Saturday, June 20, 2009

beauty n the beast...

erm… ni crite lame sebenarnya… aku amik dari blog ku yg sebelum ni. saje nak berkongsi citer. lepas ni, maybe ade 2-3 lagi entri lama aku akan diletak kat cni.. so, alkisahnye begini....

mase tu, aku tgh naik STAR lrt ke pwtc… maklum la, org miskin cam aku ni naik bas je, kapal terbang sori maa!!!! xde fulus… back to my story… aku nampak satu couple, eh… silap. pasangan suami isteri le… aku tak perasan bile diorang masuk, maybe sebelum aku, diorang dah ade kot… aku perhati la diorang ni…

erm, aku tengok kat si isteri… baik sangat, pakaian menutup aurat, berudung labuh…. pakai baju kurung…. n paling penting… bagi aku laa… agak comel n cantik la kot… tak tau korang camne kalau ade kat tempat aku mase tu…. wah, dalam hati aku dah berdetik, kalau dapat bini camni kan bagus… (hahaha, pikir jangka masa panjang betul…) then aku tengok kat si suami lak… erm… aku tak nak komen ape… mengingatkan aku pada satu perumpamaan yg dikeluarkan oleh budak course aku… korang tau tak ape tu domino? ala, yg ade titik2 kat hujung die tu… ha, cam tu la, ibarat domino yg tak dapat diserasikan…5 titik bertemu ngan 3 titik..mane leh main maa…. camtu la perumpamaanya dalam kes ni… si suami tu, berkulit gelap… paras rupa takde la… senang cite… tak match ah kalau korang tengok sebelah mata…

aku pun berfikir la, camne diorang leh kawin ah? si lelaki ni pakai ilmu ke ape? ye la, secara fizikalnya tak match la kot…tapi rapat sangat…. si lelaki tu layan ngan baiknya, pompuan tu lak ngan ayunya…. hmmm aku pun terus ngan pemikiran aku ni.. sampai kat satu stesen… diorang ni nak keluar…. mase tu baru la aku realize satu bende yg aku tak pernah sedar sebelum ni….. si isteri menghulurkan tangannya, cuba menggapai sesuatu… then, si suami menyambut tangan si isteri dan memimpin nya keluar dari lrt…. ya Allah, mase tu baru aku perasan… isterinya seorang yg buta…. dan die bergantung sepenuhnya terhadap si suami utk menunjukkan die jalan…. mase tu baru aku sedar bahawa sememangnya si suami layak utk berada sebelah isterinya yg cantik tu…. walaupun rupa takde, tapi die sorang yg amat berlembut dan melayan baik si isteri.. tak pernah die merungut sepanjang perjlanana tu akan kekurangan si isteri… sebaliknya, die cuba sebaik2nya utk menggembirakan isterinya.. menceritakan segala apa yg dilihat kepada isterinya…. seolah2 menjadi sepasang mata untuk si isteri melihat dunia…

mase tu, aku realize diorang memang secocok… seperti ayat dalam al- quran yg bermaksud, " dan wanita yg baik adalah untuk lelaki yang baik" (camtu la lebih kurang maksudnya)… hm, aku tersenyum sendirian… betapa Allah maha Pencipta menciptakan makhluk-Nya dengan penuh keistimewaan….

3 comments:

aw3rz said...

*cough*




Layan blues pulak ko.

imyahus said...

mane ade. betul la citer ni. aku x reka ah...

pulasan007 said...

pe ni imyahus