Wednesday, December 1, 2010

taking care of those kids were never been that easy!

Salam...


yeah, it's never been easy...


Alhamdulillah, posting paeds kali ini sudah berakhir (ini adalah ucapan 2 minggu lepas..haha). nothing much that can be said regarding this posting in this year, melainkan paediatric wards of hospital Ampang (level 4) which consists of 1 general ward, 1 NICU, & 1 post-nicu ward (+ clinic) being packed with 29 6th year medical students.. bah kan, even in the 1st week of our posting, the 5th year actually having their end-posting examination, using the same ward.. haha.


kali ni terasa kekurangan berbanding posting yg sama pada tahun 5. walaupun Dr Madeeha sebagai lecturer trainee aka coordinator posting kali ini membantu kami menjalani posting ini dengan jayanya, tapi ketiadaan Dr Zainab amat dirasai... pun begitu, hidup kene terus.. terima kasih kepada specialists Ampang yg menerima kami seadanya serta beberapa lecturer/ specialists dari luar yg sanggup bersusah payah datang ke H.Ampang untuk mengajar dan berkongsi ilmu dengan kami... walaupun kes2 di sini kekurangan dari segi variety nya, namun dengan kesudian Dr. Kamarul (specialist dari HKL) mengajar kami dihujung minggu di Institut Paediatric HKL, sedikit sebanyak membuka mata aku dan yg lain2 tentang dunia kanak2 ini... terima kasih kalian!!


exam end posting kali ini juga agak mencabar. instead of 1 long case & 1 short case, we're assessed by 2 short cases! haha, short case memang seperti diketahui maklum adalah lubuk untuk fail, dan kali ini dengan 2 short cases, the risk of failing were getting higher! apatah lagi dengan soalan mcq yg cam haram susahnya (believe me,it's definitely true!), ditambah lagi dengan kekalutan clinical exam disebabkan kekurangan examiner yg available, menjadikan posting ini antara yg paling diingati...haha


apepun, yg dah berlalu, biarkan. harus fokus pada yg akan ditempuhi. sebelum berhempas pulas, balik dulu ke kampung sempena cuti raya haji seminggu untuk berehat... berehat? huh, xde maknanye.. balik kampung kali ini bukan untuk berehat, tapi untuk perah kudrat! ya, kampung aku dah takde rupa cam kampung dah.. nape?



ye, akhirnya payment dah dibuat, dan penduduk kampung aku semua kene pindah.. kerajaan nak buat projek perumahan plak kat kampung aku ni.. maklum la, kampung tengah bandar, diorang tak nak tengok umah2 kayu berterabur dalam bandar, bandar nampak x maju katanya.. huh, ye la.. maka bermula lah proses memunggah... semua? oh tidak, hanya yg perlu sahaja.. contoh?



pakaian, pinggang-mangkuk-hayun, buku, dan barang2 berharga yg lain.. ape jadi dgn perabot2? nak aku jawab?


rasanya gambar tuh dah menjawab segalanya.. tok sah le tanye, ni bukan la proses memindah sangat, lebih kepada proses kitar semulajadi ( perabot kayu semua bakar pasal dah reput dek anai2, barang besi/logam semua jual ke pemborong besi terpakai, suratkhabar berlonggor jual kat tempat kitar semula) dengar citer ayah aku menangis bila perabot lama die kene bakar dek abg aku (aku x berada di tempat kejadian masa tuh).. tapi nak wat camne, dah lama sangat, mau 20-30 tahun perabot2 antik tuh, nak simpan dah takde tempat, bako je le jawabnye.. so, ape jadi dengan umah baru? haa..itu kene tunggu entry lain..haha

at the same time, aku baru perasan ade tempat yg aku x pernah hinggap kat sekitar kampung aku tuh.. sebuah tempat kaki2 mancing lepak jadi penunggu tengah2 malam.. aku pun baru perasan time jalan2 ngan anak buah...



muara buatan manusia




agak besar la tempat tuh, n hanya boleh pergi dengan motor/basikal jer... kalo anda kaki joran, sila la ke sana.. aku? tobat takde mase nak dibuang berjam2 dok nunggu ikan tu, baik beli kat pasar..huh



sekarang ni dah nak habis fiqh & ethic in medicine course yg selama 2 minggu ni..fiqh & ethic? yg tu, next entry (kalo rajin...haha)


wassalam

Wednesday, November 10, 2010

Anestetik & Kecemasan (late entry)

Salam.

sudah lama, memang terlalu lama.. aku mahu tulis sesuatu pasal posting emergency and anaesthetic, tapi malas...malas.. dan juga kerana xde mood.. lagipun, it's a 2-week posting. nothing much, going to emergency department, OT, ICU.. learning few new things + recapped lessons in the past.. 2 minor posting cramped in 2 weeks...fuuh! but still enjoyable..



emergency medicine adalah satu pecahan medik yg agak menarik.. aku tertarik dengan kata2 Dr. Ridzwan ( HOD A&E Ampang), Emergency is about being jack of all trades..it covers all the cases (medicine, surgery, O&G, paeds, ortho, etc..), dan ED akan handle semua kes2 itu terlebih dahulu, then baru dipass kan ke bahagian2 yg berkenaan. ED (not erctile dysfunction ok!) juga bertanggungjawab dalam menangani situasi2 cemas seperti gempa bumi, tanah runtuh, dan lain2.. ape yg menarik perhatian aku ialah, melibatkan diri dengan kes kecemasan adalah satu perkara yg sangat mencabar, life be more interesting! aku akan mengetahui apa yg perlu segera dapatkan rawatan doktor, apa yg tak.. n also jika something happen to my family, then i know what i need to do in the 1st place, tak la terkebil2 dan berfikir lama untuk handle acute situation yg mungkin life-threatening if not being treated a.s.ap..dan buat masa kini, hati aku sudah tertanam satu impian dan matlamat baru.. to be A&E specialist, insyaAllah..



"Huff.. Huff.. come on, i wanna see ur sweet smile.."


"Push!..Push!! eh,silap posting..haha"


"I'm clear, patient's clear, everybody's clear...alpha charge!!"


"ok, can see the vocal cord..inserting ETT now.."


" aiseh, masuk esophagus plak..."




Anaesthetic juga satu kepakaran yg tersendiri.. tapi, honestly, aku bukan org yg dilahirkan untuk duduk diam dan perhati mesin2 bius sambil berselimut kesejukan..aku orang yg perlukan suasana yg aktif, kerana jika duduk diam, aku akan cepat mengantuk dan tidur..haha.










Anaesthetic was quite sedative...overdose would cause these..




apepun, itu adalah 6 minggu yg lepas. sekarang sudah habes posting paediatrik (aku akan cuba untuk post sesuatu, hopefully).. minggu depan cuti raya haji, lepas itu bermula dengan posting baru pula..haish, sekejapnye cuti! aku mahu cuti lama! (tapi nanti berkarat plak)...haha


only if i could stay like this.. no worry, no exam..sigh


owh, final profesional exam is 5months to go...cuaknye!! (currently in game mode)

Sunday, October 24, 2010

Mission accomplished!

Jam tangan menunjukkan pukul 10.40 pagi... hari Ahad yg sangat tenang, mahu saja terus bergolek2 atas katil berselubung selimut, tapi teringat plan yg dirancang semalam. gagahkan badan yg sakit2 ni, bersiap dan bersarapan sebelum memulakan plan hari ini: Jalan-jalan dengan TAW...

sudah pekena roti telur dengan teh ais lebih manis, mula mengorak langkah... destinasi? Seremban.. nape nak gi sana? ntah, saje2 buang masa n minyak kereta.. dari duk terbungkang atas katil, baik bukak mata luas2... lagipun, dah lama x ke sana. maklum la, sebagai ex-kmns, seremban adalah tempat regular untuk outing hujung minggu. main boling, tengok wayang, beli komik, dan buang masa..haha

sesampai di seremban, mula merayau2 tanpa tempat tuju.. sempat melalui sebelah terminal1, seremban parade, tempat lepak dengan kawan2 outing.. haha, tapi tidak berhenti di situ, maka tiada gambar untuk diletak disini kerana tangan melekat dekat stereng..



I was here!
kemudian, sudah masuk zuhur, mencari2 masjid untuk singgah sebentar. melilau tanpa arah membawa aku ke masjid sikamat, seremban. maka berhenti sebentar tunai fardu sebelum meneruskan langkah...






sesudah solat, segera berangkat mencari jalan keluar, cari jalan untuk ke lebuh raya utara seltan kembali ke KL...




ada tersimpan niat untuk ke kuala pilah, tapi memandangkan tidak ingat jalan + takut sesat, maka niat dilupakan saja.. yg penting sudah ade progress hari ni; mejejak balik seremban yg sudah lama ditinggalkan.. (^_^)

Wednesday, September 29, 2010

Sshh.. Jangan bagitau orang lain..

Salam.

Semua orang ada rahsia. Masing2 ada hal2 yang dirasakan perlu untuk dilindungi dari org lain di sekeliling. Ada rahsia besar, ada rahsia kecil, ada yg memalukan, ada yg boleh buat diri jadi riak kalau orang lain tahu. Malah, dalam beramal juga, Islam menyarankan kita agar berlindung dalam melakukan kebajikan, seperti ungkapan “ sampai tangan kiri tidak tahu apa yg tangan kanan kerjakan”.


Bila berahsia, ada yg mampu simpan semua untuk sendiri, lebih2 lagi jika ia boleh mengaibkan empunya diri. Namun, jika ia suatu yg menggembirakan, atau memalukan orang lain, kadang2 rahsia x sempat sampai ke perut, dah muntah balik. Rahsia boleh pecah secara x sengaja atau tersengaja… dan kebiasaannya, di akhir al-kisah akan diikuti dengan “ ko jangan bagitau orang lain tau, aku bagitau benda ni kat ko sorang je..”




Sshh..jgn bagitau org lain..

Ada yg mampu pegang sampai bile2, tapi ada yg x mampu selindung, TERberitahu yg lain, dan kemudian diakhiri dengan ayat yg sama “ jangan bagitau orang lain ye..” dan ia berlarutan sampai orang pelusuk dunia pun boleh tau. Itu harus diakui kelemahan manusia sebab mulut ni takde zip n tempat untuk letak mangga untuk dikunci rapi… hanya dengan sepatah perkataan yg boleh buat orang lain sekeliling tergamam, kita sedar bahawa padah menanti akibat mulut takde insuran ini dah membuka ruang untuk orang2 korek lebih dalam sampai akhirnya dengan ungkapan “jangan bagitau orang lain..”

Dan lepas itu kita mula rasa bersalah, dan atas rasa itu, kita bagitau balik pada empunya rahsia, dan di saat itu kita sedar bahawa kepercayaan yg diberi tidak akan sama lagi… dan mungkin tiada lagi cerita2 yg ingin dikongsikan takut perkara sama berulang.. dan saat itu, kita tau bahawa mulut sama dengan kereta lembu, tiada gear gostang lagi..


Maka, bagi empunya2 rahsia yg pernah aku sengaja atau x sengaja terberitahu orang lain, hanya 1 yg dapat ku hulurkan, iaitu borang permohonan minta maaf seikhlas hati, terpulang pada korang untuk approve atau tidak…raya kan sebulan, so masih valid lagi la permohonan aku ni kan? Sorry..


wassalam

Thursday, September 16, 2010

bila sosialisme berleluasa..

Salam Syawal.


kerana baru seminggu di bulan ini, dan ikut cakap melayu "raya kan sebulan", maka masih sempat utk aku ucapkan selamat hari raya Eidul Fitri, mohon maaf atas segala kekhilafan diri sepanjang penulisan blog ini.

aku sebenarnya agak malas untuk mengupdate blog, tapi menjengah ke website seorg blogger menyebabkan darah ini menderau untuk berkongsi apa yg ditengok. ya, ini salah satu penyakit masyarakat skarang; rembat bini org..



aduh, dah tak tau apa nak jadi dengan dunia ni.. aku tumpang sedih... aku tumpang sedih kat suami kepada pmpuan tu, kerana kesetiaannya diuji, kepercayaannya dikhianati.. sape x sayang bini? tapi susu plak dibalas tuba.. dan aku tumpang marah sebab die x berjaya kawal kemarahan dia, kerana dia x mengikut apa yg dihukum syarak.. tapi siapa aku untuk menghukum kerana aku x merasa apa yg die rasa saat itu...

aku tumpang sedih kat si pmpuan tu, kerana dia x bjaya kawal nafsu dalam diri die, kerana dia mencari kebahagiaan di luar perkahwinan die, kerana die sudah pun menempah neraka untuk dirinye... dan aku tumpang marah sebab dia mencemarkan agama, kerana dia x ingat tuhan bile mendekati zina, kerana dia telah menghancurkan rumah tangga yg dah dibina..

aku tumpang sedih kat laki yg ditibai tu, kerana dia dah mengecewakan keluarga dia (die dah ade 5 anak, sulung umur 12 tahun..), kerana dia x fikir apa rasanya kalau org main ngan bini die, kerana dia x fikir natijah bile suami pompuan tau n bawak batalion pukul die... dan aku tumpang marah sebab dia dah merosakkan perkahwinan org lain, kerana dia cari benda haram sedangkan dah ada benda halal, kerana dia mementingkan nafsu dari iman..

ini hanya salah satu dari ribuan kisah yg sama... aku dah x tau apa nak dikata.. kalau dulu "bertudung" adalah salah satu elemen untuk menguatkan keyakinan dalam hati bahawa calon isteri seorang yg tau agama dan menjaga kesucian diri, tapi sekarang sudah tiada jaminan.. kalau dulu berkopiah songkok membawa kewarakan dan berilmu agama, tapi sekarang bukan lagi.. hanya dengan mengenali sesorang dalam suatu jangka masa yg mampu meyakinkan hati bahawa pilihan mungkin tepat..mungkin..

yg ni kisah bila dah berkahwin.. kalau yg belum? bertimbun lagi yg x kene tangkap basah, bertimbun lagi yg x kene kantoi.. bukti? pembuangan bayi yg berleluasa.. mahu lagi bukti? pergilah menziarahi rumah2 kebajikan yg menjaga anak2 mudi yg terlanjur dan bunting, pasti tidak pernah sunyi rumah itu, ada saja penghuni saban hari.. bukti lagi? google lah sendiri klip2 melayu terlampau, bukan setakat pramugara, gadis kampung pun berlambakan...apatah lagi gadis urban dan berpendidikan menara gading..


kenapa aku kesah? sebab aku hidup dalam zaman ini, sebab tu aku kesah.. sebab aku masih lagi belum berkeluarga, dan aku cukup takut bila membayangkan semua ini berlaku dalam keluarga aku.. bayangkan anak dara kau, tanpa disedari dah bunting? bayangkan anak teruna kau ditangkap basah dan merosakkan anak org lain? bayangkan anak2 pergi clubbing, teguk benda haram...urgh!! dulu aku ada pikir, tapi aku tenangkan hati balik dengan mengatakan kat ganu kita xkan jadi benda2 camtu... tapi sekarang? duduk di ceruk mana pun, takkan selamat... pendedahan anak2 zaman kini kepada budaya kuning terlalu hebat, kadang2 dengan pendidikan agama pun belum pasti dapat jamin mereka takkan hanyut..


aku cukup takut bila semua tu terjadi.. takut... takut tak dapat kawal diri sampai muka aku terpampang di media gara2 bunuh bini/anak sendiri.. nauzubillahi min zalik!


Tuesday, August 31, 2010

di saat 53 tahun Merdeka


Salam Ramadhan...


Hari ini adalah hari yg paling dibanggakan oleh warga Malaysia… ya, 31 Ogos, genapnya 53 tahun Negara yg dahulunya dikenali dengan Tanah Melayu ‘bebas’ dari cengkaman penjajah. Hari yg paling memberi makna sebagai titik tolak bermulanya kemajuan Malaysia, sehingga kini menjadi Negara yg ‘aman, makmur dan bahagia’ *cough*.. maaf, x sehat sket..



Berbalik pada topik utama, Kemerdekaan.. suatu istilah yg tidak asing, sering dilaungkan dan digahkan, kerana sebagai sebuah Negara yg merdeka, sesuatu Negara itu akan mampu ditadbir tanpa kongkongan dalam menjana pembangunan, ekonomi dan sebagainya.


Dan sebagai rakyat Malaysia, sepertimana tertera di kad pengenalan aku, aku juga akan setia mengingati hari ini sebagai hari yg penuh bersejarah dan harus dihayati dengan penuh semangat. Menghayati? Macam mane aku harus tunjukkan penghayatan aku menyahut seruan kemerdekaan ini?











Adakah dengan pergi berhimpun ramai2 di dataran merdeka, KLCC, Genting atau sebagainya dan bersama2 muda-mudi tua-tui, berhimpit2 tak kenal jantina menonton konsert atau persembahan artis2 terkenal, kurang terkenal atau tak terkenal langsung, sambil menghitung detik 12 malam dan menejerit “merdeka!!”, diiringi letupan bunga api, dan seterusnya di sambung dengan “aktiviti2” riadah sampingan selepas bersurai?






Atau seharusnya dengan mengangkat tangan beramai2 mengaminkan pujian ilahi serta memohon limpah kurnia-Nya agar Negara ini sentiasa di bawah lindungan rahmat-Nya agar kekal sejahtera dan sentosa di bawah pimpinan “amirul mukminin”?





Sejauh mane pemahaman kita tentang kemerdekaan? Merdekakah kita kalau masih terceruk dengan budaya penjajah? Merdekakah kita kalau kita masih terhangguk2 dengan telunjuk mereka?



Jika dulu kita amat jarang mendengar kisah2 pembuangan bayi merata2.. tapi sekarang? Aku tidak tahu fakta2 dari negara2 luar, di timur, eropah atau barat, tapi rasanya mereka jauh lebih bertimbang rasa dalam isu ini. Dari mana asalnya isu ini? Kurang pendidikan agama? Ibu bapa tidak prihatin? Gejala sosial? Sifat belia ingin mencuba? Tidak ada akarnya, semuanya akan jadi sirkumstantialiti, yg sana menuduh yg sini, yg sini menuduh yg situ, dan yg situ menuduh yg sana. Adakah realiti ini selari dengan kemerdekaan yg kita miliki?




Si kecil ini sudah selamat istirehat di Syurga...kita?



Sama2 lah difikirkan. Dan secara kebetulan, mungkin ada yg lupa, malam kemerdekaan kali ini bersamaan dengan permulaan 10 malam terakhir Ramadhan.



Ask yourself..




Aku tertarik dengan kata2 seorang sahabat. Diibaratkan ketika ini seolah2 satu permainan bola sepak (atau bola tampar, basketball, futsal, mane2 la yg korang suka, asalkan game berpasukan). Sekarang sudah masuk 30 minit terakhir, situasi masih 0-0, masih belum ada yg boleh yakin akan menang. Di saat ini, ‘coach’ akan menentukan siapa antara pemainnya yg boleh bertahan di atas padang untuk minit2 terakhir, kerana ‘coach’ tahu, hanya orang yg kuat semangat juang, azam yg tinggi dan tabah akan mampu terus beraksi dengan cemerlang agar dapat menjaringkan gol kemenangan.





Bersama2 lah kita memohon agar kita adalah sebahagian daripada first eleven yg bermain sehingga ke masa penamat, Amin




wassalam..

Thursday, August 26, 2010

Psikiatri di bulan Ramadhan



Salam mahabbah Ramadhan




sudah lama tidak mengupdate blog ini. Alhamdulillah, posting Easy No Tension (ENT) sudah selesai,disusuli dengan Psy posting selama 4 minggu di Temerloh. walaupun tidak banyak kepelbagaian kes di sini, tapi Alhamdulillah tenaga pengajar tidak rasmi sentiasa menolong dan berhati terbuka menerima kami 29 kesemuanya. Apapun, minggu depan sudah minggu exam, sebelum bercuti 2 minggu mengisi penghujung Ramadhan di kampung tercinta.


HoSHAS


sudah berada di pertengahan Ramadhan, sekejap sahaja 16 hari berlalu. tapi Ramadhan kali ini meninggalkan kesan kepada rakyat Malaysia umumnya, dengan kisah2 yg mengejutkan seluruh warga tatkala umat Islam menyambut ketibaan bulan yg mulia ini. umum sudah maklum, dan ya, ia berkaitan dengan posting aku kali ini; penyakit mental.






sebelum ini, kita dikejutkan dengan kejadian seorang belia lelaki membunuh datuk, nenek dan kakaknya yg berlaku di Negeri Sembilan (jika tidak salah). dikhabarkan lelaki itu mengalami gangguan mental, dengan pembunuhan yang agak bizarre, bukannya perancangan yg teliti. ingatkan ia berhenti di situ; rupanya tidak. Ramadhan kali ini menyaksikan 2 kejadian yg amat menyayat hati setakat ini; masing2 di pantai barat dan pantai timur semenanjung.












setakat ini, disimpulkan bahawa kedua2 pesalah mempunyai penyakit mental, dan kedua2nya tidak mengambil ubat pada jangka masa yg agak lama. Schizophrenia adalah salah satu penyakit jiwa yg memerlukan pesakitnya mengambil ubat secara berterusan untuk menghilangkan gangguan2 yg dialami. dan ia bukan seperti jangkitan kuman atau virus, sembuh selepas makan ubat 2-3 hari, tapi sebaliknya mengambil masa yg agak lama, bertahun2 lamanya. dan inilah yg selalu dititikberatkan oleh doktor2 pakar sakit jiwa; be compliant to the medication. dan di sinilah pentingnya sokongan ahli keluarga dalam memastikan pesakit sentiasa, tidak leka, memakan ubat yg dipreskripsikan. sebab itu, setiap kali pesakit dibenarkan keluar dari wad psychiatric, ahli keluarga dipanggil untuk diberikan pendedahan, dan diingatkan supaya memastikan pesakit tidak lupa makan ubat.



Namun, inilah manusia,mudah lupa. dah namanya insan, dari perkatan naasi (lupa). asal yg sakit sudah tidak mengalami gangguan, dirasakan sembuh sepenuhnya, terus berhenti tanpa mengambil kira pesan yg merawat. di sinilah silapnya, sedangkan yg mengetahui sedia maklum poor compliance to medication adalah punca utama mengapa penyakit ini boleh berulang (relapse), selain dari faktor2 lain yg berpautan. dan kini, umum sudah stigma dengan pesakit mental. yg dah lama default dari follow-up clinic mula cepat2 daftar kembali, takut berulang. Alhamdulillah, ada kesedaran, cuma berharap kesedaran ini kekal, bukan macam t@Hi ayam hangat semetar ja..


Docs juga berisiko untuk berpenyakit mental - MDD (work stress!!)


yg sudah berlalu, harus diambil iktibar. moga2 tidak ada lagi kes2 serupa berulang. masa mesti dipandang kedepan, sebab masa tak pernah tecicir di belakang; sentiasa selangkah lebih dari kita. apapun, sudah pertengahan Ramadhan, sudah habis 15 juzuk dibaca? atau15 jilid komik sudah khatam? 15 episod drama ditatap? ingatlah Ramadhan hanya datang sekali setahun, tahun depan kita belum tentu ketemu, maka seeloknya disisipi dengan yg bermakna, kan? pesanan ini untuk diri sendiri, kerna diri ini memang lalai amat2 sangat, juga untuk sahabat2 yg dikasihi. moga semua mendapat redhanya. dan ingatlah, sepertiga terakhir ramadhan adalah yg paling berharga, potongan diskaun yg diberikan untuk yg berkejar2 ber'shopping' sangat istimewa, bahkan ada yg dapat diskaun hidup seribu bulan! kan hebat tu? jadi jangan lah disibukkan dengan diskaun shopping complex, dan bazaar2 sahaja..


sekadar tazkirah di bulan mulia, RAMADHAN KAREEM (^_^)


wassalam

Sunday, July 25, 2010

Post-OnG + Ophthal & pre-ENT posting

salam.

agak lama tidak mengupdate entry. apakan daya, sibuk + malas + internet lembab ( ye, agak lembab celcom broadband di tingkat 15) + bluetooth pc rosak (x dapat nk upload gambo dr cameraphone ku) membuatkan ada saja yg menghalang...haish

so, to sum-up what happen for the past 1 month, aku sudah habes posting O&G, posting pertama di final year.. exam hari tu agak ok, pretty confident boleh lulus selepas clinical exam, dan alhamdulillah, yg dijangka tepat (cuak jgak sbab mcq susah) haha..



Ovarian Ca is 2nd most common Ca among women in d world



selepas exam, dapat cuti seminggu (yeah!!) masa diluangkan dgn family, sambung rutin biasa di umah (tido, makan, antar anak sedara ke skolah, cari makanan n etc..).. owh, tambah satu rutin lagi, WORLD CUP!! haha, aku syukur tahun ni aku belum start keje lagi, at least boleh tgk bola tanpa rasa bersalah..haha


then, selepas bercuti, masuk utk minor posting selama 2minggu, opthalmology (bahagian mata). secara keseluruhan, posting ni agak enjoy, cuma agak stress sebab sedar x sedar dah exam.. sedangkan posting2 sebelum ni smuanye 4minggu ke atas, so, utk 2-3minggu pertama adalah minggu lagha (main game, tgk movie, download citer).. ape lagi,memang x terkejar la nak bace semua nota last minute (macam x biase..haha)


n for d first time, aku rase posting kali ni sangat meletihkan.. pergi kelas sure ngantuk, dah la kene terbongkok2 time nak buat funduscopy tuh.. nak cari optic disc 1 hal, blood vessel je memanjang, mata patient plak bgerak2..adoyai..bile balik petang, dah ngantuk, malam dah rasa pendek, sampai tido pun rase x cukup..haha.. apepun, posting ni xde on-call, n takde case write-up utk dihempas-pulaskan..hoho



ZzZzZ..huh, is it lunch already?


ZzZzZ...urm, where are we just now?


optic disc was absent coz he closed his eye..hurm


it such a bless to have a mother as HOD ophthal..no?

apepun, exam dah lepas.. mcq ternyata susah n x termasuk langsung dalam expectation, tapi osce menolong dgn cukup baik.. yg penting, pesanan Dr Azlina "tau bile kene refer patient ke ophthal clinic, dan ape yg perlu urgent referral", jangan sampai bile dah keje nanti tulis surat referral kat ophthalmologist " on funduscopy examination, the red reflex was absent but no peripheral retinopathy present"..huh, memang kesian kat patient tuh..ish2



Mata itu cantik ciptaannye, so yg mengajar pasal mata juga perlu..urm, chantek (^_^)


sesudah habes opthal, tetibe diberitakan ada inter-medical faculty scrabble competition.. sepatutnye banyak la fakulti medik yg join, apekan daya, hanya 2 fakulti jer yg dapat hantar wakil.. overall, ok la, not bad for 1st time such event being organized.. owh, kenapa aku cakap pasal hal ni? sebab aku join sekali ( i love scrabble! haha) scrabble adalah 1 game yg agak terbiasa dengan aku sejak kecik, tapi time kecik aku main sahibba la (mane aku reti bahase omputih dulu2..haha). so, aku quite enjoy bermain benda alah ni, apatah lagi peluang utk main benda ni sangat tipis (main sorang x best!)

i love scrabble!!


3rd prize? now i wonder why others not so eager to enter the competition..hurm

then, ingatkan hari ini (25th july), mahu pergi sokong pasukan harimau biru di bukit jalil.. friendly game dengan korea selatan adalah 1 peluang yg amat jarang, dan pastinye good game.. tapi hujan lebat diiringi petir tatkala mahu merempit membantutkan hajat.. tpaksa la tgk kat astro arena je.. n in the end, Harimau Biru menang 1-0!!yeah!!



kali ini, cuti hanya 2 hari sebelum memulakan posting ototorhino...err.. ENT (telinga hidung n tekak) yg bermula 26july selama 2minggu..sekali lagi nak kene boot kan otak ni lebih awal dari biasa..haha.. apepun, 1st week kite enjoy dulu..yeah!!



let's see how he would be in ENT..haha

that's all for this time. wassalam

Monday, July 5, 2010

boyfriend 5.0 & husband 1.0..

Dear IT Support,

Last year I upgraded from Boyfriend 5.0 to Husband 1.0 and noticed a slow down in the overall performance, particularly in the flower, gifts and jewellery applications that had operated flawlessly under boyfriend 5.0.

In addition, Husband 1.0 un-installed many other valuable programs, such as Romance 9.5 and Personal Attention 6.5, but installed undesirable programs such as Formula One 5.0, NBA 3.0 and World Cup 2.0.

And now Conversation 8.0 no longer runs and House Cleaning 2.6 simply crashes the system. I've tried running Nagging 5.3 to fix these problems, but to no avail.

What can I do?


Signed,

Desperate Housewife


----------------------------------------------------------------------------

Reply:

Dear Desperate Housewife,

First keep in mind: Boyfriend 5.0 is an entertainment package, while Husband 1.0 is an operating system.

Try entering the command C:\ I THOUGHT YOU LOVED ME and download Tears 6.2 to install Guilt 3.0. If all works as designed, Husband 1.0 should then automatically run the applications Jewellery 2.0 and Flowers 3.5.

But remember, overuse can cause Husband 1.0 to default to Grumpy Silence2.5, Happy Hour 7.0 or Late Night Teh Tarik 6.1. Late Night 6.1 is a very bad program that will create SnoringLoudly.wavfiles.

Whatever you do, DO NOT install Mother-in-Law 1.0 or reinstall another Boyfriend program. These are not supported applications and will crash Husband 1.0.

In summary, Husband 1.0 is a great program, but it does have a limited memory and cannot learn new applications quickly. You might consider additional software to improve memory and performance. I personally recommend Hot Tasty Food 3.0 and Tongkat Ali 6.9.

Good Luck,

IT Support


p/s: men did not change, they just hide things that they did not want their partner know before get married.. (^_^) this was taken from someone's blog, i just can't remember when & why..haha

Saturday, June 19, 2010

suatu weekend di Lebuh Raya

Salam.
dek kerana semua mahu cepat tinggalkan temerloh di hujung minggu, maka nya aku terus memacu TAW ke KL... owh, bukan Kuala Lumpor, tapi Kg Ladang...hehe


jom race!!


sedang asyik melayan lagu2 jiwang 90-an dan millenium di Sinar FM, leka bawa TAW sampai 140km/h di lebuhraya, sambil berteriak sorang diri dengan lirik lagu berkumandang, perasan kereta arah bertentangan memasang lampu kelip2 di siang hari..


"lupa tutup lampu?"



"bagi no hp ikut lampu depan (macam S.O.S)? tapi aku x pakai Axe Effect pun..."



diabaikan, mungkin assumption pertama boleh diterima. saat itu, satu Myvi hitam memintas dengan lebih laju. hurm, biarkan... kemudian, perasan lagi lampu kelip2 dari arah kanan..

"takkan la.." terus dipacu perlahan. hajat ingin racing ngan myvi hitam terbantut.. terus bertukar mode "pemandu berhemah di jalan raya"... 5km didepan, menarik nafas lega kerana buat tindakan betul. bapak2 bermisai licin tanpa janggut dengan baju putih berseluar ketat dengan but hitam sudah senyum menunggu didepan..


kalo yg ni tahan, bawak 30km/h pun aku sanggup dapat surat cinta, mane tau dapat no phone skali..haha - gambar hiasan


TAW ditahan, namun bile perasan TAW 4609 tiada dalam senarai kereta2 cun yg berjaya dikesan dengan kamera litar perangkap laju, segera disuruh beredar dengan masam muka tanda tak dapat tambah duit poket.. Aku pula senyum macam baru menang loteri rm300... saat itu melihat myvi hitam diminta ke tepi jalan, senyum semakin lebar..hoho

Aiseh, TAW lalu, buat2 x nampak..


berterima kasih pada yg "kenyit2", bernasib baik masih ada masyarakat Malaysia yg mahu tolong menolong antara satu sama lain.. Tolong Orang Nak Tipu Orang memang x elok, tapi Tolong Orang Nak Tipu Pakcik Misai memang bagus...andainya lepas ini ternampak sebelah jalan ade tgh menunnggu, mahu berikrar membalas budi dengan "kenyit2" pada yg akan lalu supaya semua jadi berhemah secara tiba2..hehe

Wassalam