.

hargai mereka sepenuhnya..

dan percaya lah, jika mahu suami2 kamu lebih menyayangi kamu, heret lah mereka sekali ke dalam bilik bersalin, paksa mereka bersama kamu sampai ke saat2 penting, biar mereka lihat betapa kamu dalam kesakitan, betapa kuat kamu meraung, betapa banyak darah yg mengalir, betapa sengsaranya kamu, hanya untuk memberikan zuriat yg mereka mahu.. dan percayalah, jika suami kamu berhati lembut, maka dia akan menghargai kamu lebih dari segalanya..


dan sehingga kini, aku masih, dan akan terus, bersyukur, kerana dilahirkan sebagai seorang lelaki.. (^_^) masih belum terlambat, Selamat hari Ibu!!

yang dikenang tanpa putus doa...

wassalam.

Tuesday, May 18, 2010

Suatu pagi di Labour Room...

Tangan penuh darah, tapi hati lega kerana setelah lebih setahun, masih boleh sedikit sebanyak memusing dan menarik jiwa baru keluar dari kepompong 9bulannya.. setelah seketika, baru terdengar teriakan kecil.. Alhamdulillah..

"adik, tolong inject syntometrine tu kat peha akak ni"

"yg mane Dr?"

"tu yg dah tersedia kat syringe tuh.. tau inject kan?"

angguk perlahan student nursing...setelah seketika..

"kak roha, ni dah boleh tarik kan?"

"A'ah, tu dah gushing blood tuh, boleh la mula tarik.."

ditarik tali pusat yg terjuntai untuk keluar kan placenta, lancar, sampai 1 ketika..

"ha, camne, boleh tarik tak?"

"tadi ok je kak roha, sekarang ni baru tersekat sikit.."

"mane?...la,adik oii, kalo dalam keadaan macam ni, memang la susah nak tarik.."

"ha? keadaan camne?"

"ni ha..." sambil tunjuk ke arah patient..

"la...aiseh lupa" rasa nak hempuk muka dengan tangan tapi masih waras untuk tidak palitkan darah nifas ke muka sendiri..

"akak... angkat kaki kak, buat macam tadi...kalo baring camni, susah nak tarik"

proses CCT berjalan lancar...

"hish kamu ni, position nak buat CCT pun lupa..."

"hehe.. sori kak roha, lupe... dah lama x buat..." hanya mampu senyum simpul sambil nursing student dah tergelak kat belakang...cis..

Sunday, April 11, 2010

2nd half Elective Posting

Salam.


entry ni agak lambat, maklum lah diri ni sangat malas nak menulis... namun dirajinkan jugak lah jari-jemari ni untuk mengupdate blog ni... Alhamdulillah, elektif posting sudah berakhir... Yeay!!


untuk 2 minggu, aku berada di jabatan kecemasan. sepanjang 2 minggu di sana, banyak cases yg dapat ditengok, sedikit sebanyak memaksa aku mengorek kembali ilmu2 surgery, pediatric, orthopedic, dan juga obstetric... aku rasa, dalam 2 minggu tu, paling banyak kes yg dijumpa ialah ACS n PV bleed... bile nampak je pompuan masuk ke yellow zone, dalam hati ni dah cakap, ni mesti PV bleed..hurm...




suction machine used since 30-40 years ago ( I was told so..)


tapi di jabatan A&E kat sini sangat strict, aku diminta datang pukul 8 sharp n balik pukul 5 sharp... rehat hanya dari pukul 1-2pm.. penat gile seh... dan HOD kali ni agak menyeramkan... camne nak kata eh, die baik, tapi soalan yg ditanye kepada HO buat aku kecut perut, but at the same time, die juga buat lawak... dengan muka yg serius... aku nak gelak pun x berani...haha.. but still, die sangat baik, terutamanya bile mengisi borang assessment aku...haha



tak dinafikan, banyak procedure yg boleh dibuat bila berada di A&E, tapi kat sini semua nak cepat, so, aku hanya baut beberape kali je, n aku rase aku amik darah n set line kat wad lagi banyak dari time aku kat kecemasan nih..haha.. dan juga dapt tengok beberapa procedure yg jarang aku tengok, especially SPC (supra-pubic catheter), 2 kali plak tuh... at the same time, blajar sedikit sebanyak pasal x-ray n ultrasound, tapi sure amru @ Pok Chik lebih terer dari aku sebab buat radiology posting di Sabah..



Case 1. a 60 year old Malay Lady presented with S.O.B. spot diagnosis anyone?


masa aku di jabatan kecemasan ni, aku bernasib baik kerana ade sorang lagi medical student dari New Zealand yg buat elektif posting kat sini jugak...kalo x, serius mati kebosanan aku... namanye Wee, 5th year student n akan habis tahun depan jugak macam aku..banyak bende yg dibualkan, pasal medical life kat new zealand n etc.. dan pada minggu pertama, ada la bebudak lepasan spm yg nak buat medicine kat overseas yg datang utk introduction to life as medical doctor.. try usha2 jugak, tapi hanya sorang dua yg comel tapi pendek, n the rest were below par..haha.. n bile dapat tau yg kami (aku n wee) ni medical student, mula la bertanya soalan macam2... n soalan favorite ialah "abg x nyesal ke amik bidang perubatan nih?" haha, tensyen plak aku ngan soalan camtu.. dan jawapan yg aku paling suka bagi " kitroang dah terlambat, it's too late, korang masih ade mase, so pikir la dulu nak ke keje teruk dengan gaji ciput..." haha



Case 2. a 5 year old Malay Boy presented with foreign object in his throat...( it was a wire of remote control that stuck at the base of his tongue...)


antara bende yg menjadi topik bualan sekarang ialah pasal peluang pekerjaan. HOD pnah cakap, HO dah terlebih ramai... sebahagian HO yg kat HSNZ ni, adalah reject dari hospital KB...sebab HKB dah cukup kapasiti, diorang dapat la 2nd choice, iaitu HSNZ... dan dimaklumkan bahawa yg akan masuk jadi HO tahun ni adalah double jumlah yg HO yg ade skrg, so time aku tahun depan sure cam triple la...haha, aku just harap jangan la sampai ade medical graduate yg kene keje jadi drebar taxi sbab dah xde keje...hoho


apepun, bende tuh toksah la difikirkan sekarang.. masih ade 1 tahun,perlu beri tumpuan pada final year yg akan bermula nanti..lepas dah lulus, baru la pikir pasl masalah lain pula...sekarang, cuti sebulan harus digunakan secara bijak (tidur, makan, tgk movie)...hehe



cukup la sampai sini... nanti aku update lagi bile ade citer best yg perlu dikongsi..wassalam

Thursday, August 13, 2009

my family medicine posting... a series of unfortunate events

salam.

aku masih ingat ketika posting family medicine ni nak start, mase tu Man Utd datang Malaysia. punya la aku balik awal dari cuti semata2 nak tengok diorang training selama sejam kat bukit jalil. dan dari saat itu la, berbagai2 perkara yg aku alami, dan aku muatkan dalam entry kali ni.

kisah 1
buat permulaan, duit dalam akaun aku sekarang cuma tinggal rm3,000 lebih sahaja, termasuk duit yuran semester ni. x cukup bajet utk aku beli handy cam yg diidam selama ni. jangan di tanya ke mana selebihnya hilang, biar aku sorang je yg tau.

kisah 2
kisah bermula dengan haru biru ketika nak gi tengok training man utd pada petang jumaat. hati rasa x sedap, maklum la motor pusaka tu dah makin uzur. aku baru je overhaul enjin sebulan sebelum itu, habis rm450 duit simpanan aku. kawan2 dah mula kutuk2, suruh beli motor baru, tapi aku tetap dengan motor antik tuh ( plus takut kalo beli motor baru nanti kene kebas). ada kawan bagi nasihat pakai motor lain utk gi bukit jalil, tapi aku tak sanggup tanggung kalo ape2 jadi kat motor kawan tuh. in the end, aku sorong jugak la motor merah tuh, dengan ade sorang mamat hinggap kat belakang, menambah lagi load motor buruk tuh.
masin hati aku (sebab aku x lafaz ikut mulut mase tuh). baru je separuh jalan, mase tgh naik bukit, motor aku meragam. enjin tetibe stop. aku rest sekejap, bagi enjin tuh sejuk, then start balik. hidup, tapi hanya utk seminit, pastu jem balik. benda tu berlaku 2-3-4 kali, bile dekat dengan lrt sungai besi, mamat bonceng bagi cadangan stop kat lrt n naik lrt. aku setuju, n folow je. pergi la tgk training man utd dengna harapan time balik nanti, motor tu dah ok. bile nak balik, aku cube elak naik bukit, takut masalah sama berulang. tapi aku plak sesat. n time kalut camtu, motor aku buat hal lagi. namun aku gigih kan diri aku utk bawak sampai ke asrama, dan akhirnya aku berjaya, setelah sejam bergerak terhenjut2 dengan kenderaan pertama aku tuh.
esok nye, bawak gi workshop. Wong check motor aku, piston rosak katanye, sebab minyak 2T kering. aku tepuk kepala, lupa minyak tu dah sebulan lebih aku x isi. outcome? aku habihkan lagi rm170 utk piston baru, instead of minyak 2T yg berharga rm4.50 sebotol. huh...

kisah 3
man utd sekali lagi lawan malaysia isnin malam. kawan2 ade yg bersemangat nak gi tengok lagi, ajak aku sekali. tapi memikirkan betapa bajet aku dah lari sebab baiki motor, aku tolak pelawaan. check kat internet, sepatutnya ade siaran langsung kat astro macam hari tuh, aku bersangka baik. pukul 8.30 malam, berhinggap kat bistro, menanti siaran 811, tapi yg keluarnye highlight game lain. aku dah gelabah, tanya kawan2 yg gi tgk ramai x org. kawan kata banyak kosong. selepas resah duk pikir benda tuh, akhirnya nekad pecut skuter kawan ke bukit jalil, bayar lagi tiket rm58. masuk je kat dalam stadium, dah 2-0. sempat tgk sejam game, akhirnya? masa tamat, 2-0 sahaja. aku langsung tak dapat tgk jaringan gol... hampeh!!!

kisah 4
hari tuh hari pertama aku attach kat KK kg pandan. malam tuh, aku dah prepare semua, takut ade yg tertinggal. pagi tuh aku bawak la motor buruk yg boleh lari 60km sejam je. sampai je kat KK, join kawan2 lain. mase tuh baru perasan, whitecoat n stetoskop aku tertinggal. dengan hampanya, aku balik semula ke asrama amik barang tertinggal, n pergi balik ke KK. bila sampai, orientasi dah abis, aku pun join je la buat ape yg patut...

kisah 5
hari jumaat, bangun dari tido, mata kanan aku terasa berdenyut2. check kat cermin, mata x merah, sakit sikit je kot. next day, makin sakit. kawan2 perasan mata aku bengkak. " stye la tuh", aku pun chek balik kat cermin, ye memang betul. malam tuh ke klinik izham amik antibiotik. masa tuh la timbul idea pasal entry, dengan endingnya posting kat tampin yg hostelnya boleh tahan ngomelnye. tak pernah terdetik ia akan jadi lebih teruk dari yg aku sangka.

kisah 6
isnin petang, tatkala tgh surf tenet kat fakulti, abg aku telepon. katanya mak aku lain macam. die terus bertolak balik dari keje kat dungun, dan suruh aku chek kat tenet pasal flight in case perlu. aku dah x sedap hati. kemudian abg aku call lagi, katanya mak aku dah x kenal sape2, n tak leh bangun. aku serba x kena, mula tak tahu nak watpe, otak bercelaru, mind state aku dah x betul. sorang kawan antar aku ke kl sentral, beli tiket flight firefly ke terengganu malam tu jugak utk aku n abg aku.
sampai je ke hospital, aku melihat mak aku di atas katil, nampak tak bermaya. die cube bercakap dengan aku, bertanyakan soalan, namun tidak jelas pertuturannya, aku dah x sedap hati. aku hanya mengiyakan apa yg mak aku cakap, dan firasat hati memang betul. mak aku kene strok, kene buat ct scan n other test utk confirmkan. anggota badan sebelah kanan tidak dapat diangkat, tidak sama aktif dengan yg sebelah kiri. tekanan darah terlalu tinggi, cecah 200 lebih. gula dalam darah lebih dari 20. dalam hati tuhan saje tahu betapa kuatnya ujian kali ni, namun sekurang tidak setragis pengarah melayu yg kene benda yg sama. masa tuh aku masih tak sedar, bahawa itulah kali terakhir aku dapat bercakap dengan mak aku...
4 malam di hospital, aku menemani bersama kakak aku no.3 . macam2 perkara yg berlaku, aku x mampu nak citer satu persatu. keadaan mak aku makin teruk, makan sikit, ubat tak nak makan, makin tak bermaya. hari ke 4, result ct scan keluar, ade sub acute infarct yg kecil di otak sebelah kirinya. mak aku dikatakan stabil, dan dibenarkan pulang. aku masih x sedap hati, cuba berharap segalanya kembali seperti biasa, walaupun tahu ia takkan sama sekali.
3 hari di rumah keadaanya makin lemah. hanya susu diabetik yg diberi, itu pun tak pernah habis segelas sehari. aku cuba jaga sebaik mungkin, cuba praktikkan apa yg aku pelajari selama ni. namun aku masih tak mampu untuk menanggung semuanya, terasa amat berat.

kisah 7
ahad pagi, mak aku sedikit demam dan makin tak bermaya. aku terpaksa balik ke kl, petang itu aku kene ke tampin meneruskan pembelajaran yg terhenti. aku menaiki flight pada pagi itu, dan berkemas utk ke tampin pada petangnye. hampir menuju ke tampin, abg aku call... "mak koma". dunia aku gelap sekejap. aku capai apa yg ada, terus ke subang dan naik flight ke terengganu. sampai di hospital, lega sedikit. GCS bukan 3, tapi 9. doktor cakap ada infection kat paru2. aku memikirkan kembali, betapa mak aku x mampu menelan seeloknya, tapi masih disuruh makan ubat melalui mulut tanpa tiub. terasa diriku sangat2 bodoh, complication itu terlepas pandang. untuk 2 malam berikutnya, aku disisinya. menjaga sebaik mungkin. tapi pada malam ke2, nafas mak makin laju. cuba cari doktor yg on call, malangnya 1 batang hidung pun tak nampak. hati rasa ade benda yg tak kena, tapi terhenti di situ saja.

kisah 8
esoknya, nafas nya masih laju. ada nurse yg perasan, check spo2, 88%. terus dibagi oksigen, naik ke 96%. tapi pernafasannya masih dan makin laju. bila m.o datang, dan menerangkan keadaanya makin teruk, aku hanya tergamam. mental aku tersentak, aku x mampu nak cakap ape. aku masih terkejut, dan aku tau masa yg tinggal terlalu suntuk. semua adik beradik dipanggil, selepas berbincang, diputuskan untuk dibawa pulang ke rumah, kerna mak aku pernah berpesan untuk menghembuskan nafas terakhir di rumah. segala persiapan dibuat, apakan daya hajat terakhirnya tak tercapai. di wad, pukul 3.17 petang, 4 ogos 2009, mak aku kembali ke pangkuan yg maha Esa. aku x mampu nak menerima takdir ni, terasa berat untuk melepaskannya. dunia di depan terasa sangat gelap, aku cuba mencari siapa untuk disalahkan, tapi semuanya berbalik kepada aku, seorang pelajar perubatan yg tak mampu untuk menguruskan sakit mak nya sendiri. aku tak dapat menerima hakikat itu, teriak sekuat hati, hanya untuk abg aku datang ke sisi berbisik "Allah lebih sayangkan mak". deraian air mata mengalir, jika dulu di wad, aku hanya mampu melihat dari jauh tangisan hiba si keluarga bila yg tersayang pergi selamanya, kini aku mengalaminya sendiri...

kisah 9
3 malam diadakan majlis tahlil. semua adik beradik menyibukkan diri untuk cuba melupakan yg dah terusrat, termasuk aku. gelak tawa di rumah sudah tidak sama, terasa kekosongannya. tiada lagi seorang mak yg mendengar setiap luahan hati anak2nya. aku segera pulang ke kl, terlalu banyak kenangan di rumah pusaka, sentiasa terbayang2 dirinya. dan ujian ini masih belum ke titik noktahnya. sepanjang 2 minggu menjaga mak yg sakit, aku tidak hadir ke kelas dan ternyata kesannya sangat ketara. kehadiran aku untuk posting kali ni tidak lebih dari 50%, dan atas sebab itu aku tidak dibenarkan untuk menduduki peperiksaan. aku pejam mata cuba menelan kepahitan, tidak diduga ujian dari Nya sepanjang 1 bulan ini sangat perit. namun, kerana kes aku dianggap istimewa, aku diberikan peluang untuk menghabiskan attachment aku di tampin pada masa akan datang, dan menduduki peperiksaan berseorangan...

begitulah berakhirnya posting family medicine untuk aku dalam masa 4 minggu ni. beratnya hanya aku yg menanggung, namun aku cuba bergelak tawa dan senyum melitup segalanya. di saat ini, aku kuatkan hati dengan meyakin kan diri, ada hikmah disebalik apa yg berlaku. hidup mesti terus, dan aku mesti lakukan apa yg terbaik untuk diri aku pada hari ini, kerana hanya tuhan sahaja yg tahu, jika esok masih ada untuk aku lalui...