Salam.
dek kerana semua mahu cepat tinggalkan temerloh di hujung minggu, maka nya aku terus memacu TAW ke KL... owh, bukan Kuala Lumpor, tapi Kg Ladang...hehe
jom race!!
sedang asyik melayan lagu2 jiwang 90-an dan millenium di Sinar FM, leka bawa TAW sampai 140km/h di lebuhraya, sambil berteriak sorang diri dengan lirik lagu berkumandang, perasan kereta arah bertentangan memasang lampu kelip2 di siang hari..
"lupa tutup lampu?"
"bagi no hp ikut lampu depan (macam S.O.S)? tapi aku x pakai Axe Effect pun..."
diabaikan, mungkin assumption pertama boleh diterima. saat itu, satu Myvi hitam memintas dengan lebih laju. hurm, biarkan... kemudian, perasan lagi lampu kelip2 dari arah kanan..
"takkan la.." terus dipacu perlahan. hajat ingin racing ngan myvi hitam terbantut.. terus bertukar mode "pemandu berhemah di jalan raya"... 5km didepan, menarik nafas lega kerana buat tindakan betul. bapak2 bermisai licin tanpa janggut dengan baju putih berseluar ketat dengan but hitam sudah senyum menunggu didepan..
kalo yg ni tahan, bawak 30km/h pun aku sanggup dapat surat cinta, mane tau dapat no phone skali..haha - gambar hiasan
TAW ditahan, namun bile perasan TAW 4609 tiada dalam senarai kereta2 cun yg berjaya dikesan dengan kamera litar perangkap laju, segera disuruh beredar dengan masam muka tanda tak dapat tambah duit poket.. Aku pula senyum macam baru menang loteri rm300... saat itu melihat myvi hitam diminta ke tepi jalan, senyum semakin lebar..hoho
Aiseh, TAW lalu, buat2 x nampak..
berterima kasih pada yg "kenyit2", bernasib baik masih ada masyarakat Malaysia yg mahu tolong menolong antara satu sama lain.. Tolong Orang Nak Tipu Orang memang x elok, tapi Tolong Orang Nak Tipu Pakcik Misai memang bagus...andainya lepas ini ternampak sebelah jalan ade tgh menunnggu, mahu berikrar membalas budi dengan "kenyit2" pada yg akan lalu supaya semua jadi berhemah secara tiba2..hehe
Wassalam
3 comments:
hahaha.
macam apa je.
anyway, TAW rocks!!
isyarat tu mmg well-known pon..utk gtau ade speed trap...klo slalo bwk plus mmg bole perasan la..
mon - bese la.. TAW memang rok sokmo..haha
apos - 1st time kene tahan kat lebuh raya.. tadi time balik tmerloh, aku perasan ade kamera tu kat flyover.. nasib baik abg aku dah pesan bile nampak flyover, bawak slow..haha
Post a Comment