Sunday, February 28, 2010

Berjuanglah Malaysia!!



salam.

alhamdulillah, SSM sudah settle, cuma tunggu nak present je plak.. dalam kekalutan duk nak siapkan Jaundice tuh, masih sempat meluang masa menonton Malaysia lawan Yaman di Bukit Jalil...

Harimau Biru

satu perkara yang pasti, semangat orang Malaysia ternyata menghampakan... yang datang tengok anak2 muda berjuang atas nama negara hanya ratusan, sedangkan masih ramai warga2 yang mengaku Malaysian berkerumun di Jom Heboh di luar stadium, langsung takde semangat nak menyokong pemain negara... lebih rela berkepit dengan balak atau awek... huh,malu hendak mengaku 1 bangsa...

Harimau Malaya

kali nih, ambil peluang duduk bersama2 dengan anak2 muda yang sangat bersemangat menyokong pasukan negara... dari awal sampai akhir melaungkan lagu2 pembangkit semangat yg pelbagai... kagum dengan semangat mereka, walaupun mereka kebanyakannya tampak seperti golongan2 belia yg take keje, tapi mereka tetap berdiri di belakang menyokong perjuangan yg berada di atas padang...

"Tunjukkan taringmu, Hancurkan Lawanmu.."


penamatnya sangat menggembirakan, menundukkan pasukan yg lebih tinggi rankingnya walaupun hanya menang tipis...

Harimau Mengaum! Aum!


dan sebelum pulang, mereka yg bersemangat patriotik ni masih sempat menyanyikan lagu sebelum bersurai...

"Terima Kasih K. Rajagobal"

Wednesday, February 24, 2010

joke of the day... (^_^)

salam..
alhamdulillah, baru sudah habes clinical exam hari nih... maka lengkap la sudah posting utk sesi 2009/2010... owh, belum, masih ada elective posting selepas ini... kemudian mggu depan ade exam hafazan dan usul fiqh, n also ssm presentation... selepas itu, sebelum balik ke ganu, kene main badminton dulu wakil fakulti... huh, agak bz..

ape pun, takde ape sangat nak diceritakan.. hanya ade satu lawak yg ingin dikongsi, diambil dari blog seorang doktor yg aku sendiri pun tak kenal... it just happened i visited his blog while surfing for information for my ssm... aku dah gelak gile2 bile bace lawak nih... haha

begini kisahnya...Seorang lelaki datang ke hospital dengan semangatnya untuk berjumpa dengan doktor pakar bedah di hospital.

Doktor : Encik, boleh saya bantu.

Lelaki : Doktor, saya nak buat "castration".

Doktor : Kenapa awak nak buat ?

Lelaki : Kawan baik saya baru sahaja buat. Dia kata sangat bagus untuk saya.

Setelah dipersetujui, lelaki itupun meneruskan pembedahan "castration" nya.

***
Oh, untuk pengetahuan, "castration" ialah prosedur mengkasi - iaitu prosedur membuang kedua-dua testis untuk lelaki. Biasanya dilaksanakan di zaman Dinasti Cina dulu untuk mengelakkan daripada berkahwin dengan perempuan. Selepas membuang testis, lelaki sudah 'tidak mampu' lagi dengan perempuan.
***

Setelah siap pembedahan, lelaki itu pun dihantar ke wad. Beliau melihat dua orang lelaki sedang terbaring disebelahnya.

Dia pun bertanya:-

Lelaki : Oh, awak juga telah menjalani pembedahan.

Pesakit di sebelah : Ya.

Lelaki : Boleh saya tahu, apa prosedur pembedahan yang awak jalani?.

Pesakit di sebelah : Saya buat "Circumcision" (berkhatan).

Lelaki : Yaaa!!! Itu lah perkataan yang saya nak beritahu doktor tadi !!!


*** Tirai pentas di tutup dengan lagu nyanyian Shidee - " Sayang semuanya sudah terlambat......" ***

Moral : Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.... :)

Saturday, February 13, 2010

Wednesday, February 10, 2010

vice versa 3

salam.

pernah satu ketika dulu, aku terbaca satu buletin yg diforwardkan dari seorang sahabat, bertajuk "lelaki oh lelaki"... mula membacanya, terasa pedih sangat dihati dengan isi kandungannya... pasal lelaki, dengan sifat yg dihukum ke atas semua lelaki... aku tak berape ingat isi penuh kandungan tuh, tapi ia berkisar tentang betapa peritnya tanggungjawab seorang isteri dalam melayari kehidupan rumahtangga bersama seorang yg bernama suami.. luahan hati seorang isteri yg membayangkan kehidupan hariannya yang sangat sibuk, bangun pagi menyediakan sarapan, pergi bekerja, kemudian menjaga anak di rumah. setibanya waktu petang, atau malam, mesti menyediakan makanan malam untuk keluarga, membasuh pakaian, membersihkan rumah... sedangkan si suami, balik dari kerja, hanya tau goyang kaki, menonton tv, makan dan sebagainya, jika tidak dilayan kemahuan pasti berang, tangan kaki dihayun, hanya kerana permintaan tak dipenuhi... betapa peritnya hidup sebagai seorang isteri...

pedih bila membacanya... pedih sebab kadangakala ia benar... tapi harus diingatkan, BUKAN semua lelaki macam tuh... aku hairan dengan manusia yg suka menyalahkan hanya satu pihak sahaja... kalau mahu buat nukilan macam tu, bayangkan lah perasann lelaki yg membacanye... marah? bengang? x puas hati? itu antara yg aku rasa pada mulanya, tapi ia tetap benar.. tapi jangan dihukum semua lelaki hanya kerana sekelompok yg begitu... jangan dihukum yg minoriti atas kesalahan majoriti... kalau setakat nak buat cerita macam tu, aku pun boleh. nak bace version aku?

bayangkan lah betapa peritnya kehidupan seharian seorang suami yg hidup bersama dengan seorang bernama isteri... awal pagi, bangun untuk bersiap sedia melangkah ke kerja. ketika sarapan, ingin berbual mesra dengan isteri, tetapi si isteri sangat sibuk menyediakan makanan, menyiapkan anak2 yg mahu ke sekolah.. "takpe lah..." bisik hati si suami. sebelum ke kerja, dilihat si isteri sedang bersiap untuk ke kerja... alangkah cantiknya si isteri berhias, memakai pakaian yg menarik, bergincu di bibir, wajah penuh seri. tapi itu hanya dilihat bila di luar rumah, tapi kalau di dalam rumah? berbaju t-shirt, rambut berserabai, wajah putih yg amat2 sangat kerana sedang memakai alat penjaga muka (aku x tau ape namanye), langsung tak berseri... kononnya untuk jaga nama baik suami diluar, supaya dipuji kerana beristerikan wanita cantik....
setelah penat pulang dari kerja, si suami letih, penat, ingin berehat. masa ni la kalau nak bermanja dengan isteri tersayang, masa ni la nak membelai isteri, bergurau senda, pujuk memujuk. terbayang di fikiran suami, alangkah indahnya jika disaat pulang dari kerja, si isteri tersenyum menanti, menghulurkan segelas minuman utk hilangkan dahaga, menyiapkan sarapan.. namun setibanya didepan pintu, isteri masih sibuk melayan anak2. "takpe, ni utk kebaikan anak2" bisik sang suami. seorang diri pergi ke dapur untuk meneguk air, mandi, dan merebahkan diri melepaskan penat. di malamnya pula, saat suami ingin bermanja dengan isteri, kata si isteri penat, dari petang sibuk menguruskan rumahtangga, jaga anak, masak nasi, basuh baju dll. katanya, dah penat, nak tido ni, esok ade banyak kerja lagi. si suami terasa kecewa, namun masih cuba memahami keletihan isterinnya, masih mampu tersenyum, dan merelakannya. "kesian isteri aku, penat die kerja, takpelah.. biar la dia berehat" bisik hati si suami. dan tau kah kamu jika isteri menolak kehendak suami atas sesuatu yg tidak melanggari syariat, maka dilaknat isteri itu oleh malaikat2 sehingga dia memohon maaf kpd suaminya? namun, masih si suami sangat penyayang, belum sempat isteri memohon maaf, sudah dimaafkan segala dosanya.

jika ada golongan wanita yg membaca, pasti melenting. memang betul bukan semua, tapi masih ada lelaki yg bersifat demikian, betul kan? kenapa harus diceritakan dari sebelah pihak sahaja? sebaiknya, jika mahu buat perbandingan, ambillah yg betul dan yg salah, sertakan bersama, jangan hanya nak menangkan kaum sendiri sahaja. manusia tidak sempurna, tidak pernah lari dari kesilapan.

dan kemudian, aku terfikir kembali tentang cerita si isteri itu, betapa perihnya kehidupannya... dan akhirnya terdetik di hati aku, " kalaulah si suami itu mengucapkan terima kasih di atas segala penat-lelah si isteri, pasti si isteri takkan mengeluh, malah mampu tersenyum dan merasakan betapa bermakna dirinya di dalam kehidupan si suami..."

hanya perlukan satu ucapan "terima kasih"....

wassalam

Wednesday, February 3, 2010

Internal Medicine 2 posting...

Salam.
Alhamdulillah, kini sudah di pertengahan posting internal medicine 2. Setelah mengharungi separuh masa pertama, terasa masih banyak yg mesti diketahui dan teknik2 yg ada masih perlu diperbaiki kelemahannya. Untuk separuh posting ini, selama 3 minggu, buku OHCM kembali dibuka setelah setahun setengah dibiarkan di atas rak. Untuk posting kali ini, Prof abdul latiff dari CUCMS, Prof Shahrir & Dr. Norashikin dari UKM, serta specialist2 dari Hospital Ampang baynak membantu dalam mengembangkan ilmu pengetahuan serta memperbaiki teknik2 yg ternyata masih belum boleh diakui kebagusannya. Terima kasih diucapkan buat pengajar2 yg sentiasa berusaha untuk membantu dalam melahirkan doctor yg berkualiti, serta untuk menjadi seorang doctor muslim yg dirahmati.

Di separuh masa kedua, untuk 3 minggu yg mendatang, aku akan berada di HKL dalam meneruskan misi serta objektif bagi posting kali ini; pendedahan kepada dermatology serta oncology & radiology. Untuk minggu pertama ini, aku ditempatkan di jabatan oncology. Diberi pendedahan tentang jabatan tersebut dan betapa canggihnya peralatan2 yg digunakan untuk merawat kanser, serta dalam memberikan penjagaan terbaik bagi yg berada pada tahap kritikal. Alhamdulillah, Dr Zabedah dan Dr aminuddin, 2org specialist sangat baik dan ramah melayan kami yg tidak pernah ada pendedahan pasal oncology sebelum ni.

Untuk dermatology, masih belum ke sana, maka tidak ada yg boleh diperkatakan di sini. Tetapi sudah ada specialist2 dari HKL yg dating mengajar kami dan ilmu2 yg diberikan insyaAllah akan dimanfaatkan sebaik mungkin. Sehabisnya 3 minggu kedua ini, akan ada end posting examination, dan menyusul selepasnya exam untuk usul fiqh dan juga hafazan, serta SSM presentation (SSM x start buat lagi… wahaha)

Tahun 5 diakhiri insyaAllah dengan elektif posting, di mana aku memilih untuk berada di Hospital Sultanah Nur Zahirah di bahagian medicine, serta A & E. selama 4 minggu, insyaAllah akan digunakan sebaiknya untuk memperbaiki diri dalam misi menjadi seorang doctor yg boleh membantu sebaik yg boleh… amin.
Wassalam…

(terasa pelik sangat sebab gile skema entry aku untuk kali nih…wahaha)