taken from here
bila difikir dan imbas balik, dah 7-8 tahun berlalu sejak aku meninggalkan sekolah menengah. keluar result spm, memang aku rasa xde harapan langsung untuk masuk medical school. gigihkan diri harungi matrikulasi..tetap x bjaya. pengalaman dilelong takkan dilupakan.. peritnya meminta ehsan org lain, sebelum akhirnya diterima untuk ulang semula setahun yg berlalu.. takpe la, asal impian sejak kecil tetap berada pada landasan.
7 tahun selepas itu, and here i am... banyak perkara yg berlaku, dan aku masih di sini.. susah-payah untuk terus berada 1 level dengan rakan2 seperjuangan yg lebih muda.. Alhamdulillah, berkat usaha dan tawakal, kini di ambang resah menanti exam final profesional sebelum mula bekerja.. tinggal 3 bulan je lagi.. err.. 88 hari.. sebelum hari yg menentukan sama ada 7tahun yg lepas itu sia-sia atau tidak..
dan bila difikirkan balik, tinggal kurang 3 bulan juga untuk bersama dengan mereka, mahu guna masa sebaiknya untuk menggarap memori dan disimpan sesaat masing2 bawa hala tuju diri sendiri berpecah ke seluruh malaysia..
tahun 2011.. bila diimbas, ketika 2005, terasa lamanya nak sampai ke 2011.. tapi bila berpijak di bumi nyata, 2011 terasa begitu cepat.. dan dengan umur setahun lagi meningkat tua, masih banyak perkara yg perlu dibuat.. tahun 2011 menjadi titik tolak hidup yg akan dikenang.. graduation (kalo lulus..), bekerja (kalo lulus..) dan bina hidup baru (kalo lulus..). semuanya bergantung pada yg akan datang 3 bulan lagi... kawan2, tolong doakan aku ye!! (^_^)
wassalam.
p/s: gambar di atas bukan aku nye daily life.. no, no.. i'm not gonna be like that..haha
No comments:
Post a Comment