salam.. ahlan wasahlan ya ramadhan kareem...
insyaAllah, mulai sabtu ini (22.8.09), umat Islam di Malaysia akan memulakan ibadah puasa selama sebulan....
kedatangan Ramadhan kali ni amat berbeza... at least bagi aku. mula terbayang suasana bersahur dan berbuka puasa di rumah. penuh dengan kemeriahan dan bunyi bising kanak2 girang. terbayang akan sedapnya masakan keluarga, di tambah lagi dengan hidangan yg dibeli di bazaar untuk menambah selera. juga teringat perlu bersiap2 untuk menunaikan tarawih pula kemudiannya. jika berkesempatan, dan mampu terjaga dari lena, pergi ke rumah Allah seawal 3 pagi untuk berjaga malam mengabdikan diri kepadaNya.
namun kali ini mungkin tidak sama. keriuhan tidak lagi seperti dulu, masakan tidak seperti dulu, persiapan ke tarawih tidak seperti dulu, qiamullail tidak lagi seperti dulu. perbezaan yg ketara mungkin dirasa, apatah lagi ini kali pertama ramadhan seperti ini akan dilalui...
perlu sibukkan diri, study.... study... walaupun hakikatnya lebih banyak di depan komputer berbanding buku psychiatry.
mak... ketiadaan mu di sisi kini terasa asingnya dunia untuk ditempuhi... doakan anakmu dapat terus berjuang di medan ini... ameen
No comments:
Post a Comment