Wednesday, February 24, 2010

joke of the day... (^_^)

salam..
alhamdulillah, baru sudah habes clinical exam hari nih... maka lengkap la sudah posting utk sesi 2009/2010... owh, belum, masih ada elective posting selepas ini... kemudian mggu depan ade exam hafazan dan usul fiqh, n also ssm presentation... selepas itu, sebelum balik ke ganu, kene main badminton dulu wakil fakulti... huh, agak bz..

ape pun, takde ape sangat nak diceritakan.. hanya ade satu lawak yg ingin dikongsi, diambil dari blog seorang doktor yg aku sendiri pun tak kenal... it just happened i visited his blog while surfing for information for my ssm... aku dah gelak gile2 bile bace lawak nih... haha

begini kisahnya...Seorang lelaki datang ke hospital dengan semangatnya untuk berjumpa dengan doktor pakar bedah di hospital.

Doktor : Encik, boleh saya bantu.

Lelaki : Doktor, saya nak buat "castration".

Doktor : Kenapa awak nak buat ?

Lelaki : Kawan baik saya baru sahaja buat. Dia kata sangat bagus untuk saya.

Setelah dipersetujui, lelaki itupun meneruskan pembedahan "castration" nya.

***
Oh, untuk pengetahuan, "castration" ialah prosedur mengkasi - iaitu prosedur membuang kedua-dua testis untuk lelaki. Biasanya dilaksanakan di zaman Dinasti Cina dulu untuk mengelakkan daripada berkahwin dengan perempuan. Selepas membuang testis, lelaki sudah 'tidak mampu' lagi dengan perempuan.
***

Setelah siap pembedahan, lelaki itu pun dihantar ke wad. Beliau melihat dua orang lelaki sedang terbaring disebelahnya.

Dia pun bertanya:-

Lelaki : Oh, awak juga telah menjalani pembedahan.

Pesakit di sebelah : Ya.

Lelaki : Boleh saya tahu, apa prosedur pembedahan yang awak jalani?.

Pesakit di sebelah : Saya buat "Circumcision" (berkhatan).

Lelaki : Yaaa!!! Itu lah perkataan yang saya nak beritahu doktor tadi !!!


*** Tirai pentas di tutup dengan lagu nyanyian Shidee - " Sayang semuanya sudah terlambat......" ***

Moral : Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.... :)

No comments: