Sunday, December 27, 2009

kisah dari seorang ibu part 3

ketika leka menonton tv, terdengar suara memanggil dari ruang tamu...

"mie.."

" ye mak..."

"tolong urut sikit tapak tangan mak ni... rasa sakit sikit" si ibu menghulurkan tangan kanannya.

mie memperhatikan tapak tangan ibunya. direnung lama2, mengimbas kembali kejadian belasan tahun dulu, ketika dia masih kecil. saat diri masih mentah tidak mengerti hakikat hidup....

hari itu cuaca seperti biasa. seorang budak sedang berjalan pulang dari tadika. bajunye kotor, baru lepas bermain dengan kawan2 di taman permainan di tadika. kelihatan sedikit kekok budak itu berjalan, namun pergerakannya masih tampak lincah. sebaik sampai ke rumah, terus menuju ke bilik air dan mandi sebelum memakai pakaian yg bersih.

budak itu masih lincah, bergerak ke sana- sini. tak duduk diam. namun kadang2 pergerakannya terhenti seketika.sebelum die meneruskan langkah kembali. perkara itu diperhatikan ibunya, hairan melihat tingkah anak bongsunya itu. diperhatikan lama2, memang nampak sedikit janggal. dipanggil anak kecilnya itu, dan disuruh baring. anaknya hanya mengikut. diluruskan kakinya, barulah jelas dimata. si ibu terkejut, kaki si anak nampak seolah2 pendek sebelah. diperhatikan berkali2, pejam celik pejam celik, tapi masih sama. si anak tidak mengaduh apa2, tiada kesakitan dirasa. si ibu bertanya apa yg berlaku sepanjang harinya di tadika. anak kecilnya menjelaskan segala2nya, termasuk episod melompat dari tempat yg tinggi di taman permainan.

si ibu mula risau. segera dibawa ke rumah tukang urut yg dikenal,takut2 jika ada tulang yg patah. sepanjang perjalanan, si anak meragam, mula mengamuk. dihentak kakinya ke cermin kereta tanda protes. marah dan tidak mahu menurut kata ibu. si ibu bersabar melayan kerenah anak kecilnya. setibanya di destinasi yg dituju, anaknya segera diurut. si kecil tetap melawan. dijerit skeuat hati, cuba meronta. namun pergerakannya terbatas kerna abang2 disisi memegang tangan dan kakinya. tukang urut meneruskan tugasnya walaupun si anak melawan. si ibu turut sama memgang anaknya dari terus meronta. hingga satu ketika, si kecil menghalakan mulutnya ke arah tangan si ibu, lalu digigitnya disekitar thenar muscle tangan kanan ibunyasekuat hati. si ibu menjerit kesakitan, namun bersabar dengan kelakuan sang anak yg masih mentah.

akhirnya urutan selesai. dilepaskan gigitannya, terasa sakit amat sangat bagi si ibu.. biru sedikit warna tapak tangannya. diukur kembali kedua kakinya, alhamdulillah sama panjangnya. lega hati ibu melihat anaknya tiada apa2, tidak menjadi cacat dan berjalan senget sebelah. sementara anak kecil yg masih lagi memprotes cuba menghentak kakinya ke lantai sekuat hati..si ibu hanya tersenyum melihat telatahnya yg masih lagi tidak memahami apa2.

sejak kejadian itu, si ibu kerap kali merasa kesakitan di tapak tangan kanannya itu.. diurut sikit2 untuk menahan sakit... sehingga kini. dan bila anak kecilnya sudah dewasa, si ibu kadang2 meminta anaknya mengurut di bahagian yg sakit itu...

mie menurut sahaja permintaan ibunya. terasa diri bersalah melihat kesakitan itu. diurut perlahan tapak tangan ibunya, sambil memandang wajah ibu yg sudah berusia.. diurutnya sehingga si ibu tidur,barulah dilepaskan. rasa bersalah takkan hilang sampai bila2... sampai bila2...

sehingga kini, masih teringat kisah yg diceritakan. sentiasa diulang agar si anak mengerti betapa kasihnya ibu terhadapnya.. namun hanya tinggal kenangan... wajah rindu sudah tidak dapat ditatap lagi, tapak tangan yg lembut itu sudah tidak dapat dibelai lagi.. yg tinggal didepan mata hanya tanah kambus dengan 2 batu dihujungnya...

"maafkan mie atas segala salah mie, mak..." sambil mengusap tanah yg masih putih itu...



"dan selamat hari lahir yg ke-63, mak..."

2 comments:

mongue said...

"selamat hari jadi ke63 makcik"

said Hirumi.

al-Fatihah

Anonymous said...

sedihnyer saye bace kisah awak ni semmi...
sebak...menyedarkan saye..betapa beruntungnyer saya masih memiliki ibu...tak sanggup dan tak terbayang saat kehilangannya...semoga allahyarhamah sentiasa dicucuri rahmat...amin...al-fatihah.. dr: ZARITH SOFEAH