Tuesday, May 18, 2010

Suatu pagi di Labour Room...

Tangan penuh darah, tapi hati lega kerana setelah lebih setahun, masih boleh sedikit sebanyak memusing dan menarik jiwa baru keluar dari kepompong 9bulannya.. setelah seketika, baru terdengar teriakan kecil.. Alhamdulillah..

"adik, tolong inject syntometrine tu kat peha akak ni"

"yg mane Dr?"

"tu yg dah tersedia kat syringe tuh.. tau inject kan?"

angguk perlahan student nursing...setelah seketika..

"kak roha, ni dah boleh tarik kan?"

"A'ah, tu dah gushing blood tuh, boleh la mula tarik.."

ditarik tali pusat yg terjuntai untuk keluar kan placenta, lancar, sampai 1 ketika..

"ha, camne, boleh tarik tak?"

"tadi ok je kak roha, sekarang ni baru tersekat sikit.."

"mane?...la,adik oii, kalo dalam keadaan macam ni, memang la susah nak tarik.."

"ha? keadaan camne?"

"ni ha..." sambil tunjuk ke arah patient..

"la...aiseh lupa" rasa nak hempuk muka dengan tangan tapi masih waras untuk tidak palitkan darah nifas ke muka sendiri..

"akak... angkat kaki kak, buat macam tadi...kalo baring camni, susah nak tarik"

proses CCT berjalan lancar...

"hish kamu ni, position nak buat CCT pun lupa..."

"hehe.. sori kak roha, lupe... dah lama x buat..." hanya mampu senyum simpul sambil nursing student dah tergelak kat belakang...cis..

3 comments:

aw3rz said...

Aku terlupa ada Kak Roha yang anggun.

pulasan007 said...

ececece...nursing student kt blakang...suke la tu

im said...

x suke pun... x cute langsung... haha