setiap saat yg kita tempuhi hari ini harus dijalani dengan penuh makna kerana kita tidak akan tahu jika esok masih ada buat kita di dunia
Sunday, October 18, 2009
Vice Versa: Minah Tudung???
entah kenapa, terasa diri ni manic skit sebab postkan 2 entry dalam masa kurang 24 jam...hmm..
anyway, kali ni just nak post kan video ni je. no offense buat sesape yg terase, n also kalo ayat2 yg digunakan terlalu kasar. ape yg elok kita amik iktibar, ape yg tak elok kita paham2 la nak tapis.
aku dah lama nak postkan video ni, tapi asyik lupe je. haha. buat yg terasa pedas, jangan salah paham. memang betul bukan semua kaum hawa macam tuh, tapi tak dinafikan inilah trend sekarang kan? ni hanyalah peringatan, kalau cara baik dengar telinga kanan keluar ikut telinga kanan jgak, kene la bagi ayat biar tertusuk dalam hati sampai berdarah (jangan jadi clot udah le). dan aku bukan si alim utk menghukum, pandai2 la korang nilai sendiri, korang pun sure ade asas agama jugak kan??
buat kaum adam, so far takde lagi lagu yg dikeluarkan utuk kutuk kite plak. haha. kite pun lebih kurang jugak, cuma takde la sampai keluar berita lelaki kene liwat sebab pakai seksi (ade pernah keluar ke?), mengandung or melahirkan anak luar nikah, or gejala2 sosial yg lain. yg selalu kena ialah kaum hawa, so sendiri mau ingat lah kan
segala komen, makian diterima, dengan syarat jangan terasa kalau kepedasan tu makin bertambah. akhir kata, mohon maaf kalo lirik die ni kurang ajar ckit, bukan aku yg nyanyi,aku cuma bagi korang tgk & nilai sendiri... okeh, dengar lah sendiri kat bawah ni... salam
salam pasca syawal!!!
Salam.
Dah sebulan lebih x update. Malas yg teramat + takde citer special utk dikongsikan
cheezywadges!!
Dan raya kali ni kureng ckit jadinye. Seharian terperuk di tempat yg org lain tak tahu, dan balik ke rumah bila game bola sepak disiarkan di malam raya. Hari2 berikutnya dihabiskan dengan kawan2 lama yg masing2 dah bekerja. Sangat jealous bila tgk sorang2 pakai Honda city, Honda civic, Peugeot, Mercedes… haha, aku sorang jugak la yg naik motor ke sana-sini..
hidangan melantak 5 manusia yg akhirnya kene bayar lebih sebab tertinggal lebihan untuk dibuang
Seminggu raya habis, berulang-alik ke kl dan temerloh meneruskan posting psy. Tapi di temerloh, berjumpa dengan specialist2 yg sangat baik dan sudi meluangkan masa menjawab soalan dan berceloteh. Dalam masa yg sama, masing2 cuba mendiagnose kawan dengan Major depressive disorder, schizo, bipolar, dan tak lupa personality disorder. Oh, histrionicnya dan obsessive compulsive nya mereka..
pakar2 yg dah sakit dengan jiwa
Dan selepas raya, banyak citer terkejut keluar, sehingga pukul 3 pagi masih belum melelapkan mata menganyam ketupat untuk dihidang pada kawan2 sendiri. Ada yg makan dalam, ada yg buat2 terkejut, dan ada yg terkejut sampai ingat itu hanya gurauan raya (ingat kan raya fool). Tak lupa buat insan yg menghitung bulan dan bintang di langit malam sampai fajar terbit untuk tunggu rombongan yg tak sampai2, selamat lah sampai ke akhirnya, jangan bermimpi ngeri di satu pertiga malam kerana tak qiamullail sudah la.
eh, sori ,lupa nak bagitau...
owh, bukan die...salah2..
Buat kawan2 yg bersusah payah menyambut dan menghidang makanan tatkala open house, terima kasih daun keladi la atas semuanya.. insyaAllah akan dibalas bila singgah di teratak klasik, dengan segelas air suam untuk membasah tekak.
Masih ingat jalan2 cerita papadom yg baru ditayang di pawagam. puas dengan mutunya, tetapi hati gusar tak sudah bila difikirkan kemungkinan kisah yg sama berulang bila diri ini seperti saadom. Well, mungkin tak perlu menjual nasi kandar dengan papadomnya, tapi realitinya masih sama.
moga2 dapat isteri solehah dan anak2 yg beriman..
Dan penutupnya, dengan exam yg haru biru dan tak tentu hala dengan format baru, masing2 dah buntu akal, tawakal penuh di hati, harap dapat kes yg elok diagnosisnya, dan juga examiner yg tak suka menanyakan sukatan2 ubat yg nama pun belum tentu boleh ingat.
jom study!!
Ya, raya kali ini memang berbeza, kerana doa restu yg makbul sudah tiada disisi untuk melegakan hati…
