Wednesday, February 10, 2010

vice versa 3

salam.

pernah satu ketika dulu, aku terbaca satu buletin yg diforwardkan dari seorang sahabat, bertajuk "lelaki oh lelaki"... mula membacanya, terasa pedih sangat dihati dengan isi kandungannya... pasal lelaki, dengan sifat yg dihukum ke atas semua lelaki... aku tak berape ingat isi penuh kandungan tuh, tapi ia berkisar tentang betapa peritnya tanggungjawab seorang isteri dalam melayari kehidupan rumahtangga bersama seorang yg bernama suami.. luahan hati seorang isteri yg membayangkan kehidupan hariannya yang sangat sibuk, bangun pagi menyediakan sarapan, pergi bekerja, kemudian menjaga anak di rumah. setibanya waktu petang, atau malam, mesti menyediakan makanan malam untuk keluarga, membasuh pakaian, membersihkan rumah... sedangkan si suami, balik dari kerja, hanya tau goyang kaki, menonton tv, makan dan sebagainya, jika tidak dilayan kemahuan pasti berang, tangan kaki dihayun, hanya kerana permintaan tak dipenuhi... betapa peritnya hidup sebagai seorang isteri...

pedih bila membacanya... pedih sebab kadangakala ia benar... tapi harus diingatkan, BUKAN semua lelaki macam tuh... aku hairan dengan manusia yg suka menyalahkan hanya satu pihak sahaja... kalau mahu buat nukilan macam tu, bayangkan lah perasann lelaki yg membacanye... marah? bengang? x puas hati? itu antara yg aku rasa pada mulanya, tapi ia tetap benar.. tapi jangan dihukum semua lelaki hanya kerana sekelompok yg begitu... jangan dihukum yg minoriti atas kesalahan majoriti... kalau setakat nak buat cerita macam tu, aku pun boleh. nak bace version aku?

bayangkan lah betapa peritnya kehidupan seharian seorang suami yg hidup bersama dengan seorang bernama isteri... awal pagi, bangun untuk bersiap sedia melangkah ke kerja. ketika sarapan, ingin berbual mesra dengan isteri, tetapi si isteri sangat sibuk menyediakan makanan, menyiapkan anak2 yg mahu ke sekolah.. "takpe lah..." bisik hati si suami. sebelum ke kerja, dilihat si isteri sedang bersiap untuk ke kerja... alangkah cantiknya si isteri berhias, memakai pakaian yg menarik, bergincu di bibir, wajah penuh seri. tapi itu hanya dilihat bila di luar rumah, tapi kalau di dalam rumah? berbaju t-shirt, rambut berserabai, wajah putih yg amat2 sangat kerana sedang memakai alat penjaga muka (aku x tau ape namanye), langsung tak berseri... kononnya untuk jaga nama baik suami diluar, supaya dipuji kerana beristerikan wanita cantik....
setelah penat pulang dari kerja, si suami letih, penat, ingin berehat. masa ni la kalau nak bermanja dengan isteri tersayang, masa ni la nak membelai isteri, bergurau senda, pujuk memujuk. terbayang di fikiran suami, alangkah indahnya jika disaat pulang dari kerja, si isteri tersenyum menanti, menghulurkan segelas minuman utk hilangkan dahaga, menyiapkan sarapan.. namun setibanya didepan pintu, isteri masih sibuk melayan anak2. "takpe, ni utk kebaikan anak2" bisik sang suami. seorang diri pergi ke dapur untuk meneguk air, mandi, dan merebahkan diri melepaskan penat. di malamnya pula, saat suami ingin bermanja dengan isteri, kata si isteri penat, dari petang sibuk menguruskan rumahtangga, jaga anak, masak nasi, basuh baju dll. katanya, dah penat, nak tido ni, esok ade banyak kerja lagi. si suami terasa kecewa, namun masih cuba memahami keletihan isterinnya, masih mampu tersenyum, dan merelakannya. "kesian isteri aku, penat die kerja, takpelah.. biar la dia berehat" bisik hati si suami. dan tau kah kamu jika isteri menolak kehendak suami atas sesuatu yg tidak melanggari syariat, maka dilaknat isteri itu oleh malaikat2 sehingga dia memohon maaf kpd suaminya? namun, masih si suami sangat penyayang, belum sempat isteri memohon maaf, sudah dimaafkan segala dosanya.

jika ada golongan wanita yg membaca, pasti melenting. memang betul bukan semua, tapi masih ada lelaki yg bersifat demikian, betul kan? kenapa harus diceritakan dari sebelah pihak sahaja? sebaiknya, jika mahu buat perbandingan, ambillah yg betul dan yg salah, sertakan bersama, jangan hanya nak menangkan kaum sendiri sahaja. manusia tidak sempurna, tidak pernah lari dari kesilapan.

dan kemudian, aku terfikir kembali tentang cerita si isteri itu, betapa perihnya kehidupannya... dan akhirnya terdetik di hati aku, " kalaulah si suami itu mengucapkan terima kasih di atas segala penat-lelah si isteri, pasti si isteri takkan mengeluh, malah mampu tersenyum dan merasakan betapa bermakna dirinya di dalam kehidupan si suami..."

hanya perlukan satu ucapan "terima kasih"....

wassalam

No comments: